Friday, 31 May 2013

Secret Societies

Written by Mistis Organization: Friday, August 21, 2009


Dikurniakan umur yang panjang adalah kelebihan baginya.Dia ingin menjadi Tuhan sekarang.Tetapi bagaimana?Dia perlu berjalan mengembara untuk mengumpulkan pengikutnya.Tahun demi tahun dia mempelajari segala ilmu pengetahuan dunia perlahan-lahan.Apa yang hendak dirisaukan?Umurku panjang,desis hatinya.Tahun ini aku belajar ilmu Fizik,tahun depan aku belajar ilmu Biologi...

Untuk menjadi Tuhan,atau sekurang-kurangnya dewa di bumi ini,strategi yang mampan perlu dirangka.Setiap tempat yang dilawatinya,akan diwujudkan kelompok-kelompok pengikutnya.Kelompok-kelompok ini adalah segolongan manusia yang mempercayainya.Percaya kepada kebolehannya.Percaya kepada dirinya yang digelar:



"The Wise Man"



Ini adalah jigsclue #009 dibawah label 'Secret Societies'

Ini adalah jigsclue yang penting,untuk mempelajari ilmu strategi Dajjal Laknatullah The AntiChrist.

Sila ambil perhatian.




"Secret Societies"

(Kelompok Rahsia)




"Ordo Ab Chao!"



Keseorangan di dunia seperti dalam kisah 'Robinson Crusoe' sememangnya memeritkan.Dia perlu bangkit untuk menjadi dewa yang dipatuhi oleh manusia.Dia perlu belajar segala ilmu sains untuk meyakinkan manusia akan keistimewaan dirinya.Mula-mula dia perlu datang kepada manusia supaya manusia dapat diyakinkan bahawa dia adalah penyelamat mereka;Messiah Yang Ditunggu-tunggu.Usaha yang pertama 'mentarbiah' sekelompok manusia yang pertama ditemuinya menemui jalan buntu dan amat perit;dihalau dan dihina.Tetapi dia tetap tidak mengalah.Dia pun berusaha lagi dan lagi.Ilmu sains yang dimilikinya hasil umurnya yang panjang dan pengalaman mengembara amat-amat berguna.Apabila berjaya mempengaruhi sekolompok manusia,dia mula mengasah pelbagai cara baru untuk mempengaruhi manusia supaya mempercayainya.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali..." (Hadis)

Dia mula mengatur strategi baru.Strategi yang benar-benar berjaya dan tidak pernah menghampakannya.

Dia mula menubuhkan kelompok-kelompok rahsia di sana-sini.


Untuk ini,Dajjal perlu sampai ke semua bangsa dan umat supaya mereka akan dapat dikumpulkan ke dalam kelompok-kelompok berasingan yang mempercayainya.Kelompok-kelompok ini nanti akan bertemu di antara satu sama lain;dengan kata lain,akan disatukan melalui benang-benang merah yang tersembunyi.Setiap umat mesti menerima konsep ajaran dewa-dewi,yang dijana oleh para rahib yang mengamalkan sihir.Ini adalah trend yang perlu diajar kepada semua bangsa.Sihir adalah pemangkin untuk semua ini.Kekuatan 'magis' untuk setiap kelompok rahsia yang didalanginya.Terdapat dua rahsia sihir The AntiChrist;pertamanya melalui kekuatan ilmu sains dan keduanya melalui perhubungan dengan makhluk berdimensi lain,jin dan syaitan.

"Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” (Hadis)

Kelompok-kelompok rahsia ini amat menghormati Dajjal ini.Dia digelar:The Wise Man;Orang Yang Bijaksana.Dajjal mengikat para pengikutnya di dalam kelompok-kelompok rahsia ini dengan kuasa ilmu pengetahuannya yang tinggi.Ilmu pengetahuan adalah kunci kepada KEPERCAYAAN DAN KEKAYAAN.Manusia cepat menghormati kepada orang yang punya kemahiran dan kepandaian.Dajjal akan mengajarkan segala kepandaian ini dan memacu mereka untuk gigih belajar dan berusaha bagi meningkatkan imej kelompok-kelompok rahsia ini di mata masyarakat.Kelompok-kelompok rahsia ini menjadi lebih terhormat dan kaya-raya.Lama kelamaan,mereka tidak perlu lagi menunjuk-nunjukkan kepandaian mereka,kerana IMEJ mereka dengan sendirinya telah menarik ramai bijakpandai,bangsawan dan raja-raja untuk menyertai 'kelab-kelab' mereka ini.



