Masa kini adalah "masa depan" yang selalu kita pernah perkatakan di suatu waktu dahulu......
Sunday, 7 April 2013
File No. 0031001: Albielek
Written by Mistis Organization: Friday, August 24, 2007
Riwayat Ringkas Albielek
Albielek adalah salah seorang individu yang terselamat dari bencana yang ditimbulkan oleh Eksperimen Philadelphia, di mana eksperimen ini telah dijalankan oleh kerajaan Amerika lewat 1940an bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara benda dengan tenaga di mana pengetahuan ini akan digunakan untuk menjadikan kapal perang USS Eldridge ghaib dari radar dan penglihatan. Selepas beberapa lama setelah eksperimen itu, dia perlahan-lahan mula mengingati sesuatu; seolah-olah ingatan-ingatan yang telah lama hilang muncul kembali.
Dia mula menyedari bahawa dia sebenarnya terlibat lebih jauh dalam eksperimen itu, di mana setelah beberapa lama mengkaji ingatan-ingatan yang tiba-tiba datang itu, Albielek memutuskan bahawa dia adalah penjelmaan dari seorang yang dikenali sebagai Ed Cameron; seorang jurutera elektronik yang terlibat secara langsung dalam Eksperimen Philadelphia. Ada pihak yang memindahkan 'semangatnya' ke dalam tubuh seorang bayi bertujuan untuk memadamkan segala penglibatannya dalam eksperimen kerajaan Amerika tersebut.
Albielek dilahirkan pada tahun 1927. Memorinya yang pertama sebagai yang bernama Albielek adalah ketika dia berumur 9 bulan ketika di parti Krismas sebuah keluarga. Satu keganjilan tentang memorinya bahawa ketika itu dia sepenuhnya memahami perbualan yang mengambil tempat berdekatan dengan sebuah piano.
Ketika bersekolah, dia digelar 'ensiklopedia bergerak'. Sebelum menamatkan sekolah tinggi, dia telah mengambil satu ujian elektronik dan hanya dia seorang yang lulus dalam ujian tersebut. Pihak tentera laut Amerika mahukan orang sepertinya ketika masa perang dan dia pun direkrut.
Albielek kemudiannya menamatkan pengajiannya dan bekerja di pelbagai tempat di bidang elektronik. Ketika bekerja dengan kontraktor untuk Tentera Amerika, orang yang bekerja dengannya mula mendedahkan penglibatan kerajaan Amerika dengan makhluk asing (extra terrestrial) dan program Psi Ops (Psychic Operations) iaitu program psikik dan kawalan ke atas minda.
Kemudiannya dia direkrut untuk Projek Montauk. Dia secara kasarnya dilihat dengan pekerjaan sehariannya di California, tetapi pada ketika tertentu telah pergi bekerja ke Long Island, Montauk dengan menggunakan jalan bawah tanah untuk mengelabui mata orang ramai.
Projek Montauk berkaitan dengan pengaturcaraan minda dan sambungan dari hasil Eksperimen Philadelphia di mana setelah terowong masa siap, dia telah dihantar ke satu pangkalan bawah tanah dan kembali semula ke apartmennya.
Dalam tahun 1970an, Albielek menjadi Pengarah Program untuk Psikik yang mana terlibat dalam program Montauk Chair. Apabila Montauk Boys adalah kunci kepada program di Montauk, Albielek sememangnya mempengaruhi program Montauk Boys. Tugasnya ialah menangani operasi program Kawalan Minda. Dia biasa berhubungan dengan dua lagi individu yang terselamat dari eksperimen-eksperimen sulit kerajaan Amerika, Duncan Cameron dan Preston Nichols. Steward Swerdlow adalah seorang pengaturcara Montauk Boys di bawah selian Albielek.
Sekitar tahun 1980an, ketika program kawalan masa beroperasi, Albielek telah menyertai beberapa eksperimen penjelajahan masa. Dia dan Duncan Cameron telah melakukan perjalanan ke Marikh dalam beberapa kesempatan. Dia sekarang mengingati bahawa beberapa perjalanan yang diambilnya terlibat dalam satu stesen kajian dalam tahun 100,000 Sebelum Masehi, planet-planet lain dipenuhi tenaga Terang dan Gelap, dan ke tahun 6037.
Pada Januari 1988, selepas menonton filem- 'The Philadelphia Experiment', memorinya mula kembali. Albielek percaya penglibatannya dengan Montauk berakhir dengan peristiwa yang ajaib ini. Selepas berjumpa dengan Duncan Cameron, Preston Nichols serta beberapa orang lain, banyak memorinya kembali datang. Yang anehnya, hanya selepas segala memorinya kembali, Dr. Von John Neumann (seorang saintis tersohor dalam kajian matematik dan komputer; mastermind projek-projek rahsia Amerika) mula cuba untuk mendekatinya-satu janji yang dibuatnya kepada Ed Cameron (identiti asal Albielek), sebaik sahaja ingatannya kembali pulih.
Albielek kemudiannya membuat keputusan untuk ke khalayak ramai dengan maklumat penglibatannya di Montauk dan Eksperimen Philadelphia dalam tahun 1989. Dia telah menjadi penceramah yang prolifik di temubual radio dan persidangan.
Dia percaya yang dirinya tidak akan disakiti atau disekat kerana pengalaman penjelajahan merentas masa yang pernah dilaluinya 'mengunci' dirinya di garis masa ini, dengan kata lain dia mengetahui masa depan dan seolah-olah tahu akan takdirnya sebegitu kononnya akibat dari pengalaman merentas masa. Pada suatu ketika, dia percaya bahawa di sini, pada hari ini, dia di antara ramai yang lain, berkhidmat untuk menyeimbangkan kesan yang mereka tinggalkan dari eksperimen merentas masa yang mereka jalani dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment