Apakah dia Bohemian Grove?Nama orang?Tempat?
Bohemian Grove adalah satu kelab sosial yang ditubuhkan untuk tujuan pertemuan para hamba,kuli dan pencacai Dajal Laknatullah.Menurut fakta yang dicanangkan kepada umum,Bohemian Grove ini adalah kepunyaan kelab kesenian San Francisco yang mengumpulkan para pencinta seni,artis dan karyawan.Tetapi ini cuma 'cover-up' sahaja.
Bohemian Grove terletak di tanah seluas 2700 ekar atau 11 km persegi di Sonoma County,California.Kebiasaannya terdapat slot selama 2 minggu di dalam bulan Julai,di mana ahli-ahli kelab ini akan berkongsi minat yang sama terhadap hasil-hasil seni.Aktiviti-aktiviti kesenian akan dijalankan pada waktu itu.Terdapat bualbicara,ceramah,seminar dan pameran ketika sesuatu kem sedang berlangsung.
Itu hanya permukaan sahaja.Ketika para artis sedang berparti,sebenarnya di sana berlangsung pertemuan-pertemuan para presiden,jutawan perniagaan,jeneral tentera,para pemimpin dan cendekiawan yang menjadi penjilat dan lembu yang dicucuk hidung kepada organisasi Dajjal Laknatullah.Mereka menjalankan perancangan di sini untuk menentukan hala tuju organisasi mereka adakalanya setelah pertemuan-pertemuan ritual besar mereka seperti The Feast of The Beast.Ketika pertemuan,mereka wajib menjalankan beberapa ritual yang menyerupai amalan jahiliah Eropah dahulu kala;amalan-amalan pagan Era Kegelapan Eropah!
Iblis sememangnya mahukan manusia menjalankan kembali penyembahan berhala,ritual pagan dan amalan jahiliah animisme.Semakin dekat manusia dengan amalan yang tidak menggunakan akal yang sihat,semakin dekat pula mereka dengan restu Iblis tadi.Rahib-rahib Iblis sanggup berbaring sambil bergolek-golek di atas najis dan kotoran untuk sampai kepada makrifat sihir dan 'magick'.Yang lain pula memakan daging manusia dan minum darahnya.Ada yang berzina dan merogol gadis secara kejam.Budak-budak lelaki dan perempuan yang tidak berdosa dihantar ke Bohemian Grove untuk dijadikan hiburan para Elit ini sebelum dikorbankan kepada syaitan!
Parti-parti Halloween adalah amalan jahiliah tahap kanak-kanak ribena sahaja di Bohemian Grove.Amalan 'Sweets and Trick or Treat' untuk dewa-dewi Druid,Witch's Familiar Spirits,Huge Bonfires,Jack-O-Lantern and Trick-or-Treat atau Druid Trick-or-Treat serta pelbagai lagi amalan Halloween hanyalah mainan artis-artis yang mabuk tadi,sedangkan pada masa yang sama para Elit telah menukar pakaian sut mahal mereka dengan jubah-jubah para rahib syaitan yang menyeramkan.Mereka bergerak menyembah berhala-berhala sementara yang lainnya memegang obor-obor sambil menyanyikan syair-syair memuja Iblis!
Bukanlah namanya Presiden Amerika jika dia tidak mengetahui langsung di mana letaknya Bohemian Grove.Tidak mengapa jika orang yang bergelar Mr. Presiden tadi tidak tahu di manakah Jemapoh dalam peta dunia namun tidak bagi Bohemian Grove.Para pencacai Dajal amat-amat merindui untuk menunaikan 'haji' di kelab ini.Tidak sah segala ibadat dan perhambaan mereka kepada Si Hodoh Dajjal Laknatullah jika tidak berkesempatan mengunjungi dan bermaksiat di dalam kelab ini sebelum menutup mata di dunia yang fana.Antara yang mengunjungi kelab sosial ini adalah:
-Ronald Reagan
-Richard Nixon
-George H. W. Bush
-George W. Bush
-Alan Greenspan
-Dwight D. Eisenhower
-Robert Novak
-Arnold Schwarzenegger
-Dick Cheney
Simbol Bohemian Grove adalah burung hantu.Burung hantu adalah simbol kuasa gelap dan sihir.Burung hantu adalah teman para ahli sihir dalam legenda-legenda Barat.Di Bohemian Grove,terdapat berhala burung hantu yang besar,digunakan untuk upacara pengorbanan besar-besaran.Sebelum menelusuri lebih lanjut tentang sembahan para Bohemian ini,kita perlu mengkaji asal-usul perkataan Bohemian Grove dahulu.
