Written by Mistis Organization: Saturday, October 24, 2009
Ketika manusia leka dengan kehidupan dunia masing-masing,ada sekelompok manusia memerhatikan perjalanan dunia ini mengikut kepercayaan mereka.Mereka memerhatikan bintang-bintang dan pergerakan cakerawala.Mereka membelek kitab-kitab lama dan mencari-cari petanda.Ketika manusia berfikir hidup mereka berjalan sepenuhnya mengikut Hukum Sebab dan Akibat,mereka percaya perjalanan peristiwa di dunia ini sudah dirancang melalui satu susunan petanda dan boleh diketahui!
Mereka amat obses dengan ramalan-ramalan.Pada titik-titik tertentu,mereka percaya mereka mampu mengubah perjalanan takdir di dunia ini...
Ini adalah Jigsclue #011 di bawah codename 'Prophecies'
'Dengar' baik-baik.
"Prophecies"
"...Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU"
(Huzaifah Ibnu Yaman r.a -Penjaga Rahsia Nabi)
Di dalam istilah konspirasi,manusia terbahagi kepada tiga bahagian.Pertama,manusia yang mengetahui kebenaran sebenar dari The Source (Allah Azza wa Jalla) dan patuh dengan bimbingan dan panduan dari-Nya.Kedua,manusia yang mengetahui kebenaran bersumberkan pengetahuan The Watcher (Iblis 'Izzazil' Laknatullah) dan mereka cuba untuk menentang The Source.Ketiga,manusia yang menjadi zombie.Mereka manusia dungu yang makan untuk hidup,hidup untuk makan.Mereka bagaikan haiwan ternakan sahaja.Golongan Elit dari kasta Yahudi mempunyai istilah khas untuk manusia seperti ini.Mereka yang hanya hidup di dunia tanpa mengkaji apa yang berlaku di sekeliling mereka ini digelar GOYYIM.JIka anda mendapat kesedaran sekarang,cuba keluar ke pekan dan ke tempat-tempat awam sebagai contoh,di MidValley atau KLCC dan perhatikan gelagat Goyyim-goyyim ini menghabiskan waktu mereka dengan material dan hiburan sahaja.Pada waktu tengahari berpusu-pusulah mereka ke tempat makanan seperti kambing-kambing kerana kelaparan.Selepas itu bertebaranlah mereka mencari hiburan atau bekerja mengumpulkan harta benda tanpa berfikir sebentar mengapa mereka diciptakan.
Para Sekular,Islam Liberal (contoh: Sister In Islam dan seangkatan dengannya) dan Modenis-Materialis yang saban waktu mencari cara bagaimana untuk melacurkan agama mereka bagi sesuap nasi dan pujian Para Elit ini sebenarnya berada dalam kondisi yang amat malang dan diperangkap secara halus.Idola mereka ialah Amina Wadud yang mengetuai solat Jumaat di gereja.Tujuan hidup mereka ialah dapat menjadi seperti Amina Wadud itu,berjaya menjadi keliru dan melacurkan agama sendiri secara terang-terangan.Buat permulaan, solat Jumaat boleh bercampur lelaki dan perempuan dengan keadaan perempuan boleh membuka rambut mereka dan muazzinnya juga seorang perempuan.Selepas itu yang solat Jumaat boleh dilakukan dalam keadaan perempuannya boleh memakai bikini dan yang lelaki tanpa memakai baju.Minggu depan solat Jumaat dijalankan dengan semua jemaahnya berbogel dan selepas salam mereka boleh berpelukan tanda kasih sayang dan seterusnya melakukan hubungan seks.Inilah tujuan sebenar Islam Liberal,meliberalkan Islam sehingga duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan goyyim-goyyim yang lain,menjadi dungu dan kebingungan.
