Sunday, 14 July 2013

Matrix011

 Written by Mistis Organization:  THURSDAY, DECEMBER 10, 2009





Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

Kepada pembaca siri Matrix yang baru,sila semak siri-siri Matrix sebelumnya (di sidebar) untuk pemahaman yang lebih jelas.

Perbincangan berikutnya mengandungi satu rahsia yang penting,namun jika anda selesa dengan kefahaman tradisional,lebih baik anda berpegang padanya.

Ini adalah Matrix011.Selamat membaca.





-M.O







Setiap cabang ilmu sains cuba untuk menerangkan apakah dunia ini sebenarnya.Ilmu kimia menerangkan alam ini tersusun dalam atom-atom,kemudian berpecah lagi kepada nukleus dan elektron,kemudian berpecah lagi kepada quark dan bozon,dan senarai ini berterusan sehingga ke hari ini...sehingga saintis kimia pun tidak pasti lagi betapa infiniti kecilnya entiti-entiti kimia yang membentuk dunia.Dunia Fizik lebih haru-biru.Dalam model Einstein membentangkan bahawa alam ini terbentuk dari TENAGA.Dan tenaga inilah manifestasi dari Big Bang.Model Kuantum pula membuat kesimpulan bahawa dunia ini terdiri dari gelombang-gelombang yang membungkus tenaga tadi.Paket-paket inilah yang dinamakan Kuantum.Apabila bercakap tentang gelombang,kita tidak boleh lari dari getaran,kerana getaran membentuk gelombang.Maka muncullah String Theory mengajukan pandangan bahawa alam ini terdiri dari string (tali-temali) yang bergetar.

Menyusuri Sains Biologi tidak kurang menariknya.Umum telah mengetahui bahawa antara pencapaian terhebat bidang biologi adalah penemuan DNA dan kromosom.Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel.Sel pula terbentuk dari atom-atom tadi.Kajian biologi mendapati sel-sel ini mengandungi data-data yang membawa kepada pembentukan sifat tubuh manusia tadi.Data-data ini tersimpan di dalam struktur kromosom yang membawa DNA (deoxyribonucleic acid).DNA adalah material genetik untuk semua sel organisma termasuk virus.DNA membawa maklumat yang diperlukan untuk sistesis protein dan replikasi.Apakah maksudnya?

Maksudnya,setiap sel manusia membawa sejumlah data-data yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu.Atau trafik maklumat.Saintis kini menubuhkan apa yang digelar Genome Project untuk mengkaji data-data ini.Pada masa akan datang,kita mungkin akan menukar model Fizik kita.Kita akan menukar cara kita melihat alam ini.Bahawa alam ini terdiri daripada susunan data-data yang berinfiniti banyaknya.Trafik maklumat yang bersimpangsiur dalam Dunia Terdawai Antaraprogram.Realiti Internet.

Matrix.

Anda sudah dapat pencerahan?Model Matrix hanyalah sekadar kacamata baru untuk melihat perkara yang sama.Ia hanya menjelaskan lagi maksud-maksud yang masih samar-samar.Dalam perbincangan berikutnya,kita akan belajar lagi memahami apakah Matrix ini.Kita akan siasat di manakah punca segala Matrix ini,apakah sifat-sifatnya dan bagaimana ia beroperasi.Kita akan pergi ke masa-masa belakang,bukan era Einstein atau Newton,tetapi ketika moyang kita...Adam dan Hawa sedang enak berehat di dalam syurga.





Adam dan Pertukaran Matrix





"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

(Thaahaa ayat 120)




Salah satu prinsip Matrix adalah kemampuannya yang fleksibel dari segi ruang.Matrix tidak statik.Di sekitar Matrix terdapat pintu-pintu,lubang atau jalan rahsia yang bersimpang siur.Terdapat titik-titik perhubungan antaradimensi di sekitar Matrix.Kita namakan ia sebagai PORTAL.Terdapat dua portal,satu portal fizikal yang terdapat di sekitar alam semesta termasuk bumi dalam realiti manusia.Keduanya portal yang dibuka melalui tubuh manusia.Perlu diingat,perisian dalam perkakasan yang berlabel 'manusia' ini mempunyai ciri-ciri yang amat unik dan hebat.Siapa yang memegang codingnya maka ia dapat menguasai semua jalan portal yang mungkin.Ia ibarat dapat mengawal USBcontroller sesuatu komputer.Setiap port USB berada dalam tangannya.Peluang untuk memasuki sistem coding adalah ketika minda manusia dalam keadaan 'hibernate'.Taktiknya ialah perkara yang melalaikan,bahan makanan atau minuman yang memabukkan dan lalai mengingati Allah s.w.t.

