Saturday, 1 June 2013

Surat-surat Lodgekeeper sempena Ramadhan

Written by Mistis Organization: Sunday, August 23, 2009



Di bawah ini adalah petikan dari surat-surat Lodgekeeper,editor MistisFiles yang dikirimkan beberapa hari sebelum Ramadhan.Di dalam surat ini Lodgekeeper telah menyentuh pelbagai isu yang menarik,dari isu politik,bangsa Melayu,sejarah,situasi di dunia hari ini dan cabaran besar Malaysia.

Tidak terlambat rasanya kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Jiggers dan umat Islam Di Malaysia.


-M.O







Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.Perjalanan mengasyikkan merentasi Elbe's Sandstone Mountain di Jerman memang mengagumkan,namun suasana petang bersantai-santai di teratak buruk di tengah-tengah sawah ketika merenung jauh ke arah banjaran Titiwangsa tidak boleh dibandingkan dengan pengalaman hiking di Black Forest.Suasana senja di kampung ketika mentari mahu terbenam memang menimbulkan perasaan aneh yang sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata.


Ketika melawat istana lama Altes Schloss di Meersburg,saya teringatkan pertemuan-pertemuan Black Mass ketika Zaman Pertengahan.Pertemuan-pertemuan ini kerap dianjurkan oleh kelompok-kelompok rahsia.Kelompok-kelompok rahsia ini didanai oleh raja-raja atau golongan bangsawan.Namun dikatakan pihak gereja memburu golongan 'secret societies' ini kerana melanggar 'akidah gereja'.Namun tidak ramai yang tahu bahawa di dalam institusi gereja sendiri telah bercambah konspirasi 'The Hidden Hand'.Pihak gereja ketika itu begitu berkuasa sehingga mempunyai kekuatan tentera bebas menyerbu bandar-bandar dan kampung-kampung.Ramai orang ditangkap dan dihukum dalam Mahkamah Inquisition.Ramai juga yang dibicarakan dan dituduh sesuka hati seumpama tentera Gestapo atau Kempetai menangkap suspek ketika perang dahulu.Para rahib gereja dikatakan orang yang suci dan 'beriman' namun ada kelompok-kelompok kepaderian ini mengambil kesempatan melanggan pelacur malah melakukan hubungan sesama paderi wanita,walaupun prinsip kepaderian mengharamkan para rahib ini berkahwin.

Istana-istana lama ini pernah menyaksikan pertemuan-pertemuan Messiah Palsu!

The Hidden Hand berjaya menimbulkan perpecahan kepada masyarakat Eropah pada zaman dahulu.Jika dikatakan bahawa pihak gereja gigih memburu kelompok-kelompok ajaran sesat,mengapa pada hari ini 'secret societies' ini begitu berkuasa sehingga menguasai institusi gereja?Segala simbol dan arca-arca di katheral-katheral penuh menandakan tangan-tangan 'The Wise Man' yang merupakan satu imej misteri yang membayangi peperangan-peperangan di Eropah dan segala konspirasi di sana.

Mengapakah The Wise Man ini tidak terus bertapak di Nusantara untuk menghapuskan terus kesinambungan "prophesies' dalam 'Holy Scriptures'?Tentera Salib cuba untuk menawan Makkah dan Madinah namun Tuhan menjaga dua tempat suci ini.Tempat suci ketiga diserahkan kepada umat Islam untuk menjaganya namun jumlah umat Islam yang ramai itu tidak mampu untuk mengelakkan tanah suci ketiga umat Islam itu jatuh ke tangan Zionis.Jika Mekah dan Madinah tidak diharamkan kepada 'The All Seeing-Eye' ini sudah tentu kedua kota ini sudah lenyap dari muka bumi atau dijadikan 'Las Vegas' yang dipenuhi Playboy Club dengan segala 'bunnies'nya.Tetapi masa diberikan kepada The Wise Man teramat panjang untuk berfikir bagaimana untuk melawan Tuhan yang menciptakan dirinya itu.

