Written by Mistis Organization: Friday, September 5, 2008
Sebelum kami kami memberitahu anda Dua Rahsia Terbesar ini, ingin kami jelaskan kepada anda apakah dia dua pergerakan syaitan terkenal yang selalu di sebut-sebut dalam artikel-artikel kami.
Dua pergerakan syaitan itu adalah Illuminati dan Freemason.
Mungkin ada di antara anda yang masih tidak mengetahui nama dua pergerakan syaitan ini. Mungkin ada yang mengetahui-mungkin dari buku-buku atau filem-filem (contoh: Tomb Raider) tetapi tidak mengendahkannya:
-mungkin itu hanya nama rekaan pembuat filem atau penulis buku.
-mungkin nama itu memang ada tetapi tidak begitu penting baginya untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
-nama itu sekadar hiburan dan fiksyen.
Kami ada membuat pemantauan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia termasuk di universiti-universiti. 99% responden kami dari sekolah-sekolah menengah tidak mengetahui secara tepat apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'Freemason' atau 'Illuminati'.Tepatnya 97% dari mereka memang tidak pernah mendengar nama pergerakan syaitan ini. Kajian di universiti juga menunjukkan hasil yang lebih kurang sama tetapi menunjukkan peningkatan sedikit. 10% dari mereka memang ada membaca mengenainya dan mempunyai pengetahuan asas tentangnya.
Mereka tidak mengetahui bahawa pergerakan-pergerakan syaitan itu benar-benar wujud!
Sebelum kami menyerahkan dua rahsia terbesar ini, anda perlu melengkapkan diri dahulu dengan pengetahuan dari dua pergerakan syaitan ini. Ini kerana jika anda tidak mempunyai pengetahuan asas sekali pun mengenainya, pasti anda akan menjadi:
-panik, bingung dan terkejut
-histeria
-terkedu dan hampir pitam
-menangis dan teramat depresi
-gila (tahap berat)
-menolak bulat-bulat; tidak mempercayainya
Kami tidak bergurau atau bermain-main dengan anda mengenainya. Cuba tanya dan kaji sendiri mengapa banyak Paus sendiri mati dalam keadaan misteri termasuk Pope John Paul I —"DeMedietate lunae" (of the half moon) yang kematiannya banyak dispekulasikan sebagai konspirasi pembunuhan.Dan beribu-ribu orang lagi mati kerana mengetahui dua rahsia ini tanpa ada pengetahuan asas sekalipun mengenainya. Ingat!Pengetahuan adalah RAJA.Tetapi Pengetahuan yang DIGUNAKAN adalah RAJA YANG BERKUASA. Kalau tidak, mengapa Paderi dari Espéraza keluar dalam keadaan histeris dari bilik Paderi Francois Bérenger Sauniére (Penemu kod rahsia Templar) yang sedang nazak. Badannya bergementaran. Mukanya pucat. Kedua matanya terbelalak seperti melihat hantu. Ini terjadi selepas mendengar rahsia yang dibisikkan oleh Sauniére yang sedang nyawa-nyawa ikan.Kalau tidak mengapa seorang pelatih paderi dari Sabah terkejut melihat Al-Quran diletakkan di atas altar Royal Library Paus di Vatikan dan digunakan untuk upacara mengangkat sumpah bagi perlantikan pegawai tertinggi Vatikan?Mengapa seorang paderi Melayu yang menjadi anak murid seorang paderi besar masuk Islam selepas mendengar 'rahsia sulit' yang dibisikkan oleh paderi besar itu ketika saat kematiannya sebagai wasiat terakhir setiap paderi vatikan.Ada maksud disebalik semua itu. Jika anda adalah peminat-peminat buku-buku seperti Da Vinci Code, Angels and Demons,The Solomon Key, Holy Blood Holy Grail, The Hiram Key atau peminat filem seperti Da Vinci Code atau National Treasure, ini adalah hadiah untuk anda. Jika anda puas dengan penjelasan yang diberikan oleh pengkaji-pengkaji misteri Da Vinci Code dalam buku-buku mereka, ketahuilah, sesungguhnya mereka masih menyembunyikan banyak kebenaran lagi. Apa yang anda tahu tidak sampai 10% dari kebenaran yang sebenar-benarnya.
