Friday 12 April 2013

Peringatan Khas

Written by Mistis Organization: Monday, November 24, 2008


Uncle "Samiri" Sam

Jika anda seorang yang pesimis terhadap agama (khasnya Islam), atau seorang penganut sekular yang tegar, atau seorang materalistik berat yang ketagihan keseronokan dunia sila baca peringatan khas ini.Atau anda mungkin saja seorang yang Islam pada namanya sahaja,atau seorang yang bercita-cita untuk murtad...NANTI DULU!!Gunakan akal fikiran anda, kami ulangi gunakan mata dan fikiran anda sebaiknya.Fikir...fikir.Luangkan masa hanya beberapa minit atau anda akan menderita terseksa selama beribu-ribu tahun.

DI DALAM 'MATRIKS' YANG KITA HIDUP SEKARANG PILIHAN DIBUAT ATAS TANGGUNGJAWAB KITA.

Kami menghormati anda sebagai seorang yang matang dan dewasa.Gunakan fikiran waras anda.Suara hati anda.Fitrah anda sebagai manusia yang memiliki maruah tinggi dan nilai moral yang positif.

Tidak kira sama ada anda Muslim atau tidak,peringatan ini adalah ditujukan khas untuk anda.Sasaran Iblis Laknatullah (Azazel,The Fallen Angel,Watcher,Lucifer) dan Dajal Laknatullah (AntiChrist) tidak kira sama ada dia seorang Muslim atau tidak.

Di dalam Al-Quran, kitab suci agama Islam telah disebutkan tentang Iblis yang menyimpan dendam ke atas bangsa manusia.Ini adalah dendam dua makhluk Tuhan yang berbeza.Di dalam hadis nabi pula (percakapan lisan dari Nabi Muhammad S.A.W) ada menyebutkan tentang Dajal, iaitu seorang manusia berwatak syaitan yang bercita-cita menguasai dunia dan akhirnya menjadi Tuhan memerintah dunia ini.Banyak penafsiran tentang Dajal ini, tidak seperti Iblis yang memang diketahui akan sifat-sifatnya.Terdapat dua kategori utama,Dajal sebagai satu anasir kejahatan yang menyerang dunia dan yang kedua, berbentuk manusia yang merancang pelbagai strategi kejahatan.

Kedua-duanya adalah benar.Dajal adalah seorang manusia.Dan dia telah merancang pelbagai strategi untuk menguasai dunia.Hasilnya timbul satu anasir kejahatan berbentuk besar-besaran yang sistematik,tersusun dan mantap.Dajal telah hidup beribu-ribu tahun.Dia adalah termasuk makhluk yang dilengahkan ajalnya (al-Muntazhor) sebagaimana Iblis.Dengan usianya panjang,dia mampu mencapai teknologi yang berusia beratus tahun kehadapan.Di dalam hadis nabi,Dajal digambarkan sebagai manusia yang mempunyai mata satu, iaitu mata sebelahnya mengalami jangkitan penyakit ketika kecil.'Mata Satu' adalah simbol kebanggaan Dajal (AntiChrist) ini.

Anda tidak percaya?Mungkin anda bertanya "Who this asshole?" Dimanakah dia?Tunjukkan pada saya!Buktikan!.

Hehehe....hmmmm..

DIA ADA DISINI.DI BUMI YANG ANDA BERHIDUP SEKARANG.DIA SEDANG MERANCANG STRATEGI SETERUSNYA.TETAPI ANDA BERNASIB BAIK KERANA DIA SUKA MENINGGALKAN TANDA-TANDA KEWUJUDAN DIRINYA.DIA JUGA INGIN DIKENALI.DIA JUGA INGIN POPULAR.

Jika anda mempunyai wang satu dolar Amerika (1 US Dollar) sila lihat sisi belakangnya (yang tidak mempunyai wajah orang) terdapat dua mohor (seal) di situ.



Lihat disebelah kirinya.Di mohor itu terdapat gambar piramid dengan segitiga kecil di atasnya.LIHAT APA DI DALAM SEGITIGA ITU.




'MATA SATU DAJAL'

Mungkin ada yang mempunyai lebih pengetahuan mengatakan itu adalah lambang Dewa Mesir Osiris atau Horus, tetapi BUKANKAH DAJAL BERCITA-CITA UNTUK MENJADI TUHAN ATAU DEWA YANG MEMERINTAH BUMI?Dajal telah lama hidup di bumi Mesir sebelum peristiwa Exile lagi (penghijrahan bangsa Yahudi keluar dari Mesir) dan dia lebih banyak tahu rahsia Piramid Agung dari Egyptologist (pengkaji piramid dan sejarah Mesir Purba) itu sendiri.