Bohemian berasal dari kata Bohemia,di mana terdapat dua definisi penting.Pertama,dari konotasi 'Bohemian lifestyle' yang menggambarkan kehidupan para gipsi yang ringkas dan 'moderate'.Warisan kepada 'Bohemian lifestyle' ini adalah para hippies dan penghisap candu.
Keduanya ialah dari nama sebuah wilayah kuno yang terletak di tengah Eropah,kini sebahagian dari Republik Czech.Bohemia adalah sebuah wilayah bersejarah dan selalu muncul dalam mitos-mitos klasik Eropah,tentang sisi gelap;ahli sihir yang terbang dengan batang penyapu dan tukang tilik.
Bohemia berasal dari perkataan Jerman iaitu Boi-Heim,bermaksud 'tempat tinggal orang-orang Boii'.Orang Boii adalah sukukaum Celtic;satu bangsa purba Eropah yang diketahui amat pekat dengan ritual pagan mereka setaraf dengan Druid.Sebab itu para Bohemian gemar memakai jubah-jubah sihir menyerupai para pendeta Celtic dan Druid Kuno.Sehingga kini para peminat warisan pagan Druid masih menjalankan upacara khas di Stonehenge.
Para Bohemian diketahui menyembah berhala burung hantu yang melambangkan dewa Moloch atau Baal.Moloch adalah dewa orang Kanaan yang sukakan korban kanak-kanak.Sememangnya ada pengorbanan manusia di sini namun ini adalah amat sulit dari pengetahuan khalayak.Hanya para 'survivor' yang terselamat dari program 'mindcontrol' CIA yang dapat mengingati kembali apa yang berlaku di Bohemian Grove.
Seorang peguam dari New York,Joseph D. Redding (ahli Bohemian Grove) telah menceritakan tentang The Cremation of Care,satu upacara penting di Bohemian Grove pada tahun 1893:
"Perhatian telah diberikan,dan para rahib Druid sedang membawa simbol-simbol kelompok mereka pada pakaian mereka.Lebih 500 orang menghadiri upacara ini,ketika cahaya elektrik dan lampu kalsium digunakan untuk menerangi acara itu.Di sana terdapat orkestra dan kumpulan koir.Mazbah Druid dan batu tempat pengorbanan terletak kemas di tempatnya.Encik Redding berkhidmat sebagai Rahib Tertinggi Bohemia.Kemudian tiba lapan rahib Druid membawa enam tawanan yang dirantai-seorang Gaul,seorang Roman,seorang orang gasar dan dua orang dari Utara Jauh.Setiap tawanan mendapat pembelaan namun telah diputuskan untuk dihukum mati.Hanya Gaul,yang mewakili Bohemia,yang dapat bertahan dan menghindari hukuman itu..."
Seterusnya adalah lakonan pelakon-pelakon berpakaian melambangkan syaitan cuba untuk menyelamatkan 'Care' dari dalam keranda mayat.Upacara itu penuh dengan perbuatan olok-olok diambil dari amalan jahiliah pagan.
Catatan seorang 'survivor' CIA,Kathy O'Brien:
"Mangsa mindcontrol yang lewat umurnya atau gagal dalam pengaturcaraan minda akan dikorbankan di Bohemian Grove dan saya merasakan masanya akan tiba untuk saya"
Bohemian Grove mempunyai banyak kem seperti Mandalay dan Hillbillies (jumlahnya telah mencapai 104 buah kem).Di sinilah para Elit pencacai dan kuli-kuli Dajal berbincang sambil menikmati hiburan tanpa batasan (hingga melepasi batas-batas kemanusiaan) tentang halatuju perancangan Iblis dan Dajal ke atas Bumi.Contohnya Projek Manhattan yang berjaya menghasilkan bom atom telah direncanakan di tempat ini pada tahun 1942.Polisi-polisi Illuminati seperti pengurangan populasi,penyebaran wabak,dana kepada industri hiburan dan seks atau plan peperangan sudah biasa diputuskan di kelab elit ini.
Mereka akan berbincang dan terus berbincang di Bohemian Grove.Kemudian mereka akan melakukan hubungan homoseksual sesama mereka atau merogol mangsa-mangsa mindcontrol atau pelacur-pelacur yang dibawa khas.Sebelah malamnya,syaitan-syaitan manusia ini akan menyembah dewa-dewi pagan seperti Marduk,Baal,Amon-Ra,Moloch,Ishtar atau Semiramis.Pengorbanan manusia dilakukan sama seperti yang dilakukan oleh pendeta Celtic dan Druid beribu tahun dahulu.Walaupun mereka orang terpelajar,lulusan universiti dan para pemimpin yang disegani,namun di sini mereka bertukar menjadi orang gasar yang hauskan darah manusia,memuja burung hantu dan terlompat-lompat,terjerit-jerit seperti orang sasau memuja syaitan dan pokok-pokok.