Berzikir merupakan alunan resonan dalam minda manusia.Berzikir dapat memberikan perintah pada sistem untuk mengaktifkan fungsi-fungsi pertahanan.Berzikir merupakan frekuensi,namun untuk mencapai resonan,ia perlukan tindakan berterusan.Kata-kata yang berulangan memang dapat menaikkan motivasi seseorang.'Self-suggestion' adalah terbukti saintifik dalam kesan-kesan motivasi pada diri manusia.Ini kerana ia berkaitan dengan frekuensi trafik data dalam sistem.Namun oleh kerana sistem dicipta oleh The Programmer,maka kata berulangan manakah yang akan dipilih sebagai pembuka kepada lebih banyak fungsi.The Programmer telah tetapkan katakuncinya,maka hanya itulah yang akan membangkitkan kuasa sebenar.



Sami Buddha dan pendeta Hindu juga mampu mendatangkan perkara-perkara ajaib ketika melakukan 'zikir' mereka.Namun perkara ajaib itu hanya berkesan dalam perkakasan bukan perisian.Memijak bara api,tidur atas paku,tidak terbakar dalam api atau melayang-layang adalah lumrah biasa dalam pertapaan yang menggunakan 'self-suggestion' tadi.Malah biji-biji tasbih zikir para sami Buddha lebih besar dari tasbih pak imam di kampung.Kata berulangan dapat membuka (unlock) fungsi-fungsi terpendam perkakasan,namun bukan perisian.Malah ketika bertafakur,peratusan para sami tadi didekati oleh Iblis adalah mencapai 99.989%.Iblis dan syaitan yang berada di luar Matrix manusia sememangnya mampu membantu orang-orang yang sesat tadi melakukan perkara-perkara ajaib,kerana mengubah fungsi perkakasan manusia adalah perkara enteng bagi Iblis.

"yang dila'nati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya)

(An-Nisa ayat 118)


Iblis akan berusaha mengucar-ngacirkan kehidupan manusia kerana baginya manusia telah mengambil apa jua haknya.Iblis dan syaitan dengan perkakasan yang lebih berkemampuan tinggi dari manusia mampu menyusup ke dalam Matrix manusia dan menyelinap ke dalam saluran darah manusia.Setiap diri manusia adalah portal-portal yang mungkin bagi Iblis dan syaitan.Semuanya untuk mengambil kembali bahagian yang kononnya sudah ditentukan kepada mereka.



Smith: We're here because of you, Mister Anderson, we're here to take from you what you tried to take from us.


Itulah alasan Iblis dan syaitan.Iblis dan syaitan-syaitannya ibarat ejen-ejen yang menyelinap dalam sistem internet untuk menjalankan kerja-kerja kotor mereka.Di dalam internet,ejen-ejen (Agents) adalah aplikasi yang penting terutamanya dalam Enjin carian seperti Google.Google menggunakan ejen yang dipanggil 'bot' untuk menggelintar seluruh kandungan internet bagi mengklasifikasikan carian-carian terbaik bagi permintaan pengguna Internet.Bot-bot ini atau sesetengahnya digelar sebagai lelabah akan merayau-rayau di seluruh dunia internet untuk tujuan-tujuan tertentu seperti mencarikan nama laman web,mencari borang atau dokumen dan juga mencari senarai filem yang mencapai box-office.Bot bertindak mengikut tujuan ia dicipta.Tanpa tujuan,bot atau ejen tidak akan bertindak.

Smith: Thank you. But as you well know, appearances can be deceiving, which brings me back to the reason why we're here. We're not here because we're free, we're here because we're not free. There's no escaping reason, no denying purpose - because as we both know, without purpose, we would not exist.
Smith 2: It is purpose that created us,
Smith 3: Purpose that connects us,
Smith 4: Purpose that pulls us,
Smith 5: That guides us,
Smith 6: That drives us,
Smith 7: It is purpose that defines,
Smith 8: Purpose that binds us.