Trend politik dunia sudah menjadi sunnatullah,setiap bangsa yang pernah memegang kekuasaan akan disilihgantikan.Dahulu ketika Islam melalui era gemilang,bangsa Arab selaku bangsa pertama menerima cahaya Islam telah dimuliakan dengan kekuasaan yang besar dan kemajuan material dan ilmu pengetahuan yang berlimpah-ruah menyebabkan orang Eropah berduyun-duyun mahu belajar ke universiti-universiti seluruh empayar Islam.Ketika itu umat Islam telah menjadi umat berilmu yang amat disegani di seluruh dunia.Siapa tidak kenal Al-Biruni,Ibnu Sina,Ibnu Haitham,Khwarizmi atau Jabir Ibnu Hayyan?Nama-nama itu disebut-sebut di seluruh dunia akademik Eropah sebagai Avicenna,Geber,Azorres dan sebagainya.Bagaimana satu bangsa yang dahulunya tidak dipedulikan oleh empayar Rom kerana terlalu dungu dan hidup di era jahiliah,wanita dijadikan barangan perniagaan dan pemuas nafsu,ekonomi yang buruk dan 1001 satu masalah sosial tiba-tiba berubah menjadi bangsa yang berupaya menubuhkan empayar-empayar dan membina hospital terbaik di dunia??


Memang benar sebahagian ilmu pengetahuan yang diteroka oleh Tamadun Arab/Islam adalah dari karya-karya Tamadun Parsi,Yunani dan Rom,namun bagaimana masyarakat Eropah tidak mampu menghargai ilmu pengetahuan bangsa Yunani ini sehingga boleh berada di zaman Kegelapan dan terpaksa melutut meminta ilmu Yunani ini kembali dari tangan-tangan pensyarah Arab/Islam ini?Umat Arab yang sebelum itu buta ilmu dan pemalas tiba-tiba berusaha mempelajari segala ilmu pengetahuan Yunani ini,menterjemahkan dan menambahbaik serta ditambah dengan bidang-bidang ilmu yang diteroka sendiri tanpa bersumberkan dari luar sehingga memberikan manfaat ke seluruh dunia hari ini.Inilah antara maksud mengapa Nabi Muhammad s.a.w berserta agama Islam diberikan gelaran 'rahmat ke seluruh alam'.Jika tidak orang-orang Arab berjaya memahamkan dunia Barat tentang konsep sifar (sarjana matematik,Khwarizmi telah mengkaji karya sarjana India tentang angka-angka dan beliaulah yang mula-mula memasukkan angka '0' ke dalam sistem nombor moden) di dalam angka-angka moden pada hari ini,mungkin sebuah komputer pun tidak dapat dibina pada hari ini kerana angka '0' tidak ditemui.

Jika sesetengah ilmu pengetahuan Tamadun Arab ini bersumberkan dari karya Tamadun Yunani dan Rom,kedua tamadun itu pula dikatakan menyambung warisan ilmu dari tamadun lebih awal iaitu Parsi,Mesir Kuno dan Indus.Tamadun-tamadun ini pula dikatakan mempelajari ilmu pengetahuan dari tamadun-tamadun lebih awal dari mereka.Tamadun China dikatakan berusia lebih 3000 tahun dan banyak bukti-bukti arkeologi memungkinkan tamadun di sana bermula sama dengan Tamadun Sumeria ataupun lebih awal lagi.

Namun yang anehnya,penemuan arkeologi di Indochina menemukan peralatan yang berusia 100,000 tahun lebih dari peralatan manusia tertua di China!

Adakah Tamadun China mencedok ilmu pengetahuan dari tamadun yang lebih awal di Indochina??



Baru-baru ini telah ditemukan kapak purba di daerah Lenggong,Perak iaitu sebuah negeri di Malaysia yang berusia 1.8 juta tahun!!Bagaimana pula dengan yang ini?Malah kajian para ahli arkeologi dan saintis di Lenggong sebelum ini juga telah menemukan pusat tamadun manusia di sana berusia lebih 30000 tahun.

Apakah maksud semua ini?Penemuan arkeologi seolah-olah merumuskan bahawa tamadun manusia bermula dari Asia Tenggara dan yang menjadi persoalan kini,dari tamadun mana pula penduduk kuno di sebelah sini mengambil ilmu ketamadunan??