Dajjal menubuhkan kelompok-kelompok rahsia ini antara lain adalah untuk:

1) Meluaskan empayarnya.

2) Mengekalkan kewujudannya (survive)

Ini adalah prinsip yang paling digemari oleh Dajjal iaitu DIVIDE & RULE.Dajjal tahu kehadiran para nabi yang diutuskan ke dalam Matrix dunia ini untuk menyatukan manusia kepada penyembahan Tuhan Yang Satu.Oleh itu untuk menggagalkan usaha mereka dia perlu memecahbelahkan mereka.Dajjal perlu menubuhkan cawangan-cawangannya di seluruh dunia.Cawangan-cawangan berasingan yang nantinya akan di satukan kelak.Ini adalah prinsip yang biasa digunakan dalam industri hartanah.Donald Trump biasa bermain taktik begini.

Salah satu tujuan menubuhkan banyak kelompok rahsia di sana-sini adalah untuk mengekalkan kewujudannya.Jika terdapat kelompok rahsia miliknya yang dimusnahkan,diharamkan atau sebagainya,Dajal masih memiliki cawangan yang lain.Mereka dapat bergabung kembali dan berpecah untuk menubuhkan kelompok rahsia yang lain.Ini benar-benar KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN.





Di antara kelompok-kelompok rahsia Dajjal Laknatullah Al-Muntazhor The AntiChrist a.k.a The Hidden Hand:

Illuminati

Freemasonry (di bawahnya bercambah lagi pertubuhan yang lain seperti Rotary Club,Lion Club etc)

Knight of Malta

Thule Society

The Round Table

Priory of Zion

Council of Nine

Brotherhood of Snake

Club of Rome

Fraternity of Rosicrusian

Aum Shinrikyo

Triad (Chinese Secret Societies)

Blue Brethren

BabylonianBrotherhood

Vril Society


Apabila terdapat banyak kelompok rahsia,strategi tahap kedua dijalankan.Dajjal akan memilih yang mana akan dikomersilkan,akan diiklankan ke khalayak ramai.Dajjal akan menjual imej dan segala 'trademark' kelompok rahsia yang dipilihnya itu.Ini bertujuan untuk mendidik orang ramai supaya lebih mengenali dan membiasakan diri dengan kelompok rahsianya.Gerak kerja secara 'underground' mula ditinggalkan dan kelompok rahsia Dajal ini mula melangkah ke dunia 'mainstream'.




Namun pada masa yang sama,kelompok-kelompok rahsia yang lain tetap tersembunyi dan menjalankan gerak kerjanya secara rahsia dan tidak diketahui orang ramai.Pertubuhan-pertubuhan Dajjal yang telah dikomersilkan mendapat arahan dari organisasi yang bertaraf 'The Hidden Hand' ini.Para pengikut yang dungu di dalam pertubuhan Dajal yang komersil ini digalakkan menjalankan pelbagai program kemanusian dan kebajikan,tetapi para elit mereka di dalam 'Hidden Organization' menjalankan penjualan senjata,industri pelacuran dan pornografi,pengedaran dadah,penyeludupan dan perhambaan manusia,kegiatan subversif,peperangan dan 1001 program kejahatan,tanpa disedari oleh para pengikut bawahan.Para Elit ini adalah syaitan-syaitan manusia yang amat komited dengan tugas mereka.

"Katakanlah(wahai Muhammad)

"Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekalian manusia.

Yang menguasai sekalian manusia,

Tuhan yang berhak di sembah oleh sekalian manusia.

Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,

yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,

iaitu pembisik dan penghasut

dari kalangan jin dan manusia." (Surah An-nas)

Merekalah yang memegang sosio-politik dunia masakini,menghampiri cita-cita Dajjal Laknatullah The AntiChrist untuk menjadi 'dewaraja' di bumi ini.Media massa,internet,dunia hiburan,filem,intelligen,ketenteraan,pendidikan,perniagaan dan pelbagai cabang ruanglingkup kehidupan manusia dikuasai oleh para Elit ini.Mereka merasa telah mampu mengawal dunia ini.Melalui 'secret societies',Dajjal Laknatullah semakin yakin dapat mengalahkan Tuhan yang mencipta dirinya.