Pada masa depan,ejen atau bot ini akan menggalas tugas yang lebih mencabar dalam bidang komunikasi internet.Para jurutera internet telah memikirkan untuk membuatkan bot-bot yang jumlahnya amat banyak ini dapat berkomunikasi antara satu sama lain!Dengan kata lain,mereka mempunyai kepintaran sendiri (artificial intelligent).Ejen-ejen akan dapat berkongsi maklumat sesama mereka dan bekerja lebih cekap dengan membuat keputusan terbaik secara sendiri tanpa menunggu arahan pengguna.Bayangkan jika ada ejen yang termodifikasi skripnya secara luarbiasa (anomaly) dan mampu bertindak tanpa mengikut arahan!Jika ini terjadi,ejen tadi telah menjadi 'exile program' dan tercemar (corrupt) seterusnya bertindak sebagai satu virus.


"Whoever it is, he's not reading like an agent"

(Link -Matrix Reloaded)


The Oracle: They have their reasons, but usually a program chooses exile when it faces deletion.
Neo: And why would a program be deleted?
The Oracle: Maybe it breaks down. Maybe a better program is created to replace it - happens all the time, and when it does, a program can either choose to hide here, or return to The Source.
Neo: The machine mainframe?




Di dalam Hukum Matrix di Dalam Matrix,jin dan syaitan akan melihat minda manusia seakan-akan paket-paket data di dalam trafik maklumat.Jin mampu menggodam minda/semangat manusia.Paket data yang dienkripsi sahaja tidak boleh dimanipulasi oleh jin dan syaitan.Paket data yang terdedah tanpa pengekodan adalah sarapan pagi yang enak dan berkhasiat bagi jin dan syaitan.Allah dan Rasul-Nya telah pun mengajarkan kita cara bagaimana untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.Minda manusia juga seperti manusia.Jin mampu menduplikasikan dirinya ke dalam minda manusia,dengan kata lain,mengawalnya.


Agent Jackson: You.
Smith: Yes me. Me, me, me!
Agent Jackson/Smith: Me too!

Smith: More.


Di dalam falsafah Matrix,jin/syaitan yang mampu menduplikasikan minda manusia,akan mengubah paket-paket data (minda) tadi kepada rupabentuk jin tersebut.Ketika 'switching' antara Protokol,apa yang terjadi adalah tubuh manusia namun bermindakan jin .Semua 'output device' juga dikawal oleh jin.Sebab itu orang yang dirasuk jin mempunyai suara yang amat berlainan dari suara sebenar mangsa.Kemahiran jin dan syaitan dalam mengawal minda manusia juga berbagai-bagai.Rasukan adalah kemahiran tahap tinggi.Suara-suara godaan adalah skil paling asas.Jin mampu melaksanakan rasukan biasanya jin yang terlatih.


Godaan pertama dalam sejarah manusia terjadi ketika coding manusia (Adam dan Hawa) dan syaitan (Iblis) berada di dalam Matrix yang sama.Ketika ini Tuhan telah jadikan walaupun berbeza unsur,namun di dalam syurga,Adam/Hawa dan Iblis mempunyai perkakasan yang boleh beroperasi di dalam Matrix yang sama.Adam boleh melihat Izzazil (Iblis) dengan penglihatan kasarnya.Bercakap dan berbual-bual seperti biasa.Sesungguhnya Allah Maha Kuasa.Nampaknya terdapat Matrix di mana ia mampu menapis semua Protokol yang berbeza-beza.


Rahsia Adam Turun ke Dunia




"Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, dia berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?"



Ini adalah penjelasan yang unik bagi menerangkan bagaimana nabi Adam a.s boleh dikeluarkan dari syurga bersama Hawa dan juga Iblis.Syurga yang didiami Adam adalah satu Matrix yang mempunyai setup yang berlainan dari Matrix dunia.Apa yang dimimpikan Adam menjadi kenyataan.

"Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

(Kisah Nabi Adam a.s)


Bagaimana Adam boleh mengetahui setiap pertanyaan malaikat?Di dalam Matrix yang beliau bertempat ketika itu,kemampuan mindanya adalah di tahap luarbiasa.Adam adalah 'The One' di dalam Matrix itu dari segi kemampuan minda (dan tidak mustahil dari segi fizikal).

Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:
"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajarkan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

(Kisah Nabi Adam a.s)


Namun situasi Adam dan Hawa berlainan ketika di Matrix dunia.Dengan perkakasan yang baru,Adam benar-benar berasa lemah dan selalu mengadu kepada Allah tentang kesukarannya.Kehidupan di dunia amat berlainan sekali dengan kehidupan di syurga.


