Friday 31 May 2013

Kata Alu-aluan dari Srikandi

Written by Mistis Organization: Monday, July 20, 2009


Ini adalah kata alu-aluan dari Srikandi,iaitu Editor Khas bagi siri kedua Alter Terahsia Bangsa Melayu.Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah.Seorang wanita yang tegas,berkaliber dan bersifat ingin tahu;amat meminati bidang sejarah sejak dari kecil,antara barangan kesayangannya ialah kitab Sejarah Melayu bertulisan Jawi lama yang tersimpan kemas di almari ruang tamu di rumahnya.

Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang History Manipulation,Rewriting History Conspiracy,History Restoration Data,History Tactics Divide and Rule,Chronological Conspiracy,History Exploitation Conspiracy Studies dan Geneology Studies.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan.



-M.O







Tidak ada yang lebih sukar dan merumitkan dari meneliti sejarah sesuatu bangsa,melainkan satu bangsa ini yang digelar:Melayu.Sejarah yang dimanipulasi,kehilangan kesan-kesan sejarah,sikap sambil lewa dan buta sejarah,pengkhianatan asing dan peredaran masa bagaikan bergabung tenaga untuk melenyapkan pesona sejarah bangsa misteri ini.Bangsa yang tidak punya sejarah masa lalu ialah bangsa yang tidak punya cerita masa hadapan.Ini adalah realiti.

Biar saya memperkenalkan diri.Nama saya ialah Srikandi.Bidang Sejarah adalah nirvana saya.

Apabila saya dihulurkan satu diari lama pada penghujung tahun lepas,saya tidaklah begitu teruja menatapnya sehinggalah diberitahu oleh Hermit bahawa ini adalah petunjuk terbaru dari seorang penyelidik yang menjadi inspirasi kepada M.O ketika penulisan ATBM siri pertama.Diari ini penuh dengan petunjuk-petunjuk aneh yang benar-benar sukar untuk saya fahami.Satu daripada petunjuk yang benar-benar terkesan di hati saya ialah sebaris ayat yang mengisahkan kerajaan Melayu yang hilang di Indochina.

Pada muka surat ke 37,perenggan ke 5:

"...tiga kerajaan bangsa bunga-bungaan,Teratai di kiri,Kambuja di tengah dan Champaka di kanan..."



Di dalam siri ATBM yang pertama,kita sudah pun maklum benang-benang merah antara bangsa Melayu dan Parsi.Salah satu bangsa keturunan dari Keturah,iaitu Mada (Madyan,Medea,Medes) adalah bangsa asas yang membentuk bangsa Parsi di bawah Cyrus The Great.Bangsa Mada di gelar Mada-yu ketika era Assyria memberikan petunjuk kepada saudara mereka yang tersembunyi iaitu Mala.Mala-yu adalah gelaran yang diberi oleh bangsa-bangsa yang membina empayar dan berperang di lembah yang subur di antara sungai Furat dan Tigris,Tamadun Sumeria yang makmur,kepada bangsa misteri.Bangsa Parsi memang mempunyai hubungan rapat yang terahsia dengan bangsa Melayu.Dalam Sejarah Melayu ada mengatakan bahawa raja-raja Melayu purba berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain yang kini dikatakan oleh ramai pengkaji merujuk kepada Raja Kurosh atau Cyrus The Great.Bekas-bekas puing-puing kota Melayu lama di Ayutthaya (Syahrul Nuwi),mahligai lama di Lopburi dan Nakhon Si Tammarat turut menunjukkan pengaruh Parsi.Pakaian dan budaya masyarakat Melayu di Indochina (Benua Siam) pada masa silam juga menunjukkan pengaruh Parsi,bukanlah hendak mengatakan mereka mencedok budaya Parsi tetapi ini membawa kita ke era bangsa misteri tinggal bersama-sama bangsa-bangsa di Asia Tengah hingga ke Sumeria dan Tanah Kanaan.Bangsa Mada (bangsa yang membentuk bangsa besar Parsi) dan Mala pernah hidup bersama-sama dalam satu budaya dan peradaban.Bangsa Mala yang membawa ajaran Ibrahim inilah yang mengembara hingga ke perbatasan India.Brahma adalah berasal dari kata Abraham,dan ini bukanlah hipotesis tetapi hasil kajian pakar bahasa Sanskrit dan budaya India Purba juga diakui oleh para Pandit berkedudukan tinggi dari aliran Brahma Samaj di India.