Tuan-tuan dan puan-puan,


SELAMAT DATANG KE DUNIA 'SECRET SOCIETIES'







---------------------------------------------



Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



FIKIRKAN SEMULA



------------------------------------------------------------------------------------------------------

**Anonymous said...
hmm The Round Table..

teringat kisah King Arthur n lagu O-Fortuna dalam filem Excalibur.. :D

well done MO, teruskan menulis..

Acid Burn
August 21, 2009 at 11:32 AM

**naga said...
Salam. Semoga sihat sejahtera dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia.

Rupa2nya beginilah cara dajjal berkerja.

Industri muzik dan filem
Dari dulu saya 'terpesona' dgn kesungguhan dan kehebatan hasil seni barat. Contohnya lagu2 Madonna "rays of light" begitu mengasyikkan - ttp rupa2nya saya telah tertipu dan mereka ada hidden agenda.

Dadah
Orang sudah memperkatakan bahawa dadah2 tersebut di sihir sebelum diedarkan kpd mangsa. Dan peperangan terhadap dadah would be never end selagi main supplier the hh masih wujud. Utk meninggalkan najis dadah bukan perkara yg mudah kerana mangsa sentiasa diekori.

Minuman ringan - Coke dll
Bukan saja kaedah saintifik membuktikan ia tidak sihat ttp ada yg mempercayai coke telah disihir sebelum diedarkan kepada pengguna.

Along
Ia umpama barah yg entah bila akan sembuh kecuali kita kembali kepada diri sebenar menjadi hamba TUHAN dan bukan hamba material. Saya pernah ke pejabat along dan amat sedih bila melihat bertompok kad2 ATM diatas meja. Mereka ada senarai bila gaji dan pencen peminjan keluar. Anda kena serahkan buku bank dan kad ATM kepada mereka utk mengeluarkan gaji/pencen. Setelah ditolak bunga atau pokok, barulah baki akan dibank in ke dlm akaun lain utk kegunaan anda. Dan saya percaya rata2 mangsa adalah kakitangan kerajaan dan bangsa melayu. Dari mana agaknya mereka dpt sumber kewangan yang sgt besar utk aktiviti along?

Pelacuran
Kenapa masalah ini tiada kesudahan? Dari pengalaman seorang warden penjara - pihak berkuasa sering melakukan operasi, telah ditangkap mereka yg terlibat dan mungkin didenda/penjara. Bila dibebaskan semula bukan ahli keluarga yg menanti mereka - ttp "bapa ayam" sudah menunggu diluar penjara dgn kereta2 besar. Macamana...?

Memahami cara dajjal bekerja membantu kita lebih memahami bagaimana dan kenapa masalah sosial ini nampak tiada kesudahan.

Apa kaitannya dgn alter terahsia - supaya kita sedar dan kembali menjadi hamba TUHAN dgn sebenar2nya.
Ya TUHAN selamatkanlah bangsa ku ini!
wassalam. terima kasih MO!
August 21, 2009 at 8:14 PM