Pelbagai perancangan telah dirangka untuk menghadapi 2012 dan abad Aquarius.Namun para pencacai ini tidak sedar Tuhan yang menciptakan mereka dari setitis mani sehingga menjadi bayi yang lemah dan merah,telah memutuskan perancangan-Nya lama sebelum mereka dilahirkan di dalam dunia yang fana ini.Mereka semakin bangga dan mendabik dada,yakin dapat mengalahkan Islam,agama yang diredhai-Nya .Tema Islamophobia,911,imej Osama dan serangan ke atas Iraq telah diputuskan di sini.Para Elit ini mesti menambahkan kemaksiatannya di sini untuk menambahkan kuasa sihir hasil restu Iblis.SEmakin hebat kemaksiatan dan kejahatan yang dibuat,mereka percaya,semakin banyak pula aura kesaktian yang mereka terima.Di tahap ini,segala ilmu Matematik,Fizik,teori-teori perniagaan dan ekonomi,kedoktoran,hukum-hukum Antropologi mahupun kemahiran teknologi yang membuatkan semua umat dunia terkagum-kagum dengan mereka termasuk anak-anak Melayu yang hormat dengan taraf keduniaan mereka yang hebat,telah runtuh di Bohemian Grove.Ilmu-ilmu dunia itu langsung tidak berguna apabila mereka telah berubah menjadi orang gua yang dungu,pekak dan bisu.Mereka menjadi haiwan bahlul yang lebih hina dari babi yang berselupar dengan tahi anjing yang dimuntahi orang-orang berpenyakit kusta dan kudis buta.
Apabila perancangan mereka semakin menunjukkan hasil yang membanggakan,mereka semakin gembira dan yakin,padahal mereka di dalam proses ditipu dan dijahanamkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Keras Azab-Nya.Para Bohemian telah diistidraj.Apabila nyawa mereka di tenggorok nanti,barulah mereka sedar apa yang berlaku,ketika itu Iblis,dewa yang dipuja mereka,berlepas diri dari perbuatan-perbuatan bodoh mereka itu.
“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”
(Surah al-Anfal, 8:48)
FIKIRKAN SEMULA
-------------------------------------------------------------------------------------------------
30 comments:
panpic said...
saya pernah tgk sekilas video penyembahan kat bohemian groove tu via salah video siri the arrival kat youtube...tak ingat yang mana satu..
tapi itu pun cuma beberapa saat je video tu...memang menyeramkan
October 7, 2009 at 5:11 PM
Anonymous said...
kalau nak tgk yg banyak punya ada Alex Jones punya....dialah yang berjaya curi rakam eksklusif punya
www.infowars.com
October 7, 2009 at 6:47 PM
Remember1511 said...
Alex Jones tu tak boleh pakai la, typical Jesuits temporal co-adjutor!!!sama juga dengan si David Icke,Michael Tsarion,Jordan Maxwell dan ramai lagi...mereka hanya nak tanam kan satu dogma yang memperkenalkan otak kita dengan ajaran2 new age sebagai persediaan untuk agama new world order di masa depan yang tak lain tak bukan, "THEOSOPHY + agama2 yang lain termasuk islam.."
Bohemian Grove hanya lah tempat untuk elite2 scapegoat tu yang perasan mereka tu elite....orang ramai akan tertumpu kepada mereka2 ni yang hadir ke situ dan mereka2 ni lah yang akan dicaci dan dimaki sedangkan di atas level2 scapegoat ni ada lagi GREY SPOT yang jarang diketahui umum, HIDDEN POWER berada di atas ni laaa atau di bawah pyramid kuasa dalam hierarchy typical freemasonry!! langsung tak nampak....
ritual2 scapegoat bohemian grove tu memang benar tetapi masih jauh lebih bawah taraf nya dengan ritual2 Hidden Hand yang mempunyai hubungan langsung dengan jin2 dan syaitan2 dan sang DAJJAL sebenar yang datang dari keluarga YAHUDI fahaman ROMAN CATHOLIC!!
October 7, 2009 at 7:08 PM
Anonymous said...
berasas apa yg dikata sdr Remember1511.
taktik mengalihkan perhatian...
-AbuHakeem-
October 7, 2009 at 9:53 PM
Anonymous said...
macam tu la plak ....tima kasih 1511 ...saya pon tak tau....kena banyak belajar lagi nih
October 7, 2009 at 11:38 PM
M.O said...
