Di dalam dunia yang dicengkam oleh kuasa Iblis melalui proksi mereka,terdapat pelbagai misteri dan keanehan yang menyelubungi setiap sejarah kemanusian sejak Adam dan Hawa keluar dari Syurga Tuhan akibat dendam Iblis.
Di bawah ini adalah penjelasan hasil pemerhatian dan kajian seorang penyelidik Barat yang tertanya-tanya 'anomalies' yang terjadi di sekelilingnya.
Selamat membaca
-M.O
THE FEAST OF THE BEAST
"Mirrors on the ceiling,
The pink champagne on ice
And she said 'We are all just prisoners here, of our own device'
And in the master's chambers,
They gathered for the feast
They stab it with their steely knives,
But they just can't kill the beast"
(Hotel California, Eagles)
Artikel ini ditulis buat pembaca umum yang mempunyai minat kepada isu Illuminati.Saya percaya ini adalah pertama kali sesebuah artikel ditulis seumpamanya di dalam topik ini.Kerahsiaan dalam Illuminati adalah amat terlindung,yang mana saya percaya ini adalah hanyalah sekelumit maklumat berkaitan dengannya.Saya percaya maklumat ini mungkin membantu kita dalam memahami perubahan polisi rahsia yang bakal terjadi.Tetapi saya bertanya apakah kebaikan pengetahuan ini tanpa kepercayaan kita sedalamnya tentang kekuasaan Tuhan?Saya menggalakkan ramai pembaca saya tidak hanya menimbangkan apa yang berlaku kini dan masa depan,tetapi masa-masa mereka meminta dan berharap serta akan berhadapan dengan Pencipta mereka kelak.Jika anda tidak dapat menghadirkan perhatian anda dan menganggap semua ini adalah perkara remeh,anda mungkin perlu mendekati Dia dan memohon petunjuk dari-Nya,lebih daripada membaca artikel ini.
Di dalam penyiasatan saya berkenaan Illuminati,saya telah mengumpulkan maklumat dari beberapa bekas ahli Illuminati berkenaan satu ritual penting yang dinamakan The Feast of The Beast.Saya telah membuat rujukan mengenai ritual ini sekali-sekala dan ini telah menarik perhatian sesetengah pembaca saya.Saya telah diminta untuk menulis berkenaan ritual ini bertahun lamanya,dan selalu menemui galakan untuk menyelesaikannya.Sumber saya yang pelbagai memberikan testimoni mereka secara bebas setiap dari mereka dan ini membuatkan saya membuat kesimpulan bahawa ritual ini benar-benar wujud.Sejumlah tekanan datang dari segenap arah,dan saya merasa yang saya harus maju ke depan dan menyelesaikan artikel ini lebih dari meneka-neka yang saya mempunyai peluang di kemudian hari.
Di dalam definisi yang mudah,The Feast of The Beast adalah satu acara selama setahun yang diadakan di setiap 28 tahun sekali dan ianya dihadiri oleh pimpinan Illuminati dari seluruh dunia.Ia adalah acara di peringkat amat tinggi dan tidak diketahui oleh pada peringkat bawahan Illuminati.
Ritual adalah sesuatu yang amat penting bagi syaitan,dan kepada Illuminati.Di sana terdapat sejumlah alasan baginya.Satu,ia menyediakan satu kelonggaran bagi melaksanakan perkara-perkara yang mengerikan tanpa mempunyai rasa bersalah sekalipun.Seseorang dapat menerangkan perkara ini seperti,"Masanya sudah tiba untuk itu",atau "Itu adalah caranya ia dilakukan",atau "kita mesti mempertahankan tradisi ini".
Izinkan saya untuk memetik sedikit kata-kata dari buku-buku 'occult' yang beredar di pasaran.Buku-buku ini membantu menerangkan sesetengah maksud dalam The Feast of The Beast.Sudah pasti,seorang tukang sihir yang berpengalaman akan menemui kata-kata ini adalah terlampau asas dan remeh,tetapi saya menulis artikel ini kepada penganut Kristian atau sesiapa yang tidak mengetahui perkara ini.
Lewis Spense's An Encyclopedia of Occultism (pertama kali diterbitkan pada tahun 1920 dan diterbitkan semula pada tahun 1960) menerangkan pada mukasurat 263 di dalam artikelnya,Magical Number,
"Di dalam kelompok sihir,angka-angka memainkan peranan yang besar".Mengapa?