Bangsa Arab mulia kerana agama Islam.Agama Islam yang menggalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan ke mana sahaja.Apabila umat Arab menjadi lemah kerana meninggalkan agama,Tuhan menggantikan kekuasaan ke tangan bangsa Turki yang ketika itu bersungguh-sungguh mengamalkan agama.Bangsa Turki pula menjadi khalifah umat Islam.Semua negara-negara Islam berpayung di bawah khalifah ini sehingga Kerajaan Aceh pernah meminta empayar Turki Uthmaniyyah menghantar beberapa pucuk meriam untuk menentang Belanda.SElepas sistem khalifah diruntuhkan,negara-negara Islam menjadi terpecah-belah dan mengamalkan politik nafsi-nafsi.Sehingga apabila negara kafir harbi menyerang dan menceroboh negara jirannya yang seagama malah sebangsa,orang Islam hanya memandangnya sebagai tajuk-tajuk berita dan berharap perkara seumpama itu tidak berlaku kepadanya.

Khalifah Uthmaniyyah seolah-olah khalifah yang terakhir setakat ini sementara menanti sistem khalifah ditegakkan kembali oleh Imam Mahadi dan Isa a.s.Akhir zaman semakin dekat dan tempoh untuk Messiah The Antichrist berpesta semakin tamat.Jam pasir di mazbah Kultus Sihir Star of Lucifer semakin menandakan tempoh mereka semakin habis.

Hadis-hadis akhir zaman yang menyebutkan tentang wabak,peperangan dan kerosakan dunia sebelum kedatangan Imam Mahadi semakin membuktikan kebenarannya satu persatu.KOnspirasi perlu dilaksanakan semaksimum mungkin,tetapi siapa yang mempunyai masa?

Mungkin The Antichrist telah tersilap perancangan.Sepatutnya dia awal-awal membuat pangkalan di dunia sebelah sini.Bukankah dia mahu menjadi dewaraja yang mutlak?Namun sebuah pulau kecil di hujung Tanduk Emas telah berjaya dijadikan pangkalan.Ia bukanlah pangkalan Amerika yang bertaburan di serata dunia.Tetapi ia adalah PANGKALAN ISRAEL!Amerika sendiri tidak berjaya (atau tidak mahu) menubuhkan pangkalan berhampiran Tanduk Emas walaupun berjaya berkerjasama di Filipina.Zionis Antarabangsa tidak perlukan pangkalan di Jepun atau di Eropah.Di China juga tidak perlu ada pangkalan yang hebat.Amerika Selatan?Dajal Besar sudah ada di Amerika,tidak perlu susah-susah.

ISRAEL HANYA PERLUKAN SATU PANGKALAN.INGAT,SATU SAHAJA.

Selagi ada orang-orang yang pergi ke Rumah-rumah Allah,bermunajat di malam hari,menangis meminta perlindungan,berkasih-sayang sesama insan dan mengamalkan sungguh-sungguh ajaran Rasullullah s.a.w selagi itulah Tangan Dajal tidak mampu menterbalikkan dunia sebelah sini sebagaimana umat Arab dihinakan sebegitu teruk oleh Zionis Israel dan Dajal Amerika.Namun begitu jari jemari sahaja yang merayap-rayap sudah cukup membuatkan keadaan makin membahayakan situasi di Nusantara khasnya di Malaysia.

Kita boleh mengkaji kedua-dua negara tunggak umat Islam Nusantara yang serumpun,satu bahasa dan satu budaya iaitu Malaysia dan Indonesia.Kedua-dua negara ini mempunyai masalah dengan negarakota Israel Timur Jauh,Singapura.Singapura secara senyap sudah banyak menyusahkan Indonesia dengan isu pasir dan pencurian gas aslinya.Paip-paip misteri dibina untuk mencuri hasil bumi Indonesia tanpa disedari oleh pemimpin Indonesia yang terpaksa mengawal negaranya yang luas dan penuh beribu-ribu pulau.Kerapkali Indonesia seakan-akan ditipu oleh Singapura walaupun Indonesia ialah sebuah negara besar,tetapi kekuatan ketenteraan Singapura yang dibayangi Israel Zionis tidak mampu dibayangkan oleh para raden dan ningrat itu.