GreySpot...ya ada greyspot yang lain.Ia tersembunyi dan dilitupi oleh cahaya misteri.Ada kaitan dengan 'sempadan bayang-bayang'
Bohemian Grove hanyalah greyspot yang telah dikomersilkan untuk menutup greyspot yang lain.Alex Jones dibayar atau sengaja dibiarkan sepertimana yang lain.
October 8, 2009 at 12:08 AM
Anonymous said...
ya... wajar begitu...
sebab tu Alex Jones tu masih hidup...
-AbuHakeem-
October 8, 2009 at 1:12 AM
Remember1511 said...
Setuju dengan M.O.
October 8, 2009 at 1:36 AM
Remember1511 said...
Bagi ahli2 freemasons yang bawahan, lambang "G" tu makna nya Geometry, yang level2/degree ni la yang obses sangat dengan mathematics dan numerology dan yoga ringan2...dari golongan ni la bantahan2 tentang yoga tu datang...level ni mereka masih tak nampak lagi ritual2/yoga sesat yang diamalkan oleh mason2 high level di atas mereka, sebab tu la mereka membantah!! golongan proffesional la kata kan....
Bagi yang degree pertengahan, "G" tu maksudnya GENERATION, golongan ni percaya kepada BLOODLINE/HUBUNGAN DARAH dengan keluarga2 elite entah sejak zaman bila lagi....mereka pun mula la mendidik generasi mereka untuk menjadi salah seorang dari mereka...
Kalau yang high level dan level yang rahsia tu(di atas 33rd Degree....lain LODGE lain la secret degree mereka..), "G" tu maksudnya GNOSIS!!! disini la mereka2 yang mengamalkan ritual2 kuno dan luciferian tu, JESUITS dan high level PRIEST VATICAN dan yang sewaktu dengannya mengamalkan GNOSISCM, sama macam technique KUNDALLINI AWAKENING tu...
Lebih kurang macam ni lah MENTALITY Masons2 tu semua....mereka2 ni pun majority nya tak tahu siapa diatas mereka!!kalau mason dengan mason mereka ada sign language mereka seperti cara mereka jabat tangan dan etc, yang level2 rahsia di atas 33rd Degree dan etc tu mereka tak guna language2 ni semua! mereka sudah saling mengenali antara satu sama lain kerana bilangan mereka tak banyak!!
October 8, 2009 at 1:58 AM
naga said...
Salam. Semoga sihat sejahtera!
Terima kasih MO kerana terangkan ttg Bohemian Brove (BG).
Terima kasih juga kpd Remember1511 krn selalu igtkan bhw walau siapa pun yg duduk dlm organisasi2 thh tu - mereka hanyalah scapegoat - menjadi org suruhan lucifer/the fallen angle.
Bukan apa, kebanyakan mrk adalah org2 ternama/professional yg mungkin menjadi idola dlm bidang masing2. Contohnya dlm bidang IT, bisnes, motivasi, muzik dll- sememangnya ramai juga yg menjadi rujukan kerana kehebatan ilmu & kejayaan mrk. Tapi bila saudara selalu igtkan ada kuasa lain yg mengawal mrk - saya mesti berfikir semula ttg mrk semua.
Begitu juga dgn hal-ehwal negara - sekali pandang sememangnya saya mungkin tak berpuas hati dgn sesetgh isu/pemimpin - tapi saudara juga selalu igtkan ada tgn lain yg campur tgn & mrk org2 penting negara hanyalah ahli biasa peringkat bawahan, tanpa disedari mungkin mrk menjadi org suruhan thh.
Sekarang baru saya tahu peranan BG dlm ilmu tenaga hitam peringkat tertinggi yg hanya satu lapis saja dr lucifer.
Bgmn NABI memberi contoh cara hidup sejahtera:
--Fizikal - makan makanan halal lagi baik, riadah berenang, berkuda, memanah dan amalan2 sihat yg lain
--Fikiran - baca, perhati dan berfikir ttg firman2 TUHAN. Wujudkan kaedah pengurusan, perniagaan dan aktiviti2 lain yg memberi manfaat kepada manusia.
--Spiritual - berzikir, menyucikan hati dr sifat mazmumah, hiasi dgn sifat mahmudah serta amalan2 tasauf dan kesufian yg lain.
Bgm lucifer merosakkan manusia:
--Fizikal - fast processed food, non-halal ingredient dgn campuran bahan kimia merbahaya supaya anggota2 badan cepat rosak & berpenyakit. Tok nenek kita walau dah usia emas tapi masih gagah dan segak. Tapi sekarang ni muda2 dah dpt kanser.
--Fikiran - thesis dan antithesis - bercelaru otak dan kacau bilau dibuatnya.