**enrike said...
ramai yang tidak percaya akan kewujudan secret society ini... tapi cuba lihat bukti ini di Malaysia
------------
1786 - Founding of Penang.
1809 - 6 September, Lodge Neptune, Penang warranted.
1810 - First meeting of Lodge Neptune, Penang.
1811 - Last meeting of Lodge Neptune, Penang.
1812 - Stamford Raffles initiated Lodge Virtutis et Artis Amici, Java.
1813 - Lodge No. 1 Bencoolen erased.
1816 - 25 April, Stamford Raffles perfected Chapter La Vertueuse Batavia.
1819 - Lodge Neptune, Penang erased.
1822 - Lodge Humanity with Courage warranted in Penang.
1824 - Bencoolen handed over to the Dutch by Treaty.
1825 - Lodge Neptune, Penang revived.
1826 - Humanity merged with Neptune.
1845 - 26 February, Lodge Zetland No. 748, Singapore warranted.
1846 - Lodge Zetland renamed "Lodge Zetland in the East".
1848 - Bro. James Brooke (Rajah Brooke) visited Lodge Zetland in the East.
1849 - Sir James Brooke joined Lodge Zetland in the East.
1856 - Masonic Hall Esplanade, Singapore, opened.
1858 - 3 April, Lodge Fidelity, Singapore, warranted.
1862 - 4 June, Lodge Neptune Penang erased.
1863 - Lodge Zetland in the East No. 748 renumbered
1867 - Fidelity united with Lodge Zetland in the East.
1871 - 10 March, Masonic Hall, Kampong Glam, consecrated.
1873 - 29 March, Clyde Terrace Market Corner Stone laid with Masonic honours.
1875 - 4 December, Royal Prince of Wales Lodge No. 1555 consecrated.
1878 - 27 December, First Masonic Temple built and consecrated in Penang.
1879 - 14 April, Foundation stone of Masonic Hall, Coleman Street laid.
1885 - 13 August, Lodge Elupoa, North Borneo warranted.
1888 - 2 January, Elupora No. 2106 never constituted. Erased.
1889 - 21 October, Read Lodge, Kuala Lumpur consecrated.
1890 - 2 May, Shadwell Clerke No. 2336 consecrated.
1891 - 1 May, Borneo Lodge of Harmony No. 2403 warranted.
1893 - 3 March, Borneo Lodge No. 2403 constituted.
- 6 November, Foundation stone of Masonic Building in Kuala Lumpur laid.
1894 - 15 October, Read Masonic Temple, K.L. consecrated.
1895 - Bro. Pavitt installed W.M. of Harmony in Lodge St. George, Singapore.
1899 - 19 May, Shadwell Clerke warrant returned.
1903 - 20 February, W.J. Napierinstalled as D.G.M.
1906 - 17 May, Founding of Scottish Freemasonry - Scotia No. 1003.
1907 - 16 April, Kinta Lodge No. 3212, Ipoh, consecrated
1909 - 10 May, Death of W.H. Read C.M.G., P.D.G.M.
1910 - 25 February, F.M. Elliot installed as D.G.M.
1913 - 6 September, Makepeace Lodge No. 3674, K.L. consecrated. 1914
1915 - 15 February, Mutiny of Indian Troops in Singapore.
1916 - 20 October, District Grand Lodge of the Middle East, Scottish. 1918.
1919 - 26 July, Johore Royal Lodge No. 3946 consecrated.
1920 - 28 May, W.F. Nutt installed as D.G.M.
1922 - 17 December, Foundation stone of Seramban Masonic Temple laid by D.G.M.
1923 - 9 January,Foundation stone of Teluk Anson Masonic Temple laid.
1924 - 8 November, P.G. Sprule installed as D.G.M.
1929 - 15 November, Consecration of Penang Masonic Temple by D.G.M.
1931 - 10 October, Foundation stone of Tiger Lane Temple, Ipohlaid by D.G.M.
# ---- >
# < ---
1997 - 9 August, Consecration of Labuan Lodge No. 9652 in Labuan.
2000 - 14 April, Consecration of Table Lodge No. 9717 in Tawau, East Malaysia.
2003 - 31 May, Datuk Dr. Yeoh Poh Hong installed as D.G.M.
2004 - 24 May, new temple in Kota Kinabalu dedicated by the M. W. Pro Grand Master, the Marquess of Northampton.
2006 - 10 June, Consecration Makepeace Chapter No. 3674 in Kuala Lumpur.
2006 - 2 December, Centenary Celebration of District Grand Chapter in Ipoh, Malaysia.
2007 - 4 June, Consecration of Sentosa Chapter No. 7661 in Kuala Lumpur, Malaysia.
2008 - 18 October, Laying of Foundation Stone of new Masonic Center in Kuala Lumpur, Malaysia.

-------
Source http://www.dglea.org/ District Grand Lodge of the Eastern Archipelago

Cuba fikirkan bagaimankah oraganisasi ini boleh wujud beribu tahun???
August 22, 2009 at 1:31 AM

**M.O said...
Acid Burn,

Merlin dan King Arthur adalah salah ikon dalam kultus sihir Al-Masih Ad-Dajal.