Malaysia sudah diketahui umum mempunyai sejarah 'Perang Dingin' dengan republik itu sejurus selepas keluarnya Singapura dari Persekutuan Malaysia.Isu air,isu Tambak Johor/Jambatan Bengkok,isu pencerobohan ruang udara Johor,isu pasir,isu tuntutan Pulau Batu Puteh,isu pekerja Malaysia di Singapura dan senarai ini mungkin berterusan menunjukkan negara yang mempunyai 'bau-bau' Israel-Zionis tidak mungkin dapat hidup harmoni dengan negara-negara majoriti umat Islam.Isu yang paling membingungkan malah dalam kategori orang terancat akal adalah isu air di mana ada sebuah negara yang terlampau dungu menjual air 1000 gelen dengan harga 3 sen!Pihak yang menjualnya dungu dan yang membelinya tidak berakal.Padahal rakyat negara ini mahu menggunakan tidak sampai pun satu liter air di negara sendiri di dalam tandas-tandas awam terpaksa membayar 20 sen.Kedunguan dan kebingungan negara tersebut lebih terbukti apabila membeli air yang dijual tadi dengan harga 3 sen untuk 1000 gelen dengan harga 50 sen pada kadar yang sama!!!Apakah malangnya nasib negara ini apabila ditipu pada tahap menyedihkan begini.Sudahlah pulau sendiri tergadai malah sumber air juga ditipu secara teramat bodoh sekali.Kanak-kanak sekolah darjah 3 di Kampung Balun sudah pasti akan mengerutkan dahi mereka sebelum ketawa berdekah-dekah setelah memahami perjalanan urusniaga paling bingung dan pelik di dunia ini.

Singapura secara halus menancapkan jarum-jarum halusnya di negara-negara sekitarnya.Ia ibarat Amerika Kecil yang suka mencucuk-cucuk.Siapakah yang membayangi projek Iskandar Malaysia?Para Elit Malaysia yang tamakkan wang sudah pasti tidak melepaskan peluang menjual tanah-tanah negara yang tidak ternilai harganya (yang tidak bernilai pada mereka) kepada Singapura apabila dijanjikan wang berjuta ringgit.Wang dan kekayaan tidak menjadi masalah kepada Zionis Singapura.Yang menjadi masalah utama mereka ialah umat Melayu yang degil beragamakan Islam.Tugas mereka lebih mudah jika umat Melayu ini beragamakan berhala menyembah patung-patung kaku atau menganut Kristian,nah!masanya sudah tiba untuk menobatkan Messiah Al-Masih Ad-Dajal sebagai Raja Yahudi Yang Ditunggu-tunggu.

Perancangan seterusnya ialah melaga-lagakan kedua-dua negara bersaudara ini.Indonesia pernah berura-ura sanggup berperang dengan Malaysia berkenaan isu Selat Melaka.Padahal apabila sudah tahu ditipu hidup-hidup oleh Singapura tidak mahu pulak Indonesia mencetuskan rasa hati mahu berperang dengan republik itu. Sesetengah orang Indonesia telah termakan racun Zionis sehingga tidak kenal saudara mereka di Malaysia sehingga menggelar saudara serumpun mereka sebagai Malingsial.Padahal orang-orang Indonesia datang berduyun-duyun ke Malaysia mencari sesuap nasi demi meneruskan hidup.

Rumpun Melayu telah dikecilkan dengan istilah bangsa Indonesia dan Melayu itu sendiri disalahtafsir sebagai satu sukukaum.Maka jadilah suku Banjar,suku Minang,suku Jawa dan anehnya ada suku Melayu!Padahal tanyalah orang-orang di Malaysia,siapakah orang-orang Melayu di sana?Melayu di sana terdiri dari keturunan Jawa,Banjar,Mendiling,Bugis,Minang,Kedah,Kampar,Kelantan,Terengganu dan sebagainya.Orang-orang Jawa di Malaysia sama dengan orang Jawa yang membina Indonesia.Tetapi orang-orang Jawa di sini tidak dianggap asing kepada orang-orang yang dikatakan 'Melayu' itu sebagaimana kaum Cina atau India.Ini kerana budaya orang-orang Jawa tidak jauh beza dengan sukukaum Melayu yang lain.RUMPUN MELAYU telah dikelirukan dengan konotasi yang diberikan oleh penjajah.Maka rumpun Nusantara yang tinggal di Malaysia dikatakan ORANG MELAYU,tidak kira keturunan Jawa,Banjar,Boyan,Sunda atau sebagainya.Anehnya orang Jawa,Boyan,Minang,Banjar dan lain-lain di Indonesia tidak dikatakan Melayu tetapi BANGSA INDONESIA.Satu bangsa baru yang nantinya tidak kenal siapa saudara mereka yang sebangsa dan seagama di Nusantara.Anehnya tidak pula orang-orang Cina di Singapura mengatakan mereka BANGSA SINGAPURA atau orang-orang Cina di Hongkong semasa pemerintahan British mengatakan mereka BANGSA HONGKONG?Hanya negara-negara Nusantara sahaja perlu dipecah-pecahkan supaya nantinya mereka akan dilaga-lagakan.DIVIDE & RULE kembali lagi (bagaikan Tora datang lagi!)tetapi di'rebranded' dengan trend terkini.