Rahsia yang mereka tidak ketahui ialah SEBENARNYA PARA ELIT NASRANI DAN YAHUDI MENGKAJI ISLAM DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH dan dalam diam-diam mengakui kebenaran Islam.Namun PENGETAHUAN SAHAJA TIDAK CUKUP.Iman bukan datang kepada orang yang paling banyak ilmunya.Iman adalah anugerah Allah Azza wa Jalla.Iman tidak boleh dibeli dengan ilmu pengetahuan.Orang Yahudi Zindiq yang dikutuk-kutuk orang Melayu itu sebenarnya ada yang lebih fasih membaca AlQuran dan lebih banyak ilmu agama Islam berbanding dengan orang-orang kita yang kafir-mengkafir dan menjadi sekular.Jika dengan ilmu sahaja boleh mendatangkan iman,maka sudah pasti 90% penduduk dunia adalah orang-orang Islam yang BERIMAN,namun sebenarnya IMAN adalah hidayah Allah Azza wa Jalla yang paling mahal dan tidak semua dapat memilikinya.Amina Wadud menerima pelbagai kelulusan dari University of Michigan,American University in Cairo,Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah dalam pelbagai jurusan agama seperti bidang Tafsir,Falsafah,Pengajian AlQuran dan sebagainya tetapi akhirnya output yang keluar darinya ialah setaraf dengan output yang dikeluarkan oleh Ayah Pin dan Rasul Kahar.Amat menyedihkan semua goyyim ini walaupun disekolahkan dengan harapan dapat membimbing umat Islam tetapi akhirnya menjadi goyyim ternakan Para Elit Nasrani dan Yahudi.
Mereka sanggup menari mengikut rentak Para Elit dengan menghina nabi mereka Rasullullah s.a.w dengan penghinaan yang pelbagai.Mereka menggelar Rasullullah s.a.w sebagai gila seks,ketua kabilah,janggut tidak terpotong kerana tiada gillette (pisau cukur),suka berperang,ganas dan 1001 penghinaan padahal seluruh makhluk langit dan bumi memuji-muji Kekasih Tuhan ini.Malaikat Izrail yang mampu membesarkan dirinya sehingga mampu memegang bumi ini seperti sebiji telur pun memuji Nabi Muhammad s.a.w,bagaimana pula manusia lemah seperti mereka yang jika disumbat hidungnya dengan kapas tebal selama tiga minit akan menggelepar kelemasan boleh menghina-hina Kekasih Tuhan yang mencipta diri mereka dan memberi rezeki kepada mereka???
Sesungguhnya manusia ini sungguh sombong dan bodoh sekali.
Pada peringkat lebih tinggi,di mana para goyyim ini tidak mengetahui atau sengaja buat-buat tidak tahu, Para Elit berusaha memecahkan kod-kod yang terdapat di dalam AlQuran.Mereka mengkaji susunan ayat,bilangan ayat dan turutan angka surah untuk mendapat gambaran bagi disesuaikan dengan ramalan-ramalan mereka.Mereka amat-amat percayakan AlQuran namun bagi goyyim-goyyim bodoh sombong ini,Para Elit akan mempromosikan segala kebohongan dan fitnah terhadap kitab ini,mereka berusaha untuk menjauhkan semua goyyim-goyyim ini dari mendapat kebenaran dari AlQuran.
Para Elit amat percayakan ramalan dari kitab-kitab tua.Dan kitab yang paling mereka hormati sebenarnya ialah AlQuran kerana mereka tidak dapat tidak mesti mengakui keaslian kitab ini yang tidak pernah bercampur dengan tangan-tangan manusia.
Mereka percaya,takdir kehidupan dapat diketahui melalui cara-cara yang tersendiri.
Pada masa dahulu para jin mampu untuk duduk di titik-titik tertentu di dalam dimensi untuk mencuri berita-berita dari langit,namun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w,mereka tidak dibenarkan lagi untuk mencuri data-data dari langit ini.
“Dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api, dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).”
(Qs. Al Jin: 8-9)
Situasi ini samalah dengan para hacker (penggodam) yang menggunakan perisian seperti Netcat untuk melakukan 'data filtering' di mana mereka akan menganalisis paket-paket data yang 'dicuri' dari trafik dalam sesuatu sistem seperti LAN atau Wireless.Melalui analisis data ini,mereka dapat menyaring kata laluan,URL dan laman web yang dikunjungi mangsa.
