Sunday, 7 April 2013

Fail No. 00031003: Society of Jesus (Jesuit)


Written by Mistis Organization: Tuesday, August 28, 2007


Society of Jesus (Perhimpunan Jesus) atau dikenali sebagai Jesuit, adalah sebuah aliran keagamaan Kristian dari Gereja Roman Katolik sebagai pergerakan yang berkhidmat untuk gereja-gereja. Para pengikutnya itulah yang digelar Jesuit, dan mempunyai gelaran seperti 'Tentera Jesus' dan 'Tentera Berjalan Kaki Paus' kerana pengasasnya, Saint Ignatius of Loyola adalah seorang kesatria sebelum menjadi seorang paderi.

Society of Jesus ditahbiskan di bawah perlindungan Madonna Della Strada, gelaran dari Blessed Virgin Mary (Mariam si Dara yang Direstu), dan dipimpin oleh Superior General (Jeneral Agung), pada hari ini pemimpinnya ialah Peter Hans Kolvenbach.

Ibu pejabatnya terletak di Rom yang dipanggil General Curia. Sejarah Curia of The St. Ignatius sekarang adalah sebahagian dari Collegio del Gesu iaitu Church of the Gesu.


Sejarah ringkas Jesuit

Society of Jesus ditubuhkan pada 15 Agustus 1534 oleh Ignatius dan enam murid lainnya (Fransiskus Xaverius, Alfonso Salmeron, James Lainez, dan Nicholas Bobadilla, semuanya orang Sepanyol, Peter Faber dari Perancis dan Simon Rodrigues, orang Portugis) yang bertemu di Montmartre di luar Paris, kemungkinan berdekatan Chapel St. Denys, Rue Antoinette, di masa kini. Mereka mendirikan Society of Jesus untuk "berkhidmat dan menjalankan misi di Jerusalem, atau untuk pergi ke mana pun juga tanpa bertanya, mengikuti perintah Paus."

Pada tahun 1537, mereka pergi ke Itali untuk mendapatkan persetujuan Paus atas aliran mereka. Paus Paulus III memberikan mereka persetujuan dan mengizinkan mereka untuk ditahbiskan menjadi pastor dalam Gereja Katolik. Mereka menerima tahbisan di Venesia oleh Uskup Arbe (24 Jun). Mereka mengabdikan diri untuk menyebarkan agama Katolik dan kerja amal di Itali, kerana rencana perjalanan mereka ke Jerusalem terhalang oleh pecahnya kembali perang antara kaisar, Venesia, Paus, dan Kerajaan Uthmaniyyah.

Bersama Faber dan Lainez, Ignatius pergi ke Rom pada Oktober 1538, untuk mendapatkan persetujuan Paus atas penubuhan aliran baru tersebut. Sebuah dewan Kardinal memberikan laporan yang positif bagi usul penubuhan yang diajukan, dan Paus Paulus III mengukuhkan aliran ini menerusi bula kepausan bull Regimini militantis (27 September 1540), tetapi membatasi jumlah anggotanya 60 orang. Batasan ini dihapuskan melalui bula Injunctum nobis (14 Maret 1543). Ignatius dipilih menjadi pemimpin umumnya yang pertama. Dia menghantar para sahabatnya sebagai pendakwah ke seluruh Eropah untuk mendirikan sekolah, kolej dan biara.

Para pendakwah (missionaries) Jesuit mula bertebaran ke seluruh dunia. Antara yang terkenal-St. Francis Xavier, jesuit yang mengabdikan diri ke negara-negara sebelah Asia.



No comments:

Post a Comment