Ini adalah rahsia bertahap Zikir Agung Perhimpunan Altar Iblis Illuminati.
Ini adalah rahsia konspirasi Matrix syaitan...
Ini adalah kunci kepada kod rahsia Zikir Agung Izazil dimana ketika orang-orang kafir, Dajal, Yahudi, Nasrani dan Majusi datang berbondong-bondong kepada Iblis di dalam Neraka untuk mengetahui kebenaran terakhir, Sang Iblis akan mengungkap 'KEBENARAN TERAKHIR' itu. Siapa yang membaca Al-Quran akan mendapat kunci rahsia ini sebelum mendapat tahu dari Mistisfiles lagi.
Ini adalah permainan.
Bukankah Tuhan sudah menyatakan di dalam kitab-Nya:
"Kehidupan di dunia ini tidak lebih hanya permainan dan senda gurau semata"
Belajar dan fahami sendiri rahsia ini...
Kami tidak mengajarkan anda Kebenaran tetapi kami ingin menghulurkan anda cebisan jigsaw puzzle kami
Cantumkan ia
Buangkan mana yang tidak perlu
Belajarlah kerana kebenaran itu didapati dari pembelajaran
Berapa ramai orang Melayu-Islam murtad kerana tidak mahu belajar tentang keIslaman mereka?
Berapa ramai saintis dan penyelidik Barat masuk Islam selepas mengkaji bertahun-tahun semata-mata mahu mengetahui nama Tuhan dan Kekasih-Nya?
Berapa ramai!!
Cuba beritahu kami
Buat permulaan belajar dahulu tentang Freemason dan Illuminati
dan kami akan beritahu 'Kata Rahsia' itu
kumpul dan cantumkan dalam serpihan 'Gambar Besar' kita
jangan berhenti kerana jika anda berhenti anda akan sesat dan
akan dipaksa mencantum jigsaw puzzle ini semula dalam keadaan tersiksa, telanjang dan menangis
selepas kematian anda...
Ingat!Ini adalah permainan dan anda sudah mendaftar dalam permainan ini
jika anda menganggap kami mengarut dan membuang masa anda, sila keluar dari laman ini dan cari pengumpul jigsaw puzzle yang lain
yang anda anggap benar, tidak mengapa, kami doakan anda menemui Kebenaran Terakhir itu
atau anda boleh tidur dan meneruskan kehidupan seperti biasa semula tetapi ingat!
Jangan sebut sedikit pun nama Mistisfiles ketika anda dipaksa mencantumkan kembali jigsaw puzzle yang anda buang itu
Kami mengalu-ngalukan anda bersama-sama kami mencantumkan jigsaw puzzle ini
Mari kita bermain bersama
ini adalah satu permainan
SELAMAT DATANG KE DUNIA PEMIKIRAN BARU
----------------------------------------------
12 comments:
Anonymous said...
assalamualaikum saudara,
saya amat tertarik dan ingin mengikuti penjelasan denganlebih lanjut. tentang freemanson dan illuminati kerana saya dahulu pernah membacanya melalui teks yang di tulis oleh seorang YB dan pernah menyuarakan tentang pertubuhan ini di dewan rakyat suatu masa dahulu..sewaktu itu saya masih kecil. bukan sedikit orang melayu yang terjebak tetapi sangat ramai orang yang hebat-hebat seperti menteri, yb, pegawai tentera dan macam-macam lagi pangkat. Seolah pertubuhan ini menyediakan kekayaan jika orang yang berkepentingan ini dapat ditakluknya..Easanya masih ada lagi simpanan salinan nama-nama mereka..sekian. wassalam
September 8, 2008 at 9:17 AM
M.O said...
sememangnya freemason akan memantau setiap pergerakan politik negara2 termasuk malaysia. Kekayaan adalah umpan freemason
teruskan membaca
M.O
September 11, 2008 at 11:54 PM
ibrahim_n said...
menarik...kisah ini..mungkin di dunia nih memang ada lagi banyak perkara yang kita masih kurang fahami.
good info
September 27, 2008 at 7:17 PM
Anonymous said...
salam..sy still xpaham....
ap kebenaran yg akn buat kte terkejut sgt?sy ad dgr cite ttng paderi tu..kebenaran ttng islam kn?