"You don't get it. I built this place. Down here, I make the rules. Down here, I make the threats.Down here, I'm God. Get on the train or you're going to stay here, with him"

(Trainman -Matrix Revolution)


Beliau terpaksa menjalani kehidupan sebagai manusia biasa dan mematuhi kesemua peraturan Matrix yang baru.Apa yang dijelmakan dalam minda tidak mampu terjelma dalam Matrix dunia.Apakah yang menyebabkan Adam dan Hawa 'turun' ke dunia?

Ia bermula dengan kata-kata Iblis yang menggoda Adam dan Hawa supaya memakan buah khuldi.Buah khuldi (nama khuldi diberikan Iblis) adalah satu-satunya yang terlarang di dalam Matrix yang mereka bertempat ketika itu.

"Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim."

(AlBaqarah ayat 35)

Iblis menggoda dengan mengatakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itu,Adam dan Hawa akan kekal selamanya di dalam kerajaan yang tidak akan binasa.


"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

(Thaahaa ayat 120)



Apabila memakan buah itu,maka pakaian syurga yang dipakai oleh Adam dan Hawa pun tercabut serta-merta dan mereka terpaksa menutup tubuh mereka dengan pucuk-pucuk kayu.

"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia."

(Thaahaa ayat 121)


Betapa sedihnya hati Nabi Adam,maka ketika itu beliau pun berdoa dengan satu doa yang membuka satu rahsia yang penting.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam, "Tatkala Adam melakukan kesilapan dengan memakan buah larangan Allah dalam syurga, Baginda berkata, "Wahai Tuhan! Aku memohon dengan hak Muhammad agar Engkau ampuni aku." Allah berfirman, "Wahai Adam! Bagaimana engkau mengenali Muhammad sedangkan Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, "Tatkala Kau menciptakan aku, Kau meniupkan roh ke dalam jasadku maka aku mengangkat kepalaku lantas aku melihat pada tiang-tiang ‘Arasy tertulis ((Lailaha illallah Muhammad Rasulullah)), maka tahulah aku bahawa Engkau tidak akan menyandarkan nama seseorang kepada-Mu kecuali dia adalah yang Engkau kasihi dikalangan makhluk-Mu." Firman Allah, "Benarlah engkau wahai Adam. Dia amat Aku cintai berbanding sekalian makhluk lain. Jika engkau meminta daripada-Ku dengan haknya nescaya Aku ampuni engkau. Jika tidak kerana Muhammad, tidak Aku ciptakanmu wahai Adam. Dia ialah nabi yang terakhir dari zuriatmu." (Diriwayatkan oleh Al-Hakim, disahkan oleh Al-Baihaqi dan Abu Nu'aim dalam Ad-Dalail serta At-Tobrani dalam Ausat Wasoghir juga Ibnu ‘Asakir dan Al-Ajriyy dari Saidina Umar Al-Khattab r.anhu.)

Kalimah Syahadah telah pun tertulis di tiang-tiang Arasy ketika kelahiran Nabi Adam.Ini adalah The Keys of Kingdom of Heaven.Nabi Muhammad adalah 'The One' yang akan di 'plug in'kan ke Matrix dunia kelak.Namanya telah dahulu terukir di tiang-tiang Arasy.Tidak diketahui sejak bila nama itu sudah berada di situ.

"Baginda salallahualaihi wasalam, "Sesungguhnya Allah menulis tentang takdir ciptaan-Nya 50,000 tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi". Ketika Baginda salallahualaihi wasalam ditanya, "Bilakah engkau dilantik sebagai Nabi?" Jawab Baginda salallahualaihi wasalam, "Ketika (Nabi) Adam antara roh dan jasad." (Diriwayatkan oleh Muslim, Ibnu Hibban dan Baihaqi dipetik dari Hikam)



-------------------------------------



Terminologi


Portal:merupakan titik-titik perhubungan antaradimensi berlaku.Portal terdapat dalam dua keadaan.Melekap pada struktur Matrix dunia seperti di Segitiga Bermuda atau dibuka melalui tubuh manusia.