Majlis Ahli Sihir di kawasan Portland mengesyorkan buku The Witches Way sebagai satu kaedah kepada ahli sihir baru yang belajar ilmu sihir dari buku Book of Shadows.Oleh kerana buku itu dijual kepada awam,ia telah mengeluarkan ritual rahsia dari buku Book of Shadows.Pada mukasurat 151 di bawah tajuk "Mitos,Ritual dan Simbol",para pembaca diberitahu bahawa simbol mendorong kepada ketidaksedaran dan angka-angka digunakan sebagai simbol.Dalam kata lain,angka-angka adalah cara untuk menerapkan idea ke dalam minda bawah sedar.
The Feast of The Beast adalah merujuk kepada angka 28 (keterbalikkan angka 82,dan hasil darab 7 dengan 4).Satu daripada buku yang terbaik dalam mengungkapkan maksud dunia kesihiran adalah buku Aleister Crowley "Gematria" dan buku "Tables of Correspondences".Pada mukasurat 58 buku Tables of Correspondences di bawah tajuk Order of Qliphoth,kita akan mengetahui bahawa 28 adalah angka 'The Beast',bahawa 'Bahimiron' disebut 'Bestial'.Crowley juga mengajarkan bahawa angka 28 merujuk kepada unicorn,merak,merak dan pelangi,kaca buatan ('chalchedony' yang mana mencadangkan awan-awan),ramalan umum,sejumlah pewangi seperti Rhubarb dan Stammonia,dan Makhluk Berkepala Tiga (lembu jantan,manusia dan biri-biri jantan) sedang menunggang seekor naga.Dalam buku Gematria,berkenaan ilmu nemerologi angka mistik,kita diberitahu bahawa di dalam alam semesta yang statik angka 28 bererti KUASA (Netzach,juga disebut netsach),dan di dalam dunia sihir ia bermaksud "kuasaku,kejayaanku"
(Netsach digunakan di dalam Word of God pada 1 CHR 29:11 "Thine,O Lord (YHWH),is the greatness,and the power,and the glory,and the victory (nestsach),and the majesty..."Netsach bermaksud sebuah objek yang terang seperti bintang yang mana sesuatu menuju ke arahnya,ia adalah tujuan yang terang,yang mana telahpun dicapai)
Di sana tiada persoalan bahawa kaum Kabbalis memandang angka 28 sebagai angka yang berkuasa.Lebih jauh,apabila kita menyedari bahawa angka 28 juga hasil darab 7 (kesempurnaan) dan 4 (ditimbangkan sebagai penyempurnaan),kita akan melihat bahawa angka 28 di dalam sistem kalendar sihir adalah amat berkuasa.Illuminati telah mengadakan ritual mereka pada tahun 1982,yang mana angka 82 adalah keterbalikan angka 28.Menurut sumber berkaitan,acara ritual The Feast of The Beast telah diadakan pada tahun 1982,dan sebelumnya pada tahun 1953 atau 1954.Seterusnya ialah pada tahun 2009 atau 2010.
Anda diingatkan bahawa sesetengah perubahan penting dalam perancangan/operasi terjadi ketika jangkamasa 53-54.Pertemuan Bilderberg yang pertama adalah pada tahun 1954.Ini adalah masa di mana semua paksi-paksi kuasa besar dunia menandatangani usaha bersama.Ia adalah titik rahsia di mana ada usaha untuk menubuhkan SATU KUASA DUNIA.Priory of Sion,aliran rahsia di sebalik Knight of Templars,mula menyebarkan maklumat tentang diri mereka.Amerika Syarikat beranjak di dalam ketenteraan di mana senjata konvensional telah menuju kepada aplikasi nuklear.Amerika juga telah menganjurkan tenaga atom sedunia dengan program "Atom Untuk Keamanan".Sekumpulan ahli mistik gelap sebelumnya telah meramalkan dunia ini akan menuju ke arah tenaga nuklear bagi kedua-dua maksud keamanan dan peperangan.(Penghasilan tenaga yang lain adalah wang akan menjadi unit-unit tenaga)
Di dalam The Feast of The Beast,seorang gadis terpilih akan dihias cantik sebagai pengantin perempuan,di mana dia telah dilatih (rujuk mindcontrol) dan dipersembahkan kepada 'syaitan',dan dia semestinya masih dara.Ritual ini kebanyakannya diadakan di istana atau mahligai,dan ia biasanya dilangsungkan di Eropah sebagai acara utama.Acara yang lebih kurang juga diadakan di Amerika.Saksi mendakwa bahawa 'syaitan' telah menampakkan dirinya dan berinteraksi dengan kepimpinan Illuminati.'Syaitan' tersebut akan memberitahu mereka panduan terperinci apa yang dia mahukan sehingga acara The Feast of The Beast yang seterusnya.Dengan kata lain,dia menyediakan kepada pimpinan atasan Illuminati perancangan jangkapanjang mereka.Acara The Feast of The Beast yang sebenar berlangsung selama setahun.