--Spiritual - ni datangnya BG - aktiviti2 terlampau diluar batasan manusia dan haiwan - wujudkan seberapa byk tenaga hitam dan perancangan jahat supaya manusia semakin jauh dari TUHAN.
Fahaman saya ialah - tu sebabnya thh "haramkan" terus amalan tasauf dan kesufian dari kamus umat Islam supaya tiada atau kurangnya kewujudan tenaga positif dr teknologi roh Islam yg dpt mencabar tenaga spiritual sesat mrk. Lagi senang sihir2 mereka meresap dlm kehidupan manusia.
Tasauf sememangnya amalan para ulama zaman dahulu utk mengenal TUHAN dan diri sebenar. Tapi tasauf jugalah yg dimomokkan tak betul. Malahan thh juga mencipta teori2 tasauf sesat yg lain. Tu sebab jiwa/spiritual kosong dan selalu resah. Nak berzikir, berzanji , selawat selalu je diringan2kan dan dipertikaikan. thh takut akan kebangkitan teknologi roh org2 yg bertaqwa. thh tak nak akan wujudnya watak2 seperti Tok Kenali/Tok Janggut/Mat Kilau/Panglima Salleh dan banyak lagi ulama nusantara dahulu yg mempunyai keperibadian tinggi dan mendapat bantuan terus dari TUHAN.
thh menjauhkan kita dari amalan tasauf suci, tapi org2 thh jugalah yg mengamalkan tasauf gelap BG.
Gambaran sebenar keseluruhan penipuan thh menjadi semakin jelas!
Terima kasih MO! Wassalam.
October 8, 2009 at 7:13 AM
Anonymous said...
senang cerita semua rahsia2 yg menipu orang ramai sekarang ni ada disimpan kat Vatican la ye? kalau x silap Dajjal akan muncul utk perang ngan imam mahdi pon bila tentera islam dapat taklut vatican....
October 8, 2009 at 7:16 AM
naga said...
Salam. Semoga sihat sejahtera!
Bohemian Grove (BG) - maaf ye salah eja...
October 8, 2009 at 7:30 AM
Sangtawal Sakranta said...
salam semua,
terima kasih M.O.
sangat tertarik dengan komen remember 1511 dan naga!
wassalam.
October 8, 2009 at 7:35 AM
kerk said...
sy stuju nga en naga...
sy dpt taw yg org sufi dlu berzikir beralunkan muzik yg ingt (maen garbus) tp tlah di pesongkan menjadi muzik sprti skrang. menglalaikan. org sufi pom ad yg berpengaruh dibawah freemasons. jadi dorang ni org alim bertopengkan syaitan. dorang mengjahanamkan umat islam secara snyap2.
sy ad dngr crita psal shabt nabi yg hlang diculik oleh jin afrit. OTW nk balik bumi bie berjmpa dengan dajjal. ntol ke? lpas tu die jgak pergi tgok cincin ajaib. cincin ni, klau sape2 pkai, org akn dngr ckp org tu. dajjal nk sngt cincin ni. klau korang prasan, cite ni same ngan cite lord of the ring. org yahudi taw tntang ni, jadi dorang sorokkan spaya umat islam lemah.ap pndapat MO? cite ni btol ke?
October 8, 2009 at 8:30 AM
Anonymous said...
Salah seorang yang pernah berjumpa Dajjal Laknatullah adalah Sayyidus Syuhada Saidina Hamzah r.a... dalam perjalanan / pengembaraan dakwah sebelum Nabi Muhammad diangkat jadi Nabi.... (menyebarkan agama Nabi Ibrahim)
-AbuHakeem-
October 8, 2009 at 5:34 PM
Anonymous said...
AbuHakeem... ulasan yg menarik, mintak cerita detail atau boleh bagitau kt mana nk rujuk
October 8, 2009 at 6:36 PM
Anonymous said...
Pengembaraan Amirul Mukminin Saidina Hamzah r.a bersama sahabat baiknya Umar Umaiyah... Saidina Hamzah r.a, Allah kurniakan kekuatan yg hebat dan rakannya merupakan seorang yg amat pintar...
mereka menyebarkan / mengembalikan amalan agama Nabi IBrahim pada zamanjahiliyah...
saya baca Hikayat Amir Hamzah.... sekarang penulisan dari terbitan PTS lebih mudah... kalau dulu susah skit nak baca pasal bahasa terlalu sastera....
nampak macam mitos, tapi ada banyak kebenaran.... kena tahu gelaran dansebutan setiap kawasan... macam orang bangsa afrika, boleh kenal watak melalui penceritaan sifat watak...
terbitan PTS ada 3 jilid...
banyak lagi bacaan sampingan yg bagus.... dari PTS...
dulu saya ada simpan naskah Hikayat Amir Hamza dan Hikayat Umar Umaiyah... tapi mana simpan pun tak ingat... hilang bersama Riwayat 3 kerajaan dan buku2 sejarah negara cina... sayang betul... (kes stor Arwah Abah tpt simpanan buku saya kena pecah masuk)...
tak silap Amir Hamzah jumpa Dajjal lepas pengembaraan di Bukit Qaf...