Lebih baik pihak Malaysia menerima saudara serumpun dan seagama ini daripada memberikan tanah kepada suku Zionis Timur Jauh.Orang-orang Jawa,Sunda atau Minang ini akhirnya akan menjadi 'Melayu' apabila sudah lama tinggal di Malaysia berbanding orang-orang Cina dan India yang tetap dengan kecinaannya dan keindiaannya kecuali orang India tadi apabila berkahwin dengan orang Melayu tidak kira keturunan Jawa atau Kedah akan bertukar menjadi satu suku Melayu yang lain iaitu keturunan Mamak.JIka orang India tadi keturunan Pakistan,Benggali atau Hindi maka mereka digelar Mamu dan Mami yang popular dengan gelaran anak Mami,secantik Fasha Sandha atau NoorJuma.



Masalah kaum Cina dan India sebenar tidak wujud jika pemimpin-pemimpin Melayu pandai memainkan peranan mereka.Komposisi kaum di Malaysia amat berbeza berbanding di Indonesia.Kaum Cina juga terdapat di sana tetapi orang-orang Cina di sana agak dikawal budaya dan bahasa mereka.Begitu juga di Thailand.Ini menyebabkan mereka kurang menyuarakan niat terpendam mereka secara bebas kerana DISIPLIN yang ketat yang ditunjukkan pemerintah.Pemerintahan gaya begini dilakukan kerana pihak pemerintah percaya jika mereka bebas berbahasa sendiri dan berbudaya sendiri,suatu hari nanti mereka akan tetap terasing dari kaum lain dan akan menimbulkan syak wasangka akibat ketidakfahaman bahasa dan budaya.Mereka akan semakin berani menimbulkan isu-isu panas dan akhirnya mereka akan menubuhkan badan politik.Tidak mustahil suatu hari nanti mereka akan mengambilalih negara.INI YANG SEMAKIN BERLAKU DI MALAYSIA YANG MEMILIH PENDEKATAN LEBIH LEMBUT BERBANDING JIRAN-JIRANNYA.Adakah Malaysia telah tersilap langkah dengan memilih jalan KOntrak Sosial yang amat bersopan-santun itu??

*Cina Indonesia

Penubuhan apa yang dikatakan BANGSA MALAYSIA atau Satu Malaysia tidak semudah apa yang dinamakan Bangsa Indonesia kerana corak penduduk di Indonesia mirip seperti di Amerika.Amerika Syarikat berjaya menubuhkan 'The American Nation' kerana kaum-kaum di dalamnya serumpun.Imigran Itali,Perancis,Jerman,Inggeris,Sepanyol,Portugis dan etnik-etnik Eropah yang lain yang datang berduyun-duyun ke Dunia Baru adalah serumpun iaitu dari keturunan Caucasian Eropah.Mereka senang memahami antara satu sama lain.Apabila koloni mereka diserang puak Indian Navajo misalnya orang Perancis dan Inggeris yang secara tradisinya berperang di Eropah dapat bersatu menghadapi bencana itu bersama-sama dengan hati penuh tabah dan teguh bersama di Dunia Baru Amerika.Mereka,tidak kira Perancis,Itali atau Inggeris adalah 'white man' berwajah sama,kulit sama,agama sama dan budaya yang tidak jauh berbeza.Ini samalah seperti orang Jawa,Sunda,Bugis,Aceh,Minang dan lain-lain tidak menghadapi masalah hidup bersama-sama dan senang memahami konsep BANGSA INDONESIA.Jika Indonesia di satukan dengan Malaysia,maka mungkin akan tertubuh BANGSA NUSANTARA jika istilah Melayu masih disalahtafsir oleh sesetengah pihak.