January 25, 2009 at 7:44 AM
M.O said...
yup, kebenaran yang selama ini membuatkan mereka juga terkejut tetapi cuba disorokkan kerana ego,kuasa,wang dan sanjungan
February 6, 2009 at 5:13 PM
Asreef Armagan said...
aku juga pengkaji seperti anda,
aku kaji dari dokumentari "The Arrival"
setakal nih aku ade tulis satu artikel yang memberi banyak persoalan tentang dunia dan rahsianya.
May 19, 2009 at 8:07 AM
Mistis Organization said...
Go on Jiggers...
Jadilah mereka yang memberi pengetahuan kepada manusia
supaya mereka berfikir demi kebenaran...
May 27, 2009 at 4:50 PM
aus said...
fact is stranger than fiction..
January 15, 2010 at 7:13 AM
Anonymous said...
salam...
mmg benar dan sy setuju dgn apa yg dikatakan...ramai org akan ttya2 kenapa kita akan dihina dan dipaksa oleh Allah s.w.t utk mencari hakikat sebenarnya kehidupan kita didunia...
xguna ilmu setinggi gunung sekira di pengakhiran hidup kita masih tdk mengetahui siapa kita sebenarnya disisi tuhan....Allah hu akbar.
carilah ilmu yg plg beerti di dlm dunia ini...lbh penting dpd hidup kita di dunia kerana jawapannya hanya boleh dicari di dunia.
jgnlah kita cpt melatah sekiranya kita diberikan pendedahan baru di dlm hidup kita. jgn lah kita mencela,menghina dan menghukum hamba Allah yg menunjukkan kebenaran yg sebenarnya. kerana ilmu agama tdk bermakna tanpa kita mengenal tujuan kita diciptakan...
kenapa kita diciptakan. mengapa? adakah sekadar utk manilai siapa yg baik dan siapa yg jahat?
tidak...sesungguhnya Allah s.w.t mencari2 hamba nya utk dihadapkan tatkala hijabnya dibukakan di hadapan hambanya. itulah sebenar2 cinta yg hakiki.
kasih tuhan tdk terbatas dgn kehidupan kita sahaj..malah lebih. sehingga kita semua mati pun rahmat Allah s.w.t itu tetap ada...
tetapi tdk molek lah sekiranya kita baru tegagau mencari kebenaran setelah kita mati...yg kita dpt mencari dan berharap hanya lah syafaat insan terpilih....Muhammad ya rasulullah s.a.w.
sedih di dlm hidup sy tdk dpt menandingi kesedihan nabi s.a.w lagi sekiranya mengetahui hakikat sebenar umatnya di zaman sekarang...makin lama makin jauh dpd apa yg diajarnya...diamalkannya..islam kita trlalu sibuk utk berbalah2an. terlalu sibuk menjual ilmu Allah s.w.t tanpa mengetahui kegunaan ilmu itu utk dirinya...
sedih tiada kepalang di dlm diriku,
bila cinta tdk bertemu rindu,
apakah dpt kulihat dirimu,
didalam sinar cintaku yg tdk seberapa ini.....
February 10, 2010 at 1:47 AM
InvisibleMen said...
skang ni pun politik negara kucar kacir...kekuatan bangsa MIM ni pun dah diganggu gugat...sapa lagi kalau bukan org yang ada kaitan dng yahudi..freemason..siapa yerk..erm x nampak jugak tak tau la kan...
June 27, 2012 at 1:33 AM
Anonymous said...
Salam..
Satu persoalan..
Siapakah yang bakal MEWARISI BUMIKU..???
Renungkanlah...
June 28, 2012 at 4:09 AM
Anonymous said...
salam
mistisfiles, saya sayang anda
:)
June 28, 2012 at 6:24 AM
Sebenarnya.....
ReplyDelete