-AbuHakeem-
October 8, 2009 at 8:22 PM
Remember1511 said...
Setuju...kebanyakan Sufi2 yang terlibat dengan secret society, kadang2 ada yang mencari ilmu2 dunia dari jin2 dan syaitan yang bertopengkan seorang alim ulama....ini lah THEOSOPHY aka. KUNDALINNI AWAKENING TECHNIQUE!! YOGA,MEDITATING dan etc pun sama laaa jugak....
nak buat muzik sedap pun boleh guna cara ni jugak,tanya la AHMAD DHANI dari DEWA 19 tu, mungkin dia tau kot!! MOZART,BETHOVEN dan etc pun terkena syndrom "AUTO-WRITING" ni dalam menulis lagu2 mereka, JAY-Z dengan symbol2 mentality freemasons degree rendah nya, MACHIAVELLI dengan satanic inspired "THE PRINCE" nya,Aleister Crowley dengan 666 nya dan menjadi inspirasi kepada mat2 metal seluruh dunia....
elite2 VATICAN,JESUITS,SATANIST dan YAHUDI2 ELITE menggunakan cara yang sama!! ilmu2 menukarkan batu menjadi emas dan etc, ALCHEMY kata mereka...
October 9, 2009 at 4:39 AM
warfeel-efairy said...
Salam MO. Terima kasih artikel tentang BG ini. Setuju dengan remember1511, elite2 spacegoat sahaja yang menjalankan ritual dan mengalih tumpuan dunia terhadap mereka sedangkan elit2 yang sebenar menjalankan ritual tanpa diketahui. Oh ya, lambang BG ini juga dapat dikesan di dolar US.
October 9, 2009 at 12:16 PM
Shafrizal said...
Assalamualaikum,
Saya nak share skit ilmu yang cetek nih. Bro EFairy, you're so right. Ingat tak dalam dolar bill America, ada satu hidden sign di bucu dia yang kalau kita tengk pakai kanta pembesar or zoomkn dia di computer, baru boleh nampak. And sign tu pulak menyerupai burung hantu, iaitu owl yang menjadi lambang the Bohemian Groove.
I think everybody knows about this, heheh.
October 9, 2009 at 8:31 PM
Anonymous said...
remember1511, boleh cerita sikit pasal ahmad dhani tu dia freemason ke?
October 10, 2009 at 2:54 AM
Remember1511 said...
Dhani tu agak pelik sikit, lagu2 beliau banyak yang double meaning dan ada unsur2 occult dan macam2 lagi yang meragukan.....beliau juga terlibat dalam pergerakan sufi yang mungkin agak meragukan! perkataan cinta ni lain makna nya bagi satanist dan juga sebagai ujian kepada manusia!
logo2 pun beliau suka kaitkan dengan logo2 yang kebiasaan nya ditonjolkan oleh artis2 yang bernaung di bawah elite2 freemasons dan satanist2,bukan calang2 orang yang menggunakan symbol sebegitu kalau tak tau makna nya....
kalau la betul beliau ni seorang mason, i think beliau paling kuat pun hanya setakat mason degree rendah! kalau beliau ada bloodline elite mungkin juga beliau dalam degree pertengahan.....ada juga kemungkinan beliau ni seorang mangsa mind control jenis artis dan pemuzik! kalau media Australia pernah menggelar beliau ni sebagai "John Lennon of Asia", apa lagi nak dikata...
John Lennon tu seorang new age believer yang juga terpengaruh dengan sufi2 aliran hindu dan sudah pasti nya fahaman2 the BEAST Aleister Crowley, "Do What Thou Wilt, Shall be the whole law" kata nya...lagu "My Way" yang si Dhani cover tu, sebenarnya antara lagu paling SATANIC di kurun ke 20!! just do whatever you have in mind, freedom to choose,free will dan etc menjadi tema2 lagu2 popular semenjak zaman roaring 1920s lagi...
October 10, 2009 at 6:06 AM
Che Leh Jangok said...
TK MF dan sahabat semua, khususnya Remember 1511, Naga,Abu Hakim dan MO:
Kerja kerja umat dajal laknatullah itu memang jelas cuma terlalu sedikit orang kita yang faham modus operandi dan proses peresapan jarum dan sreategi halus mereka.