Cuba fikir apa kaitan bangsa Amerika dengan Piramid Mesir?Mengapa piramid dijadikan mohor (seal) Amerika Syarikat?Mengapa tidak objek lain?Bison misalnya,atau orang Indian Cheeroke.Kalaupun piramid hendak dijadikan modal,mengapa tidak piramid kaum-kaum asli Amerika seperti Aztek dan Maya?Lokasi piramid itu lebih dekat di Amerika berbanding Piramid Agung.Apa kaitan budaya Amerika dengan Piramid Agung Mesir?.Mengapa menyanjungi Piramid Mesir padahal bangsa Mesir dan bangsa Amerika bukanlah seketurunan dari segi sosio-budaya mahupun bahasa.Lebih baik mereka meletakkan Stonehenge,istana-istana kuno Jerman ataupun lambang Viking sebagai cop mohor kerana ia lebih dekat dengan budaya Amerika yang berasal dari koloni-koloni Eropah yang berhijrah dari Eropah ke 'Dunia Baru' Amerika.

Fikir...fikir

Mengapa terjadi 'anomalies' seperti ini.

Cuba fikir jika anda dari Malaysia contohnya mengambil lambang Roda Asoka (yang menjadi simbol di bendera India) sebagai cop mohor di belakang wang satu ringgit anda,atau negara Indonesia mengambil Tembok Besar China sebagai lambang negaranya menggantikan garuda?Tidakkah ini sesuatu yang menarik untuk difikirkan?Memang hebat 'integrasi budaya' di Amerika sehingga menyanjung keajaiban Piramid Mesir lebih dari pencapaian sains dan teknologi mereka sendiri.

SIAPA YANG TERLAMPAU OBSES DENGAN PIRAMID AGUNG MESIR?

APA RAHSIA DI SEBALIK PIRAMID AGUNG MESIR?

APA KAITAN AMERIKA DENGAN PIRAMID?

Cuba kaji dan fikir.

Sudah beratus tahun Dajal Laknatullah hidup dikalangan Firaun dan bangsa Mesir kuno.Banyak rahsia yang diketahuinya tidak diketahui oleh manusia moden hari ini.Banyak kenangan yang dilalui olehnya ketika hidup di Mesir dahulu.Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain dan hidup bersama.

Renung lama-lama ke dalam 'mata' itu.Dengarkan suara "Aku berada dikalangan kamu"."Aku ada di sini".

"Aku akan muncul"."Aku adalah Tuhan kamu".

Dia ada di sini.Di bumi yang kita tinggal.Al-Quran adalah benar.Muhammad adalah benar.Islam adalah benar.

Sekali lagi, jika anda memikirkan untuk keluar dari kebenaran Islam,fikir tentang wang kertas 1 dolar US ini.


SELAMAT DATANG KE DUNIA PEMIKIRAN BARU.

-----------------------------------------------------


2 comments:

Anonymous said...
SALAM MO..

abg akak mo..nak taye skit, gambar lukisan uncle sam kat atas skali tu. name penuh die samiri ye?

bukan samiri pengikut nabi musa yang buat patung lembu dari emas tu ke?

atau itu lah muka dajal laknatullah yang menyamar uncle sam?

mekasihh..tolong lah jwb abg akak mo..
September 25, 2010 at 8:24 PM


M.O said...
Setakat ini kami mempercayai bahawa Samiri yang disebutkan di dalam AlQuran itu adalah watak Dajal.Ini adalah kerana:

1)Nabi Musa a.s tidak diperintahkan Allah untuk membunuhnya,padahal Samiri terang-terang menyebarkan kesesatan.Samiri hanya dilepaskan begitu saja.

2)Samiri mengetahui teknologi atau perkara yang tidak diketahui Bani Israel ketika itu (contoh pembuatan patung lembu yang boleh berkata-kata)

Tidak mengapa,kita sama-sama mengkaji dan berfikir.Apa pun untuk rujukan tambahan,saudara/i boleh merujuk kepada para ulama.
September 25, 2010 at 11:24 PM

No comments:

Post a Comment