Masalah isu-isu perkauman dan sensitiviti agama di Malaysia sebenarnya dimulakan oleh pihak-pihak yang ada agenda dan kepentingan.Jika isu-isu ini dimulakan oleh kaum Cina,SEBENARNYA IA DIMULAKAN OLEH GOLONGAN POLITIK DAN ELIT MEREKA.Bukan semua orang Cina mahu suasana huru-hara dan penuh perkauman. KAUM CINA PADA ASASNYA MAHU MENCARI REZEKI SAHAJA DI BUMI ORANG-ORANG MELAYU.Tetapi para Elit mereka mahu isu perkauman terus berlegar-legar.Mereka tidak mahu KEADAAN AMAN TENTERAM PENUH SEMANGAT PERPADUAN ini berterusan kerana ini akan mengekalkan orang Melayu sebagai peneraju politik di Malaysia.Mereka mahukan suasana huru-hara (riot) dan pergaduhan setaraf 13 Mei 1969 berlaku,kalau boleh setiap hari.Kita boleh lihat mereka secara gelojoh dan tergopoh-gapah menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti Melayu dan agama mereka.Lepas satu,satu isu ditimbulkan.

Para Elit Cina ini (majoritinya berkumpul di dalam satu parti politik yang berfahaman Sosialis) sebenarnya mahu berkuasa sepertimana parti induk mereka di Singapura.Tetapi semakin lama semakin lambat.Jika saudara mereka di Singapura berjaya,mengapa tidak mereka?Memang ekonomi Malaysia telah dipegang oleh kaum mereka tetapi anehnya mereka tidak mampu memegang Malaysia secara langsung sebagaimana mentor mereka Israel Zionis yang berjaya memegang Amerika.Caucasian American berjaya ditundukkan sepenuhnya oleh Jewish American melalui ekonomi dan perniagaan.TETAPI TAKTIK INI TIDAK BOLEH DIPAKAI DI MALAYSIA.Apakah balanya yang menghalang mereka untuk mendapatkan Malaysia dari orang-orang Melayu ini??Sedangkan bangsa Eropah berkulit putih di Amerika yang cerdik pandai itu berjaya dijinakkan sehingga siapa yang mahu duduk di kerusi presiden di White House mesti mendapat restu Yahudi dahulu,mengapa orang Melayu yang pemalas,mudah lupa,tidak cerdik,lembab,kampung,pemalu,tiada keyakinan diri TERAMATLAH SUKAR untuk ditundukkan supaya negara tanahtumpah darah mereka dapat diambil dijadikan Singapura kedua??Inilah soalan bertaraf Pembezaan dan Pengamiran Tahap Tinggi yang sedang diselesaikan oleh para Elit Cina ini.

Salah satu caranya ialah,timbulkan riot.Inilah corak politik anarkis yang sebenarnya berasal dari ajaran Punkster dan samseng-samseng jalanan.Apabila negara huru-hara dan penuh perasaan perkauman,kekuatan sebenar mereka yang telah sedia menguasai ekonomi akan dapat digunakan.Jika tidak, senjata ekonomi mereka akan tetap tumpul selama-lamanya.Kekayaan Malaysia yang dijana oleh orang Cina hanya membuatkan orang Melayu tetap tinggal selesa kerana kuasa politik tetap di tangan mereka.Mereka perlu berusaha menaiki politik Malaysia dengan kerjasama orang-orang Melayu yang di tipu.Lihatlah pada hari ini.Bukan sahaja Kongsi Gelap berjaya menduduki kerusi Majlis Kerajaan Tempatan malah ini turut mendapat inspirasi pengganas LTTE untuk menubuhkan The Great Tamil mereka.Keadaan seperti ini tidak pula kedengaran semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulu.MENGAPA??

Tun Dr. Mahathir menjalankan pemerintahan tegas dengan mengawal media dan suara rakyat.Pada masa yang sama program-program perpaduan dijalankan dengan intensif.Sememangnya cara pemerintahan beliau yang lama dan penuh ketegasan itu tidak disenangi ramai pihak namun mereka tidak dapat menafikan pembangunan serta kemajuan yang dinikmati Malaysia di bawah pemerintahannya.Pada orang Melayu yang bencikannya,beliau digelar 'diktator','Mahafiraun' atau 'Mahazalim'.Pada kaum Cina,beliau digelar sebagai 'rasis' atau 'ultramalay'.

Tetapi di bawah pemerintahan beliau,golongan Komunis masih memakai topeng mereka.