Hamba juga banyak membaca, tetapi cuma setakat protokol dan pemgalaman mereka yang sedar mengenai kemusnahan bakal dihadapi dunia serta kemanusiaan dalam proses percubaan mereka untuk menguasai dunia dan minda seluruh umat manusia ini.
Tuan tuan menjangkau lebih jauh dengan meneliti diri sebenar serta struktur organisasi mereka. Lebih penting lagi apabila tuan tuan juga meneliti sumber tenaga syaitan yang berterusan mereka bena dan bangunkan.
Jelas. Kita kenal mereka kerana kita kena mampu hadapi mereka untuk mempertahankan Islam. Sekaligus menyediakan tapak yang kukuh untuk kelahiran Imam Mahadi yang dijanjikan itu.
Sekarang ini hamba baru faham kenapa apabila mereka mula menjajah kita dahulu mereka habis habisan memerangi ilmu ilmu kedukunan. Di dalamnya ada kebatinan, sufi dan kefahaman tentang usul kejadian.
Tetapi kerana akhirnya para ugamawan juga ikut menjadi pelaksana dalam proses penapiannya maka ilmu itu pun pupuslah.
Sempat lagi hamba bertemu beberapa orang pembawa ilmu itu yang terdiri dari pengamal atau pelindung bentuk bentuk kesenian tertentu.
Sempatlah juga hamba mengutip beberapa mentera dan dengan bimbingan pelindung pelindung ilmu Melayu (yang kebetulan masih ada pada masa itu) telah membuat terjemahan dalam bahasa kini dan mudah.
Hasil kerja itu telah sempat hamba bawa untuk dikaji dan dihukum oleh seorang ulamak lulusan Mekah dan Mesir. Beliau mengesahkan bahawa ulamak ulamak semenjak dahulu biasa berbincang mencari tegoran atau pandangan rasullullah mengenai amalan2 begitu.
Memangnya dalam masyarakat arab sendiri pun bangkitan bangkitan seperti mentera mentera Melayu itu ada diamalkan dan Rasullullah tidak pernah menegahnya.
Namun hamba telah dipesan supaya menyimpan dan menjaga pengetahuan itu dengan baik dan janganlah ia sampai ketangan orang orang yang tidak layak pada tahap pemahamannya.
Dan kalau mahu dikutip pustaka yang begitu kenalah kita berhati hati dan teliti betul betul. Kerana sesungguhnya semenjak zaman khalifah empat lagi unsur unsur penyusupan yahudi (zionos) sudah menular.
Apabila hamba menbaca "Would Conquest Through The Protocol of the Zionis" tulisan Victor Marsden dan menyedari rupa rupanya sepakat maufakat berstruktur mereka sudah dapat dikesan seawal 929 tahun sebelum kelahiran Isa.
Terfikir pada hamba kini apa dan bagaimana kerja harus dibuat untuk bawa kesedaran kefahaman dan penerimaan kepada orang ramai, khususnya bangsa Melayu yang sedang sibuk berbalah sesama sendiri.
Padahal mereka tidak sedar bahawa mereka sendiri juga adalah penyumbang kepada terlaksananya jarum dari rencana musuh sebenar kepada Islam itu.
October 10, 2009 at 11:31 AM
Remember1511 said...
Memang tepat saudara quote kata2 Cathy O Brien tu dalam article saudara ni;
-----------------------------------
Catatan seorang 'survivor' CIA,Kathy O'Brien:
"Mangsa mindcontrol yang lewat umurnya atau gagal dalam pengaturcaraan minda akan dikorbankan di Bohemian Grove dan saya merasakan masanya akan tiba untuk saya"
-----------------------------------
di mana saja ada bencana alam dan tempat2 yang dilanda perang atau penyakit, tukang rekrut mind control slave ni berkeliaran untuk mencari mangsa2 yang sesuai untuk digunakan di masa depan! mungkin sudah ada yang dalam proses yang datangnya dari bencana tsunami Acheh tu....sambil tu, mereka ambil kesempatan murtadkan saudara2 islam kita ke agama menyembah matahari mereka, SUN-CULT!!!
cara paling subtle untuk menculik mangsa2 ni ialah dengan menggunakan anggota2 beruniform palang merah(KNIGHTS OF MALTA?...ST JOHN...??) dan sudah tentu la melalui mubaligh2 kristian tu!! kes kehilangan kanak2 boleh juga dikaitkan dengan mereka2 ni, memang licik sehingga tak ada kesan!!! kalau dadah pun dapat diseludup melalui institusi keagamaan apa lagi manusia...lihat saja tactic mereka di AMERIKA SELATAN!!
perniagaan dadah sebenarnya dikuasai oleh KNIGHTS OF MALTA melalui badut2 intellegents mereka dari CIA,MI6,KGB dan banyak lagi....once again, All ROAD LEADS TO ROME!! pemilik dan pengeluar VACCINE H1n1 terbesar dunia pun anak2 didik JESUITS!!