Dari Izzazil,Raja para Jin Kafir dan Syaitan,mereka mempelajari sebahagian rahsia-rahsia dari langit ini dan antara yang meraka tahu bahawa para nabi juga mendapat data-data dari langit.Tugas mereka sekarang ialah berada disebelah Izzazil dan menentang para nabi dan pengikutnya.Mereka mesti berusaha untuk memanggil data-data ini lagi (summon) bagi mengatasi para pengikut ajaran nabi-nabi ini yang digelar mereka 'Prophet' (dari kata 'prophecy')
Manusia yang paling percayakan kiamat akan berlaku ialah para Elit ini.Sebab itu industri Hollywood yang menjadi tempat 'luahan perasaan' mereka banyak menerbitkan filem-filem berkaitan akhir zaman dan kemusnahan besar-besaran bumi.Armageddon,Deep Impact,The Day the Earth Stood Still ,The Day After Tomorrow dan Knowing adalah antara 'luahan perasaan' para Elit ini tentang 'The Judgement Day'.Namun goyyim-goyyim di Times Square,Kuala Lumpur masih mencari hiburan untuk memenuhi nafsu hidup mereka yang sementara ini.
Di dalam filem Knowing lakonan Nicolas Cage contohnya,Lucinda Embry,seorang kanak-kanak yang dianugerahkan kemampuan mendengar kata-kata 'angel' telah menulis senarai angka-angka yang banyak mewakili data-data kemalangan dan tragedi tertentu yang berlaku di dunia 50 tahun akan datang (ketika itu tahun 1959).
Terdapat satu adegan di mana satu lukisan yang dikenali sebagai 'Ezekiel's Vision' (di rumah kabin milik Lucinda Embry) dipaparkan dan 'kapal angkasa' yang membawa Caleb dan Abby telah diimaginasikan pembikin filem tersebut berdasarkan visi yang diceritakan di dalam Book of Ezekiel.
1:15 Now as I beheld the living creatures, behold one wheel upon the earth by the living creatures, with his four faces.
1:16 The appearance of the wheels and their work was like unto the colour of a beryl: and they four had one likeness: and their appearance and their work was as it were a wheel in the middle of a wheel.
(King James Version)
Pengkaji seperti Erick Von Daniken pula mendakwa roda itu adalah pesawat yang digunakan oleh 'angels' itu,sebab itu di dalam filem ini, 'angels' selepas bertukar dari manusia ke bentuk 'bercahaya',mereka telah menaiki satu pesawat beroda yang bercahaya seperti intan berlian.
Sesetengah pendapat pengkaji seperti Erich Von Daniken ini (Zecharia Sitchin,Alex JOnes dan sebagainya) agak mengarut tetapi sebahagiannya boleh difikirkan namun ada seorang yang benar-benar mencedok kata-kata yang benar dan digubah menjadi ramalan-ramalan yang sebegitu tepat.Namanya bertambah popular semenjak satu ramalannya tentang Tragedi 911 tepat seperti yang tertulis dalam bukunya!
Dia adalah Nostradamus.Di dalam karyanya The True Centuries,Nostradamus telah menuliskan ramalan-ramalan yang kebanyakan menepati senario selepas zamannya seperti Perang Dunia I dan II,Hitler,kematian raja-raja serta revolusi termasuk 911 semuanya boleh ditelah dari puisi-puisi kuatrain Nostradamus.Bagaimanakah Nostradamus tahu semua yang akan berlaku?Adakah dia telah mendengar suara-suara 'angel' seperti yang digambarkan dalam filem Knowing?
SEBENARNYA DIA MENDAPAT SEMUA RAMALAN INI DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP YANG DIPANGGILNYA HOLY SCRIPTURES yang sebenarnya adalah manuskrip para ulama Islam dahulukala yang dicuri oleh datuk dan ayahnya.Perlu diingat Nostradamus adalah berketurunan Yahudi dan datuknya adalah Yahudi BailtulMaqdis yang rapat dengan orang Islam di sana.
Dari manakah Holy Scriptures ini berasal?Adakah ia hasil tulisan para ulama Islam yang mendapat ilham menerusi suara-suara 'angel' seperti yang dialami oleh Lucinda?
TIDAK SAMA SEKALI.
Ia berasal dari kata-kata Rasullullah s.a.w kepada para sahabatnya.Para goyyim dari kalangan sekular dan modenis Islam pasti bertukar menjadi pesimis bila mendengar nama Rasullullah s.a.w.