Dari siri ATBM juga saya memahami teori 'bangsa yang mengembara'.Teori ini dapat menerangkan mengapa di Semenanjung Melayu misalnya terdapat kaum-kaum yang mirip dengan konsep aborigine seperti Orang Asli,Jakun dan sebagainya tetapi pada masa yang sama terdapat kaum lain yang berbeza dan terbuka sedikit seperti suku kaum Jawa,Melayu (Kedah,Perak,Kelantan misalnya),Minang,Bugis dan sebagainya.Berbeza dengan kepelbagaian etnik di Tanah Besar China contohnya,etnik-etnik mereka tetap mempunyai rupa paras yang seakan sama;mata yang memanjang atau sepet,kulit agak cerah,bahasa dan tulisan yang hampir sama namun fakta ini runtuh di Kepulauan Melayu.Saya merumuskan teori Proto dan Deutro Melayu memang ada tetapi bukanlah berkaitan dengan kedatangan kaum-kaum Melayu dari Yunnan misalnya tetapi sebenarnya Yunnan itu adalah salah satu 'terminal' persinggahan Deutro Melayu ini sebelum bergerak lebih ke selatan.Pernahkah kita mengkaji misteri ini?Adakah kita mahu menunggu sehingga orang asing sewenang-wenangnya mengatakan kita kaum pendatang dan juga merampas bumi Orang Asli?

Misteri ini dapat diselesaikan jika kita menerima konsep 'Bangsa Mala'.Mengikut apa yang saya fahami dari ATBM siri pertama,Orang Asli,Jakun dan Melayu adalah dari rumpun yang sama iaitu dari bangsa Mala.Bangsa Mala adalah istilah kuno yang merujuk bahawa Kepulauan Melayu,Semenanjung dan Benua Siam adalah 'homeland' mereka sejak beribu tahun,malah dari zaman Banjir Besar lagi.Tiada persoalan adakah Melayu itu pendatang.Nusantara ini adalah tanahair mereka zaman-berzaman.Perkataan 'Mala' ini adalah dari manuskrip kuno yang dikatakan musnah di Perpustakaan Alexandria (Iskandariah),kemudiannya di eksploitasikan oleh Joseph Smith dan pihak yang mengupah beliau untuk membuat kitab bagi ajaran Mormon.Kemudiannya dikaji oleh seorang profesor iaitu Ralph Olsen yang menemukan sebenarnya apa yang diceritakan oleh kitab Mormon itu adalah kisah-kisah di 'Mala Land' atau istilah yang kita fahami,Nusantara.Beliau menemui ciri-ciri tempat dan geografi di dalam Book of Mormon itu lebih dekat dengan Nusantara berbanding Amerika.Joseph Smith hanya mampu meminda sebahagian dari manuskrip purba itu tetapi bukan semuanya.Penipuan Joseph Smith mula terbongkar apabila profesor itu menerbitkan hasil kajiannya dan ini sukar untuk disanggah oleh mana-mana pakar geografi.Namun ini tidak menghalang ajaran itu dari berkembang luas di Amerika.Manuskrip itu cuma modal awal Joseph Smith untuk meyakinkan para pengikutnya bahawa beliau telah diberi 'kitab suci' dengan perantaraan malaikat.Joseph Smith dan pihak lain yang menjalankan konspirasi memang tertarik dengan kisah-kisah epik di dalam manuskrip purba (Scriptures) itu dan mendapat idea untuk mengarang satu kitab berdasarkan manuskrip tersebut bagi memulakan satu ajaran baru.