Ejen:di dalam dunia perkomputeran khasnya internet,ejen ialah aplikasi yang digunakan terutamanya enjin carian seperti Yahoo dan Google untuk mengelintar maklumat di dalam internet.Ejen ini yang dinamakan 'bot' juga 'spider' (lelabah) akan memenuhi permintaan carian oleh pengguna.Apabila satu 'keyword' ditaip pada kotak 'search' maka ejen-ejen akan merayau di dalam internet bagi memenuhi kehendak pengguna.

Resonan:getaran frekuensi yang memiliki panjang gelombang yang sama seterusnya mewujudkan rentak frekuensi yang sama.Kesan resonan adalah seperti derap tapak kaki tentera yan sama pada jambatan.Jika frekuensi derap kaki sama dengan frekuensi jambatan,maka jambatan boleh /rosak runtuh jika derap kaki berterusan dilakukan.


------------------------------------------



Morpheus: What was said was for you and for you alone.

Melalui penjelasan ringkas di atas,adakah anda sudah memahami apa sebenarnya Matrix itu?Ingat,semakin anda mempelajari tentang Matrix,semakin banyak lagi perkara yang anda tidak ketahui.

Matrix merangkumi banyak perkara.Kami sudah letakkan jigsaw puzzles di sana-sini.Keputusan di tangan anda untuk mencantumkannya.

Kami ingin bertanya satu soalan,bagaimanakah Adam 'turun' ke bumi?

Adakah jatuh seperti nangka busuk atau menaiki pesawat terbang canggih seperti dalam filem Star Wars?

Cuba teliti kembali penjelasan di atas,terdapat satu katakunci yang mampu menjelaskan segala-galanya.

Satu katakunci sahaja.

Cuba cari katakunci itu ....we are waiting


......


.
.
.






,,,









.....









,,,,







,,





...





...









....







....














Apa?Tidak jumpa?

Kepada yang menjumpainya.Tahniah diucapkan.Kepada yang masih tercari-cari,biar kami jelaskan.

Dalam terminologi Matrix,Adam mula 'turun' ke Matrix dunia setelah memakan sesuatu.Apakah itu?

Itulah buah yang TERLARANG.Iblis memanggilnya KHULDI.Buah inilah yang dimakan oleh Adam menyebabkan terjadi satu perubahan besar.APAKAH PERUBAHAN ITU?

Pertukaran Matrix.

"Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) syurga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia."

(Thaahaa ayat 121)

Apa yang dimasukkan ke dalam mulut manusia adalah amat penting.Ia adalah salah satu aplikasi yang mampu mengubah coding sama ada di dalam diri manusia malah Matrix di sekelilingnya.

"...So it's really up to you. You just have to make up your own damn mind to either accept what I'm going to tell you, or reject it. Candy?"

(Oracle -Matrix Reloaded)


"...You'll remember you don't believe in any of this fate crap. You're in control of your own life, remember? Here, take a cookie."

(Oracle -The Matrix)


Buah khuldi itu ibarat pil merah yang dimakan oleh Adam mengakibatkan pertukaran Matrix berlaku atas kehendak The Programmer.Pakaian Matrix asal terus lesap kerana tidak mampu wujud dalam Matrix yang baru.Kemungkinan mereka turun ke dimensi lebih rendah:

"Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama, sebagian kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka."

(Thaahaa ayat 123)


Iblis menggoda Adam dengan tawaran 'switching' kepada akses supaya Adam dan Hawa ke kerajaan yang kekal;Matrix lain yang bersifat mutlak.Iblis menawarkan pertukaran Matrix dengan katalog prasarana lebih baik dan kandungan program yang begitu utopia.Mengapa Adam cepat tergoda,padahal beliau memiliki pengetahuan yang tidak dimiliki para malaikat,makhluk dari cahaya yang dapat akses dengan sebegitu pantas trafik data yang berkelajuan ultratinggi???Adakah Adam tahu lambat laun dia pasti keluar dari syurga untuk tugasan lain?Mengapa beliau tahu Matrix yang beliau 'berhidup' itu tidak kekal??LIHAT MISTERI DI SINI.Jika kita tahu maksud 'NAMA-NAMA',kita akan tahu sebab mengapa Adam berubah fikirannya.


"Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa?"

(Thaahaa ayat 120)


Daripada sini kita tahu bahawa 'syurga' yang pernah didiami oleh ibu-bapa manusia itu bukanlah sama dengan syurga selepas Hari Kebangkitan.Syurga ini mempunyai pohon larangan namun syurga selepas kiamat:ALL ACCESS.