Naga,

Apa yang diterangkan dalam Al-Quran adalah amat-amat BENAR SAMA SEKALI berkenaan tipudaya Iblis,Yahudi dan Nasrani.Konspirasi sedang berjalan sehingga hari kiamat.Setiap saat syaitan jin dan syaitan manusia berusaha gigih memperdayakan manusia.



Terimakasih sdr. Enrike kerana berkongsi maklumat.Jika sdr. melihat senarai Mason yang sebenar melibatkan beberapa elit Melayu,mungkin saudara akan terkejut.

Senarai yang dipaparkan lebih kepada penglibatan kaum lain selain orang Islam atau khasnya Melayu.

Dajjal,bos kepada para Mason ini tidak gerun dengan non-Muslim,itu bukanlah tujuan mereka.Mereka hanya 'scapegoat' dalam permainan NWO mereka.

Senarai sebenar tidak dipaparkan kepada umum.




-area 77
August 22, 2009 at 7:48 AM

**Anonymous said...
Sekadar tambahan bukti2 gerakan secret society di Malaysia. sila layari.

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/06/secret-society-freemason-di-tanah-air.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/secret-society-freeemason-di-malaysia-2.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/secret-society-freemason-di-malaysia-3.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/secret-society-rotary-lion-club.html
August 22, 2009 at 8:27 AM

**Anonymous said...
Sekadar tambahan bukti2 gerakan secret society di Malaysia. sila layari.

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/06/secret-society-freemason-di-tanah-air.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/secret-society-freeemason-di-malaysia-2.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/secret-society-freemason-di-malaysia-3.html

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/08/secret-society-rotary-lion-club.html
August 22, 2009 at 8:27 AM


**Remember1511 said...
Kebanyakan ahli2 secret society di negara kita ni hanya taraf2 scapegoat dan yang tak tahu apa2,cuma jadi ahli biasa nak cari contact business etc... yang betul2 elite dan yang high level tu sudah tentu ada talian darah(bloodline) dengan elite2 HIDDEN HAND!! golongan2 ini kebanyakannya ada talian darah dengan elite2 dari India,China,Eropah(eurasian) dan beberapa negara di tanah arab....sharukh khan pun jadi Datuk juga laaa!!

Cuba lihat bentuk hidung mereka.....selalunya bentuk2 hidung bended yahudi dan eurasian tu jadi orang2 penting di negara kita samaada dalam bidang education(mind control),economy,tokoh2 agama dan politician high profile, perkara sama juga berlaku di negara2 lain....
August 22, 2009 at 11:21 AM

**Anonymous said...
bangsa mala tak de underground ke?
August 23, 2009 at 3:30 AM

**Anonymous said...
Salam Ramadhan,

Sy dh tgk THE ARRIVALS, menarik tp ada unsur2 shiah plak. Takpe yg baik kita ambil tapt tang 12 imam tu jangan ambil.

Apa pandangan MO dengan dokumentari tu?

Kirimkan salam sy pada saudara rainbowstar :)
August 23, 2009 at 9:03 PM

**Anonymous said...
The Arrivals... mana nak carik? ada kat kedai DVD ker? saya dah carik sejak kuar dalam post mana tah pasal T.A nie... sebenarnya ia dokumentari or movie? ada tempat / url download?

-AbuHakeem-
August 24, 2009 at 1:34 AM


**Flaming Firestonez said...
Saudara boleh download dari url di bawah. Terima kasih kepa uploader2 yang sudi luangkan masa utk upload.

http://thearrivalsmirror.blogspot.com/
August 24, 2009 at 5:56 AM


**Anonymous said...
Dekat youtube pun ada, berbagai2 translation,grman,french,arabic,melayu. Kena pandai carila.

Ramadhan Kareem...
August 24, 2009 at 6:19 PM


**Tracker said...
Salaam M.O dan semua muslimin,

ada maklumat yg kata orang2 Islam dekat Guantanamo Bay disiksa sambil diputarkan dengan lagu ini. Sapa2 nak berkaraoke tu pandai2lah pilih lagu ye, sebab saya baru saja terdengar orang kita karoake dengan lagu ni sebelum ramadhan aritu.