Dari siri ATBM yang pertama juga saya memahami bahawa terdapat dua jenis Melayu;iaitu Proto Mala iaitu bangsa Mala yang tetap tinggal di Nusantara sejak turun temurun tanpa berpindah randah atau berlayar atau mengembara ke luar dari Nusantara.Kedua adalah RAHSIA PALING PENTING saya kira,iaitu tentang Deutro Mala,iaitu bangsa Mala yang tinggal di pesisir pantai dan berinteraksi dengan bangsa-bangsa lain dan gemar berlayar.Berdasarkan sumber dari Judeo-Sumeria dan sarjana Islam,Ibnu Athir (1160 - 1233) yang terkenal dengan karya sejarahnya al-Kamil fi t-tarikh,diketahui bahawa Nabi Ibrahim a.s telah mengahwini seorang gadis dari Timur Jauh yang bernama Keturah,yang di dalam tafsiran bahasa Ibrani bermaksud kemenyan atau wangi-wangian.Hasil dari keturunan ini dikatakan telah diwasiatkan oleh Nabi Ibrahim supaya menyebar ke 'Tanah Timur' atau The Land of The East,mencari jalan pulang ke tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu.Ketika keturunan Mala 'moden' ini bergerak ke Timur Jauh,mereka telah berasimilasi dengan pelbagai bangsa di dunia ini dan menghasilkan beberapa kaum Asia.Mereka juga membawa agama Ibrahim ke Benua India,di mana Braham (Ibrahim,Abraham) itu disebut Brahma oleh para Rishi selalu dirujuk sebagai Tuhan kepada Nabi Ibrahim di masa-masa kebelakangan.Kehadiran bangsa Mala dalam sejarah dicatatkan sebagai kedatangan bangsa Aryan ke India dan merekalah yang menyebarkan budaya Vedic-budaya keparsian atau Avesta ke dalam kehidupan 'high class' bangsawan di India.Sebab itu bahasa Sanskrit memiliki rumpun yang sama dengan bahasa purba Avesta iaitu bahasa yang digunakan di dalam kitab Zend Avesta,kitab kuno agama Zoroester Parsi.Sebab itu di dalam kitab-kitab Hindu seperti Veda dan Purana ada terselit kata 'Mahmat' (Muhammad) dan juga kisah raja-raja Babilon dan Sumeria serta peperangan-peperangan mereka seperti yang dikisahkan di dalam Ramayana dan Mahabrata.Agama Ibrahim di India semakin lama semakin hilang keasliannya dan bercampur aduk dengan kepercayaan pagan tempatan.Akhirnya setelah memakan masa beribu tahun,agama Abraham telah bertukar menjadi agama Brahma dan akhirnya menjadi agama Hindu yang terkenal dengan sistem pagan dan dewa-dewinya yang kompleks.

Pada perenggan ke 17,muka surat 65 ada mencatatkan:

"...Keturah,gadis misteri wangi-wangian,aku namakan dia Melati Puteh atau Melur...dia membawa sebakul bunga-bunga yang harum mewangi buat hadiah perkahwinan dengan Patriarch terhormat Tanah Kanaan,Abraham Nabi mulia,bunga dan haruman dari Tanah Serendah Sekebun Bunga..."



Ketika menyusuri Sungai Mekong dan tiba di Yunnan,sebahagian dari mereka telah pun mendiami bahagian barat Benua Siam (Indochina).Bangsa Deutro Mala ini berasimilasi dengan etnik-etnik kecinaan dan menghasilkan bangsa Siam (Saimen).Perbezaan ketara antara etnik Saimen dengan etnik-etnik kecinaan yang lain seperti Dai Viet,Sukothai,Khmer atau Mon ialah budaya mereka yang agak keparsian,bangsawan mereka memakai jubah-jubah dengan 'trademark' mereka iaitu topi berbentuk kon panjang seperti pagoda yang tirus.Berabad-abad mereka menghadapi 'survival' di tengah-tengah kecelaruan etnik di Indochina dan perlu juga diingat bahawa di Indochina juga ketika itu terdapat sukukaum Proto Mala seperti etnik-etnik kejawaan dan aborigine seperti Dayak dan Orang Laut.Namun bangsa Saimen yang memiliki tamadun tinggi,kecerdasan dan kepintaran mengurus empayar telah dapat menubuhkan kerajaan-kerajaan di Indochina (Benua Siam) dan menyatukan semua etnik Indochina di bawah pemerintahan mereka.Funan,Champa,Kambuja,Taunggoo di Burma sekadar menyebut beberapa nama adalah kerajaan-kerajaan purba Mala Saimen di Indochina.Ketika pemerintahan mereka,tidak dinafikan ramai dari etnik-etnik lain diambil oleh bangsa Mala Saimen ini di dalam bidang ketenteraan dan pentadbiran.Mereka yang terpilih etnik-etnik Indochina lain ini telah mempelajari segala kepandaian dan selok-belok pentadbiran dari bangsa Mala Saimen yang sememangnya mewarisi pengalaman nenek moyang mereka bangsa Deutro Mala di negarakota Ur,Uruk dan Babylon.Lama-kelamaan mereka telah memberontak dan segala kepandaian yang berasal dari Mala Saimen ini digunakan untuk menentang kembali kerajaan-kerajaan Mala Saimen ini.Inilah yang terjadi kepada kerajaan Melayu Siam di Ayuttaya dan Champa yang dahulunya mendominasi Vietnam sekarang.