Ibu-bapa kita dilahirkan di Matrix tinggi yang ada 'RESTRICTION ZONE'.Kita semua dilahirkan di Matrix lebih rendah,alam dunia yang hina,dilahirkan di dalam penjara namun jika kita ikut Peraturan yang ditetapkan kita akan diganjari Matrix tinggi yang ALL ACCESS.Ini semua bagaikan permainan semata-mata.Kita semua bergantung kepada kasih sayang Allah.Kita tiada pilihan lain sebenarnya,Allah Maha Kuasa.Makhluk tiada kuasa apa-apa.

"It's a game, it is only a game."

(Merovingian -Matrix Reloaded)

Daripada Matrix syurga,Adam,Hawa dan Iblis dikeluarkan ke Matrix dunia.Namun dimensi Iblis dengan kedua manusia tadi berlainan.Iblis ditukarkan ke dimensi yang serupa dengan jin dan syaitan.Lihat,diluar Matrix syurga,mereka diasingkan ke dalam Matrix yang berlainan.

Di dalam Matrix yang baru,kemampuan yang dahulunya ada di Matrix syurga telah berubah.Adam dan Hawa telah bertukar menjadi 'manusia' kerana Matrix yang baru membuat pengecaman perkakasannya (hardware) manakala Izzazil bertukar menjadi 'Iblis'.Dia tidak mampu lagi menggoda secara berhadapan dalam waktu yang lama.Dia memerlukan kakitangan dari kalangan manusia sendiri selain dari jin dan syaitan.Iblis tidak akan mampu bertahan dengan suara azan dan ayat-ayat suci AlQuran,kuasa (baca:mukjizat) yang dimuatturun oleh The Programmer kepada 'The One' yang terakhir sebelum Matrix dunia di 'shutdown'.




....




,,,,




....





,,,,






....









That you are a slave, Neo.

Like everyone else you were born into bondage, born into a prison that you cannot smell or taste or touch.

A prison for your mind.

Unfortunately, no one can be told what the Matrix is.

You have to see it for yourself. This is your last chance. After this there is no turning back.

You take the blue pill, the story ends, you wake up in your bed and believe whatever you want to believe.



-----------------------------------------------------------------------------------------

naga said...
Salam. Semoga sihat sejahtera!


hardware - yg penting CPU.
struktur badan fizikal manusia - yg penting - otak.

software OS yg penting kernel. 
manusia dr segi roh yg penting jiwa/soul/hati.

antara dua tu pulak, kernel terlebih penting dr CPU. kernel corrupt, sure system down, CPU maintain je..

virus pun mostly attack kernel..jarang dengar virus rosakkan hardware. 

so iblis ni memang la macam hacker, kalau boleh nak corrupt kernel, setakat kacau software lain tu "hiburan" je..

jadi pertahanan OS ialah spt anti virus, firewall, IDS, password dan bermacam lagilah..

zikir tu umpama sentiasa online update the anti virus..kena sentiasa berterusan..dlm bas, lrt, komuter kena terus zikir, kerja ke, meeting ke..all the time. zikir pertahanan pertama ssorg individu. zikir dan selawat - yg ni pun bukan nak nunjuk ke, nak kebal ke..ape ke....zikir ni ingatkan ALLAH, minta tolong dgn ALLAH, merintih dgn ALLAH, juga selawat sbg tanda kasih kpd RASULLULLAH, rindu kpd BAGINDA, mengenang pergorbanan dan susah payah BAGINDA menyebarkan ISLAM....

ade sesiapa pernah ambil Ethical Hacking Course? sekadar bertanya..punyalah byk cara nak hack system. macam tu lah iblis yg TUHAN izinkan utk hack system roh manusia. tapi ingat..TUHAN yg beri izin. iblis tiada daya upaya ape2.
itulah hikmah ayat ALQURAN "aku berlindung dgn ALLAH dari syaitan yg direjam"
begitu juga dgn surah AN-NAS - berlindung dgn ALLAH dr bisikan jahat manusia dan jin.
semoga kita semua diberi rezeki utk sentiasa berzikir dan berselawat dgn penuh kefahaman. 
maaf andai tersalah fakta.

Wallahualam. Terima kasih MO!
December 11, 2009 at 9:56 PM




1 comment:

  1. salam mo
    tu yg komen tu pembetulan skit =bukan memberi rezeki tp yg tepat nyer ialah HIDAYAT

    ReplyDelete