By the rivers of Babylon, there we sat down
ye-eah we wept, when we remembered Zion.
By the rivers of Babylon, there we sat down
ye-eah we wept, when we remembered Zion.
When the wicked
Carried us away in captivity
Required from us a song
Now how shall we sing the lord's song in a strange land
When the wicked
Carried us away in captivity
Requiering of us a song
Now how shall we sing the lord's song in a strange land
Let the words of our mouth and the meditations of our heart
be acceptable in thy sight here tonight
Let the words of our mouth and the meditation of our hearts
be acceptable in thy sight here tonight
By the rivers of Babylon, there we sat down
ye-eah we wept, when we remembered Zion.
By the rivers of Babylon, there we sat down
ye-eah we wept, when we remembered Zion.
By the rivers of Babylon (dark tears of Babylon)
there we sat down (You got to sing a song)
ye-eah we wept, (Sing a song of love)
when we remember Zion. (Yeah yeah yeah yeah yeah)
By the rivers of Babylon (Rough bits of Babylon)
there we sat down (You hear the people cry)
ye-eah we wept, (They need that ???)
when we remember Zion. (Ooh, have the power)
August 24, 2009 at 7:19 PM
 Anonymous said...
Terima Kasih en. Flaming

-AbuHakeem-
August 24, 2009 at 11:03 PM

**Anonymous said...
Cam tau sangat pasal dajjal punya organisasi, siapa di bawahnya, bagaimana menyusun strategi dan apa yg ada dalam pala hotak dajjal semua kau tau ye?

Samada kau meneka dalam kesamaran, kau menjaja cerita tak benar, atau kau sendiri yg dajjal ni?
August 25, 2009 at 7:29 PM
 Anonymous said...
ishh.. kenapa la sampai tuduh camtu... Allah dah beri peringatan melalui Al-Quran dan Rasulnya... berita kedatangan Dajjal... oleh itu jadi tanggungjawab umat manusia mencari dan menghindari fitnah dajjal itu.. bersedia dengan dakyah dan ancamannya... kerana Dajjal itu fitnah kubra...

kalau tak mengkaji dan mengorek dengan bersungguh2... mana nak tau konspirasi dajjal ni... Allah tetap akan beri umatnya peluang untuk mempertahankan diri dengan maklumat yang kita tak akan sangka... so, kalau bersikap negatif, apa yg kita dapat? jgn sampai dah depan tangga baru nak cari pertahanan....

-AbuHakeem-
August 25, 2009 at 10:44 PM

**naga said...
Salam. Semoga sihat sejahtera!

Tapi nampak gayanye sejak dari dulu lagi rupa2nye saya dah tak berapa sejahtera minda dan jiwa (kena mind control la tu...dgn muzik barat)

Merujuk kepada Tracker(August 24, 2009 7:19 PM), lagu Rivers of Babylon mengingatkan saya kepada Boney M. Band ni memang top era middle of 70s and early 80s. Sejak dari budak2 lagi saya dah dengar lagu2 mereka sebab my big bro ada 'piring hitam' Boney M. Lagu2 Sunny, Daddy Cool, Rasputin memang amat rancak dan menghiburkan. Waktu tu juga sezaman dgn band ABBA dari Australia.

Manalah kita tahu lirik lagunye tu berZion-Zion lagi. Zaman tu Pakcik Google pun tak wujud lagi nak tolong carikan makna zion apatah lagi tentang teori konspirasi etc...ect..

Sape yg dah tengok siri The Arrivals mesti dah tau pasal Backward Message/Masking seperti dlm lagu Hotel California (The Eagles).

http://www.youtube.com/watch?v=zEJ9V9iR0xU

Semua tu rupa2nya adalah doa dari ritual sesat mereka. Anda boleh dengar banyak contoh dari link berikut:

http://www.reversespeech.com/music_reversals.htm

Tetapi Alhamdulillah, NadaMurni muncul pada era middle of 80s membawa nasyid2 AsmaulHusna, Di Pondok Kecil, Sepohon Kayu, Doa Taubat dll memperkenalkan hiburan halal mendidik jiwa. Tanpa disedari mereka byk memberi sumbangan dlm menggilap alter terahsia. Sebab itulah semua orang merasa amat kehilangan dgn pemergian Allahyarham Ustaz Asri - bekas vokal utama NadaMurni/Rabbani.

Seperti pesanan Tracker - pandai2lah memilih lagu. At least tengok liriknya @ semak hidden meaning @ semak backmasking.