Semua pemimpin2 yang menjadi pilihan2 mereka2 ni semua nya ada rekod hitam mereka masing2, kalau tak ikut buka diary laaa...ya, mereka akan di hiburkan dengan segala fantasi2 syaitan mereka pada awalnya sambil di ambil video nya dan gambar2 nya untuk tujuan blackmail!!so, terpaksa la mereka tunduk kan kepala menghadiri BILDERBERG convention, Commitee 300...etc!! mereka la yang akan terima semua tembakan2 dan kutukan dari rakyat dan media2!!
itu lah nasib pemimpin2,tokoh2 perniagaan,tokoh2 agama etc di zaman AQUARIUS ni......mereka takut kepada sesuatu yang mereka sendiri tidak kenal siapa kuasa2 rahsia ni!!
October 10, 2009 at 11:46 AM
warfeel-efairy said...
Salam.
Tertarik dengan komen remember1511 tentang Aleister Crowley.
Aleister Crowley ini pada mulanya menyertai satu pertubuhan rahsia, Oreder Of Golden Dawn, tetapi telah berselisih faham dengan ketuanya dan keluar dari pertubuhan rahsia itu.
Dia juga adalah pengasas OTO atau Ordo Templi Orientis/Order of the Temple of the East/Oriental Templars. Dan telah mengeluarkan kitab syaitannya sendiri iaitu The Book Of Law. Kitab syaitan inilah yang banyak mempengaruhi Adolf Hitler untuk melaksanakan sacrifice besar-besara iaitu perang dunia.
Dia juga telah mencetus idea untuk Backward Message/ Subliminal Message dalam music. Contoh music yang mempunyai subliminal message ialah stairways ti heaven, hotel california and many more. Lagu2 dewa x sure la ada x kaitan dgn semua ini.
October 11, 2009 at 10:18 AM
Anonymous said...
Allah merahmati pengunjung blog ini... salam semua...
berkenaan Ahmad Dhani @ album Dewa... saya pernah terbaca dalam satu email yg dikirim.... bertahun2 lepas... awal 2003/4 rasanya. memberikan symbol2 dalamalbum berkenaan yg merupakan symbol2 occult... (sekarang just search di engine google dah leh dapat....)
satu lagi, Ahmad Dhani amat banggakan keturunan darah yahudinya.... setiap album akan ditulis penghargaan "Jan Pieter Frederich Kohler (Thanks for the GEN)"....
kalau music metal dah sah la symbol2 satanic tu... tapi skang nie trend Indie kat M'sia... pun sama... nampak best bagi mereka dengan symbol2 yg pada pandangan mereka satu ART...
cuba dengar lagu Laila Lounge, banyak memperlekehkan sistem beraja kita...
aii..
-AbuHakeem-
October 11, 2009 at 6:11 PM
Anonymous said...
cuba tengok cerita hudson hawk lakonan bruce willis :)
-gajahduduk
October 14, 2009 at 7:58 AM
Tracker said...
Salaam, MO dll..
Kalau tentang isu dajal tu, seingat aku yang pernah jumpa dajal secara fizikal ni Tamim Ad-Dari. Sahabat Nabi SAW yg tersesat semasa di laut.
Aku pernah juga jumpa satu buku yg khusus menceritakan kisah tersebut dan kajian, tapi aku tak sempat baca habis. Pengarang tu buat teori dimana letaknya pulau tu. Possibility dari pantai Arab dan area tersesatnya Tamim AdDari dan lokasi pulau yang dia jumpa dajal tu.
October 19, 2009 at 11:50 PM
Anonymous said...
saya pnh terdengar lagu queen bohemian rhapsody..dan saya mengkaji liriknya...lebih kurang kena mengena jgk dgn bohemian grove..sebab masa diorg nak wat ritual ni ada masuk bab2 opera dlm lagu tersebut..tetapi ada bismillah la,beelzebub la,sapa boleh bg explaination tentang lagu tersebut bohemian rhapsody-queen
September 14, 2010 at 2:06 AM
Anonymous said...
ahmad dhani tu tak suka shalat, itu kata ayahandanya sendiri. hubungannya tak baik dengan sanak famili, pernah memaki ayahnya di televisi.
September 14, 2010 at 9:37 PM
No comments:
Post a Comment