DAN RASULLULLAH S.A.W MENDAPAT WAHYU DARI TUHAN
"Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PENGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat"
(Ali Bin Abu Talib r.a)
Inilah yang tidak mampu dicapai oleh para jin kafir dan syaitan yang menjadi entiti 'channeling' para pendeta The Antichrist.
Jadi perkara pertama yang diarahkan kepada para askar Amerika pada pencerobohan Iraq yang lalu ialah memecah masuk ke dalam muzium-muzium dan perpustakaan di Baghdad untuk mencari beberapa rahsia lagi.
Hakikatnya para Elit percaya kepada semua 'prophecies' ini.Mereka percaya sesungguhnya kata-kata manusia teragung, Nabi Muhammad s.a.w.
Dan para goyyim masih kekal mempersendakan hukum-hukum Allah dan mempersendakan agama.
Para Elit gigih menempah pokok gharqad sebagaimana yang disabdakan Nabi yang berbangsa Arab itu.
Sementara para goyyim masih mabuk dengan racun dan pil khayal yang disuapkan para Elit.
Para Elit pula gigih memerhatikan pergerakan objek-objek samawi...
Sementara para goyyim sedang gigih menghina agama Allah dan mempersendakan janggut nabi...
Sedangkan para Elit mengkaji segala sunnah nabi dan sabda-sabdanya...
Inilah perbezaan golongan Elit dan golongan goyyim.
Golongan Elit golongan yang genius dan bijak mengambil peluang.Manakala golongan goyyim rela dijadikan hamba dan dicucuk hidung.Rela dikelirukan dan terkeliru.Apabila disuruh menghina agama sendiri,maka tanpa segan silu terus berganding bahu dan mengerah tulang empat kerat memaki hamun hukum Allah dan ajaran Rasullullah.Golongan goyyim menjadikan golongan Elit idola mereka,mengkagumi kemulian dan harta dunia yang dimiliki golongan Elit,padahal saban hari para Elit ini mentertawakan kebodohan goyyim-goyyim ini yang melacurkan agama sendiri demi sesuap nasi,sedangkan pada masa yang sama golongan Elit mengambil faedah dari sabda-sabda Nabi Muhammad s.a.w.Golongan Elit amat sayangkan kitab-kitab agama mereka seperti Taurat dan Injil malah AlQuran juga dan sanggup menerbitkan AlQuran palsu supaya umat manusia tidak dapat menyelami rahsia AlQuran.Para Elit tahu di dalam AlQuran terdapat 1001 rahsia dimensi dan matrix tetapi mereka tidak mampu menggalinya.Hanya orang yang dibersihkan hatinya oleh Allah S.w.t sahaja mampu menggali rahsia AlQuran.Namun si goyyim terus memperlekehkan ajaran AlQuran dan mengatakan hukum AlQuran ketinggalan zaman sama seperti yang diajarkan oleh Para Elit,namun pada masa yang sama Para Elit mengakui betapa saintifiknya hukum Allah sebagai contoh sebatan di bahagian belakang para penzina yang belum berkahwin akan menghasilkan sel-sel darah putih sebagai antibiotik kepada AIDS dan penyakit kelamin.
Pakar Neurologi Amerika dan Russia mendapati terdapat satu zon di bahagian otak manusia yang tidak aktif dan hanya aktif jika manusia tadi tuduk bersujud ke bumi!!Apabila aktif, zon tadi akan menghasilkan perubahan biokomia yang baru dan ini menghasilkan kesedaran-kesedaran baru.
Inilah perbezaan golongan Elit dan golongan goyyim.Golongan Elit bijak pandai tetapi akhirnya tertipu.Golongan goyyim juga yang paling malang,sudahlah bodoh sombong,ditipu oleh golongan Elit dan akhirnya tertipu dengan diri sendiri.Dijadikan kuli percuma saja oleh orang lain.Inilah akibat mengabaikan ajaran Islam dan nasihat para nabi.
Inilah perbezaan golongan Elit dan golongan goyyim.
Golongan Elit adalah 'tuan' di muka bumi.
Golongan goyyim adalah hamba,pencacai dan kuli percuma.
Tetapi ada satu golongan yang paling terbaik mengatasi kedua-dua golongan itu.
Iaitu golongan yang disebut di dalam firman Tuhan:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik"
(Ali Imran 110)
Fikirkan Semula
No comments:
Post a Comment