Bukankah hiburan melalaikan ini termasuk dlm fitnah dajjal laknaltullah?
Walaupun nampak tidak glamour - bukankah juga industri nasyid berperanan penting menyuburkan kebangkitan Islam di Timur (Malaysia) di tgn Bangsa Mala?

Ampun Maaf. Terima Kasih MO!
August 26, 2009 at 6:13 AM


**M.O said...
Well done,naga!

You are a good jiggers!

Teruskan berkongsi maklumat begini.Inilah matlamat kami,kami berikan 'clue' dan anda mencarikan 'jigsaw' yang lain.Bukan kami yang pandai seorang TETAPI KITA SAMA-SAMA MENCANTUMKAN GAMBAR BESAR.



-area 77
August 26, 2009 at 8:09 PM

**Tracker said...
Salaam,

Sama2lah kita berpesan-pesananan.

By the way M.O, ada info pasal bohemian grove tak?

Apa peranan Lee Kuan Yew dalam club tu? To what extent is his involvement, the privilege he gets and sacrifice that he would make.

Dia pun terbabit ke dalam upacara pelik2 tu.

Saya lihat di sini, a piece of puzzle, tapi jarang dibincangkan orang kita kalau cerita pasal conspirasy.
August 26, 2009 at 9:26 PM


**Keris said...
berkaitan muzik dan bagaimana mereka menggunakannya untuk menjahanamkan manusia.

http://www.youtube.com/watch?v=MSC0dpDycaM

ambil yg mana perlu.
August 27, 2009 at 3:33 AM

**Anonymous said...
Kenapa la sebut bangsa Mala. Bukan semua dalam Melayu berbangsa Mala. Dan belum tentu kau yg Melayu mesti datang dari bangsa Mala.

Dalam banyak2 Melayu ada beberapa kelompok aja bangsa Mala. Amat sedikit. Yang aku tau Jawa bukan dalam bangsa Mala. Yang lain masih sedang diselidiki.
August 27, 2009 at 6:12 PM

**naga said...
Salam. Semoga sihat sejahtera!.


Kepada Anon(August 27, 2009 6:12 PM
), terima kasih di atas teguran. Amat dihargai!

Jika mengikut penggunaan istilah secara spesifik - memang saya sudah salah - bukan bangsa Mala.
Jadi secara amnya - industri nasyid hiburan mendidik jiwa di pelopori dan di kembangkan oleh bangsa Melayu Nusantara - Malaysia, Indonesia etc. Termasuk juga Sami Yusuf, Yusuf Islam dan ramai lagi dr negara2 lain.

Saya baru melihat The Workings of Evil series (suggested by sdr. Keris), satu pendedahan yg bermanfaat.

As what Rihanna has said - her song has a very DEEP meaning....

Saya RASA (mungkin saya salah...), berikut mungkin juga lagu yg ada DEEP meaning...

Lagu Matahariku pernah top satu ketika. Agaknya kenapa matahari yek?

"Dengarlah matahariku suara tangisanku" - perlukah kita merayu dan merintih pada 'tuhan' matahari....

Begitu juga dgn lagu Snow on the Sahara

......
To stand with you in a RING of FIRE
I'll forget the days gone by
I'll PROTECT your BODY and GUARD your SOUL
From mirages in your sight

Lost out in the desert

If your hopes scatter like the dust across your track
I'll be the moon that shines on your path
The SUN may blind our eyes, I'll PRAY the skies above
For snow to fall on the Sahara
........

Kenapa Sahara? Sebab kat situ ada piramid....?

Bukan apa, lagu2 tu dibawakan oleh org nusantara dan sgt popular di Malaysia. Saya pun pernah suka - tu masaalahnya..
Org selalu komen kenapalah industri hiburan/filem kita tdk segah negara seberang, susah sgt ke nak pergi ke Hollywood (kayu suci?)
Tapi satu perkembangan yg amat menarik ialah - sudah ramai artis kita beralih arah menyanyikan lagu2 berbentuk ketuhanan eg. MEL ataupun berusahasama (collaboration) dgn grup2 nasyid eg. Awie, Amy Search, 6th Sense etc


Ampun maaf. Terima kasih MO & kawan2 sume!
August 27, 2009 at 8:45 PM

No comments:

Post a Comment