Kesimpulannya,hanya orang-orang Cina Elit berfahaman Komunis-Zionis sahaja yang mahukan orang Melayu dan orang Cina berpecah dan bergaduh.PERPADUAN DAN KEHARMONIAN hanya mengekalkan kuasa politik Melayu.PERPADUAN DAN KEHARMONIAN hanya diperlukan jika kuasa politik dipegang oleh Elit Komunis ini.Apabila Malaysia menjadi seperti Singapura kedua,barulah para Elit Komunis ini mengharapkan orang Melayu dan Cina ini bersatu kembali.INILAH SIASAH POLITIK GAYA MACHIAVELLI.Gaya berpolitik ini digelar realpolitic.



*Sebuah keluarga Cina.Sudah tentu mereka mahu hidup aman dan tenteram


Orang-orang Cina yang berkecuali dari taktik kotor para Elit mereka masih mahu bersahabat dengan orang Melayu,mencari rezeki bersama-sama dan ingat asal-usul mereka.Orang Cina seperti inilah yang dianggap saudara oleh orang Melayu sendiri dan tidak dianggap pendatang tetapi menolong orang-orang Melayu.

JIka orang-orang Cina masih mengamalkan sikap chauvinis,rasis dan kurang sensitiviti terhadap agama orang Melayu,bagaimanakah kerajaan mahu mengiktiraf mereka sebagai 'bumiputra'?JIka ini berterusan,1000 tahun pun mereka akan tetap dianggap pendatang oleh orang Melayu.Tidak hairanlah orang Melayu semakin bersikap prejudis dan menyangka orang Cina mahu mengebas tanahair mereka.

Penyelesaiannya ialah kanak-kanak Cina dan Melayu perlu dididik hidup bersama merasai susah dan senang.Mereka akan mempelajari budaya dan agama masing-masing.Mereka akan memahami sensitiviti masing-masing.Orang Melayu tidak akan menjerit 'Cina Babi!!' lagi.Dan orang Cina akan faham bahawa arak dan babi itu adalah perkara yang diharamkan dalam agama Islam.


Tahun-tahun 70-an,80-an dan sehingga pertengahan 90-an adalah saat-saat keemasan PERPADUAN DAN KEHARMONIAN di antara kaum di Malaysia,sehingga dunia antarabangsa kagum bagaimana mereka boleh hidup harmoni walaupun berbilang bangsa dan agama.Lihat,bukan sahaja berbilang bangsa,TETAPI JUGA AGAMA!Inilah cabaran paling getir pemimpin-pemimpin Melayu untuk mengekalkan keharmonian tanpa menghalau (manghantar) pulang orang-orang Cina dan India ke tanah air mereka selepas pengunduran British.Pemimpin-pemimpin Melayu ini dengan penuh tanggungjawab kemanusian membiarkan kaum-kaum lain ini tetap tinggal di Tanah Melayu dan berusaha mendidik mereka supaya tinggal harmoni dengan orang Melayu dan merasa Malaysia ini sebagai tanahair mereka di bawah kuasa politik Melayu.

Namun para Elit Cina ini,mereka mahukan yang lebih.Apa guna menguasai ekonomi,tetapi bukan negaranya?Selagi orang Cina dan Melayu berbaik-baik,selagi itulah para Elit Cina ini tidak dapat berkuasa.MEREKA PERLU DIPECAHKAN DAN DIBIARKAN BERMUSUHAN.Tragedi 13 Mei adalah perlu,untuk menyusupkan peluang berkuasa.Para Elit Cina ini tidak kisah berapa ramai orang Cina akan dipancung oleh parang terbang Melayu asalkan selepas itu mereka dapat berkuasa hasil politik Ordo Ab Chao;ambil kesempatan di dalam huru-hara dan pergaduhan.Jika suasana Malaysia tidak stabil,banyak cara dapat dilakukan.Rusuhan,petisyen,simpati,hak asasi manusia,piket,perhimpunan,demonstrasi,pertubuhan,lobi-melobi,rayuan antarabangsa,campurtangan negara luar dan tidak mustahil sebuah negara baru ditubuhkan atas kawalan PBB.Kita ambil contoh, Pulau Pinang diserahkan menjadi Timor Timur yang lain.

Siasah politik sebenarnya agak gila dan sadis.

Saya syorkan anda menonton filem Gadoh.Pelajari setiap watak di dalamnya.Lagipun pasti anda terhibur menonton persembahan teater mereka di dalam filem ini,sekurang-kurangnya.






SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADHAN




-Lodgekeeper
Dresden.


No comments:

Post a Comment