Banyak lagi petunjuk-petunjuk yang harus dipecahkan di dalam diari ini.Terutamanya kehidupan Melayu purba di Indochina dahulu.Saya tidak menemui apa-apa pun kecuali dalam jumlah yang amat menyedihkan, kajian dari sejarahwan Malaysia tentang kerajaan dan tamadun Melayu di Indochina.Pakaian,adat istiadat,budaya dan bahasa etnik Melayu Siam sepatutnya dibuat kajian yang intensif oleh pakar sejarah Melayu.Namun kita bernasib baik apabila terdapat usaha seperti dalam blog sejarahnagarakedah.Mujurlah terdapat mereka yang menyedari lompang dalam sejarah Melayu ini dan dapatlah saya menterjemahkan petunjuk penyelidik itu yang benar-benar memeningkan saya tentang 'puzzles' yang hilang di Indochina.

Kepada para pembaca MistisFiles,saya minta kemaafan atas segala khilaf dan kesilapan saya sepanjang mengendalikan siri ATBM ini.Kita bersama-sama berkongsi 'jigsaw puzzles' ini dan sama-sama akan mencari yang mana yang tepat untuk sejarah bangsa yang tercinta ini.








Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang saya bertumpang lalu.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.











salam sayang,

Srikandi

6 comments:

  1. Mai kita selongkar siapa puteri Nabi Ismail...siapakah namanya? Adakah KETURAH??? yg pastinya KETURAH bkn Isteri Nabi Ibrahim AS!!! Ini bertentangan sekali dng landasan Al Quran. Menjejak Melayu harus bermula dari langkah Islam. Muhammad SAW adalah penutup n pelengkap Agama Hanif, Ajaran Ibrahim=AGAMA ISLAM...merupakan matlamat akhir kenabian Adam AS yg diturunkan pada Nabi Syits AS, Nabi Idris AS, Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS n Nabi Ismail AS. Amat tidak wajar menjejak ISLAM n MELAYU menerusi jurai Ishak AS yg menurunkan Nabi Nabi BANI ISRAEL yg dikhususkan hanya untuk kaum Yahudi n Israel. CUBA SELONGKAR SIAPA NABI IDRIS, SIAPA PUTERA PUTERA ISMAIL YG 12 n PUTERI TUNGGAL ISMAIL...X DE SEBARIS AYATPUN KAJIAN YG DIBUAT TENTANG MELAYU BOLEH DIPERCAYAI!!!! Jauh tersasar, terpesong n menyimpang dri landasan Al Quran n Islam!!!

    ReplyDelete
  2. Prof Ahmad Zakaria Ghazali, Prof Mohamed Anwar Omar Din, Duarte Barbosa, Emanual Godinho, Ralph Olsen dll...100% gagal merungkai ASAL MUASAL MELAYU!!! FAIILED!!! MELESET!!! X BOLEH DIPAKAI LANGSUNG!!! WAJIB CAMPAK DLM KUMBAHAN JE KAJIAN DIARANG!!!

    ReplyDelete
  3. Bangsa Melayu berasal dari keturunan ke 10 putera yang berkahwin dengan puteri ke 11 Nabi Adam AS.