Walau bagaimanapun,di sana terdapat juga acara kecil yang diadakan sebelum ekuinoks musim luruh kira-kira 5 ke 7 September,yang mana ia adalah acara Persandingan 'The Beast',yang juga disebut The Feast of The Beast.Ia adalah acara kecil yang mewakili acara besar tersebut.Mungkin ada orang yang boleh memanggilnya acara contoh atau acara tiru-tiruan.
Ia juga didakwa oleh seorang saksi bahawa acara ritual syaitan ini yang diadakan pada tahun 1982 adalah yang ketigabelas jika dikira dari tahu 1618,dan acara tahun 1618 adalah satu acara yang signifikan.
Illuminati mempunyai orang-orang tertentu yang berperanan sebagai kuasa spiritual.Sesetengah pembaca mungkin masih mengingati yang saya telah menjelaskan bahawa Keluarga Collins telah dibawa ke dalam hierarki kerana mereka amat berpengaruh dalam dunia sihir.Jika Rothchilds mempunyai kuasa kewangan,Keluarga Collins pula adalah ahli-ahli sihir yang amat berkuasa.Wanita adalah secara spiritualnya amat berkuasa dalam Illuminati,dan sesetengah wanita di dalam Illuminati adalah amat penting dalam membuat perancangan dan menjadikan sesuatu ritual berjaya.Saya menulis begini kerana ahli-ahli Illuminati di mana berperanan di dalam bahagian spiritual memberikan maklumat yang lebih baik dari bahagian-bahagian lain (seperti politik,saintifik atau kewangan) di dalam latarbelakang ritual The Feast of The Beast.Angka 28 dikatakan datang dari dunia sihir Babilon,kalendar lunar dan kitaran haid wanita.
Babilon Kuno membahagikan hari-hari mereka kepada 12 jam (setiap jam mereka adalah dua jam kita),dan setiap jam Babilon dibahagikan kepada 30 minit (jadi 1 minit mereka adalah 4 minit kita).Sebulan Lunar mengandungi 30 hari.Lihat bagaimana angka-angka 12 dan 30 ini berperanan,ia bukanlah mengejutkan bahawa mereka menggunakan sistem pernomboran asas 60 (rujuk artikel makna simbol Freemason/Illuminati).Ini bermakna anda mengira sampai 60 barulah anda dapat 10.Ini dipanggil sistem seksagesimal atau sistem angka asas 60.Saya telah katakan bahawa angka 28 memainkan peranan di dalam kalendar Babilon tetapi ia seakan tidak jelas bagi saya.Dengan kata lain,ia seperti angka 28 mempunyai konotasi sihir yang kembali ke Sihir Babilon.Keluarga Rothschilds yang berkuasa amat meminati sihir Babilon,jadi ia tidaklah mengejutkan bahawa kesaksian kepada kemunculan keluarga ini dalam pimpinan ketika acara The Feast of The Beast.
Apa maksud semua ini bagi kalangan orang biasa,orang yang beragama?Ia bermakna anjakan besar polisi adalah berlaku selepas 2010.Ketika Illuminati mempunyai sesetengah kuasa yang kuat,segala perancangan berjalan begitu lancar pada masa kini dan program besar-besaran dilancarkan.Tetapi walau apapun yang berlaku ia tidak akan mengganggu takdir Tuhan.Walaupun begitu,Illuminati telah pun begitu yakin di dalam pertemuan rahsia mereka di mana mereka membuat perancangan di dalam jangka masa 20,10 dan 5 tahun.Banyak perancangan mereka sejak The Feast of The Beast yang terakhir tidak sepenuhnya berjaya,tetapi mereka tetap yakin dengan kekuasaan mereka.
Ini dilihat sebagai salah satu acara rahsia yang penting Illuminati,sebuah acara yang berasaskan kepada dunia sihir Babilon dan Gematria Kabbalistik,di mana polisi penting dirancang,dan disertai oleh makhluk bernama syaitan (yang muncul sebagai seorang manusia/'shapeshifting reptile') dan kepimpinan Illuminati.
Last thing I remember, I was
Running for the door
I had to find the passage back
To the place I was before
'Relax,' said the night man,
'We are programmed to receive.
You can check-out any time you like,
But you can never leave!'
(Hotel California, Eagles)
TAMAT
"Dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat[78] di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya[79]. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui"
(AlBaqarah ayat 102)
No comments:
Post a Comment