    ReplyDelete
  4. Menurut Kitab Tarikh Al Hukama, Ibnu Khatir, Sami bin Abdullah Al Makluth dll menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS...baginda dilahirkan di MUnaf/Memphis dan digelar HurMUs Al Haramisah. Nabi Idris AS diutus buat kaum Nabi Syits AS, keturunan Qabil putera Adam AS, kekanda tua baginda. Di zaman Nabi Idris AS kaum Nabi Syits dipanggil kaum Hurmus/MU atau di kalangan Kafirun dikenali sebagai kaum LeMUria. Baginda Nabi Idris AS dianugerahkan dng berbagai bagai kemahiran dan kepandaian antaranya: mahir mengukir segala jenis batu permata, melukis, menulis, mengira, mengukur, menjahit, berfalsafah dan yang paling utama berpengetahuan tinggi dlm ilmu kebintangan atau astronomi. Di zaman baginda telah terdapat 72 pecahan kaum dan bahasa serta telah menggambarkan 188 buah kota di atas lempeng tanah liat dan kepingan logam. Baginda juga bertanggung jawab meletakkan 4 Raja di 4 penjuru dunia dengan 4 perbezaan cuaca dan bentuk muka bumi yg mewakili 4 dataran: Dataran Bawah, Dataran Atas, Dataran Bukit dan Dataran Tinggi. Penghuni Dataran Bawah di 4 penjuru dunia dianggap istimewa di waktu itu memandangkan setiap penjuru di perintah oleh 1 Raja: Sebelah Barat diperintah oleh Raja Zous, Sebelah Timur Raja Esqlebous, Raja Elaus memerintah sebelah Selatan dan Raja Zous Amon memerintah sebelah Utara. Kaum Hurmus/MU atau LeMUria bertukar menjadi angkuh, sombong, bongkak, takbur, kufur dan mungkar setelah diajarkan berbagai ilmu oleh Nabi Idris AS, berkesudahan setelah Nabi Idris AS diangkat ke tempat tertinggi kaum tsb dibinasakan Allah dengan banjir besar yg membenam Dataran Bawah di 4 penjuru dunia di zaman Nuh AS. Bermula dng kejadian banjir tersebut maka terpisahlah 72 kaum dng 72 asas bhs dri pecahan 22 pasang anak anak Adam AS di berpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua, antaranya adalah KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA di berbelas ribu pulau dng asas bahasa yg dipanggil BAHASA SELATAN atau AUSTRONESIA. Kaum Mala ditamadunkan oleh penutur Bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYA dari jurai Ismail AS melalui Jalan Sutera. Campuran bahasa Austronesia, Indo-Iranian dan Indo-Arya menjadi IBU pada Bahasa Sanskrit, begitu juga dengan Tulisan Rasmi Kaum Mala Tulisan Pallawa yg berasal dari Persia dan Pahlavi turut dijadikan INDUK pada Tulisan Sanskrit. Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Menurut Kitab Tarikh Al Hukama, Ibnu Khatir, Sami bin Abdullah Al Makluth dll menyebut: TAMADUN MANUSIA BERMULA DARI NABI IDRIS AS...baginda dilahirkan di MUnaf/Memphis dan digelar HurMUs Al Haramisah. Nabi Idris AS diutus buat kaum Nabi Syits AS, keturunan Qabil putera Adam AS, kekanda tua baginda. Di zaman Nabi Idris AS kaum Nabi Syits dipanggil kaum Hurmus/MU atau di kalangan Kafirun dikenali sebagai kaum LeMUria. Baginda Nabi Idris AS dianugerahkan dng berbagai bagai kemahiran dan kepandaian antaranya: mahir mengukir segala jenis batu permata, melukis, menulis, mengira, mengukur, menjahit, berfalsafah dan yang paling utama berpengetahuan tinggi dlm ilmu kebintangan atau astronomi. Di zaman baginda telah terdapat 72 pecahan kaum dan bahasa serta telah menggambarkan 188 buah kota di atas lempeng tanah liat dan kepingan logam. Baginda juga bertanggung jawab meletakkan 4 Raja di 4 penjuru dunia dengan 4 perbezaan cuaca dan bentuk muka bumi yg mewakili 4 dataran: Dataran Bawah, Dataran Atas, Dataran Bukit dan Dataran Tinggi. Penghuni Dataran Bawah di 4 penjuru dunia dianggap istimewa di waktu itu memandangkan setiap penjuru di perintah oleh 1 Raja: Sebelah Barat diperintah oleh Raja Zous, Sebelah Timur Raja Esqlebous, Raja Elaus memerintah sebelah Selatan dan Raja Zous Amon memerintah sebelah Utara. Kaum Hurmus/MU atau LeMUria bertukar menjadi angkuh, sombong, bongkak, takbur, kufur dan mungkar setelah diajarkan berbagai ilmu oleh Nabi Idris AS, berkesudahan setelah Nabi Idris AS diangkat ke tempat tertinggi kaum tsb dibinasakan Allah dengan banjir besar yg membenam Dataran Bawah di 4 penjuru dunia di zaman Nuh AS. Bermula dng kejadian banjir tersebut maka terpisahlah 72 kaum dng 72 asas bhs dri pecahan 22 pasang anak anak Adam AS di berpuluh ribu pulau, tanah besar dan benua benua, antaranya adalah KAUM DATARAN BUKIT atau KAUM MALA di berbelas ribu pulau dng asas bahasa yg dipanggil BAHASA SELATAN atau AUSTRONESIA. Kaum Mala ditamadunkan oleh penutur Bahasa INDO-IRANIAN dan INDO-ARYA dari jurai Ismail AS melalui Jalan Sutera. Campuran bahasa Austronesia, Indo-Iranian dan Indo-Arya menjadi IBU pada Bahasa Sanskrit, begitu juga dengan Tulisan Rasmi Kaum Mala Tulisan Pallawa yg berasal dari Persia dan Pahlavi turut dijadikan INDUK pada Tulisan Sanskrit. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. saya dapat maklumat yang mengatakan bahawa ada seorang gadis melayu yang mempunyai kepintaran luar biasa dalam bidang sejarah. atau dalam bahasa mudah ialah prodigi sejarah.adakah saudari srikandi ialah gadis prodigi itu ???

    ReplyDelete