Written by Mistis Organization: Saturday, December 6, 2008
Sambungan dari artikel Projek Monarch.Di sesetengah tempat istilah 'kawalan minda' digantikan dengan 'mindcontrol'.
-M.O
Selepas Perang Dunia Kedua,Jabatan Pertahanan Amerika secara rahsianya mengimport ramai saintis dan perisik elit Nazi Jerman dan Fasis Itali ke dalam Amerika Syarikat melalui Amerika Selatan dan Vatikan.Nama kod bagi operasi ini adalah PROJEK PAPERCLIP (atau dikenali juga sebagai Operasi Paperclip).Salah seorang yang terkemuka ialah Jeneral Reinhard Gehlan,seorang Jerman.Dia ialah ketua intellijen Hitler ke atas Rusia.Menjelang ketibaannya di Washington pada tahun 1945,Gehlen telah bertemu dengan presiden Truman,Jeneral William "Wild Bill" Donovan,Pengarah Jabatan Perkhidmatan Strategik (OSS) dan Allen Dulles,iaitu yang kemudiannya menjadi pendukung CIA.Objektif sesi 'cambah-minda' mereka adalah untuk mengorganisasi operasi intellijen Amerika,memindahkannya kepada sebuah organisasi sulit efisien-tahap tinggi.Kemuncak penglibatan mereka menghasilkan Central Intelligence Group pada tahun 1946.Organisasi ini dinamakan semula dengan nama baru,Central Intelligence Agency (CIA) pada tahun 1947.
Reinhard Gehlan juga mempunyai pengaruh amat besar dalam membantu mencipta National security Council,dari apa yang diambil dari National Security Act pada tahun 1947.Serpihan perundangan tertentu diperalatkan untuk melindungi aktiviti haram pihak kerajaan yang amat banyak sekali,termasuk program sulit kawalan minda.
Evolusi Projek MK-ULTRA
Bersama-sama CIA dan National Security Council,satu siri program 'pembersihan-minda' secara sulit telah dikendalikan oleh Tentera Laut Amerika pada tahun 1947.Projek Chatter telah dibangunkan sebagai maklumbalas kepada kejayaan Soviet menerusi penggunaan 'dadah sebenar'.Rasionalnya,walau bagaimanapun adalah sebuah 'cover story' jika program tersebut didedahkan.Kajian tersebut difokuskan ke atas pengesanan dan pengujian dadah-dadah tertentu untuk kegunaan pemeriksaan dan merekrut ejen-ejen.Projek itu secara rasminya ditamatkan pada tahun 1953.
CIA berkeputusan untuk mengembangkan kepentingan mereka di dalam bidang pengubahsuaian tingkahlaku,dengan kehadiran Projek Bluebird,disahkan oleh pengarah Allen Dulles pada tahun 1950.Objektifnya adalah:
1. mencari rahsia setiap keadaan individu untuk mengelakkan pengeluaran maklumat yang tidak dibenarkan dari mereka bagi maksud-maksud yang diketahui.
2. menyiasat kemungkinan kawalan seseorang individu melalui aplikasi teknik penyiasatan yang khas.
3. menyiasat peningkatan memori.
4. menubuhkan maksud pertahanan untuk mengelakkan kawalan permusuhan oleh agensi perseorangan.
Pada Ogos 1951,Projek Bluebird telah dinamakan sebagai Projek Artichoke,yang mana telah dinilai sebagai kaedah 'menyerang' dalam teknik penyiasatan,termasuk hipnosis dan penggunaan dadah.Program itu terhenti pada tahun 1956.Tiga tahun awal dalam masa penamatan Projek Artichoke,Projek MK-ULTRA wujud pada April 1953,diusulkan oleh Richard Helms,Penolong Pengarah Central Intelligence (DDCI) dengan rasional menubuhkan 'mekanisme pembiayaan khas untuk sensitiviti '
Etimilogi bagi 'MK' mungkin bermaksud 'Mind Kontrolle'.Terjemahan nyata bagi perkataan Jerman 'Kontrolle' dalam bahasa Inggeris adalah 'control'.Sebuah penyeliaan dari doktor-doktor Jerman,diperoleh dari 'lubuk orang-orang pintar Nazi' ketika perang,telah menjadi aset yang berharga menuju ke arah pembangunan MKULTRA.Hubungan antara eksperimen kem konsentrasi dan sejumlah subprojek dari MKULTRA adalah jelas sekali.Pelbagai cabang pengetahuan dalam bidang sains digunakan untuk mengawal tingkahlaku manusia di bawah MKULTRA termasuk:
-radiasi
-kejutan elektrik
-psikologi
-psikiatri
-sosiologi
-antropologi
-grafologi
-bahan-bahan yang memberikan kesan sakit
-peralatan separa tentera
-material 'LSD'
Satu prosedur yang khas,direkabentuk MKDELTA,telah disahkan untuk memimpin kepada aplikasi MKULTRA secara meluas.Material MKULTRA/DELTA telah digunakan untuk gangguan,penodaan atau menghilangkan keupayaan.
Di sana ada 149 subprojek tersenarai di bawah MKULTRA.Projek Monarch tidaklah dinilai sebagai mana-mana dokumentasi sebagai salah satu subprojek yang berhubungan,tetapi digunakan lebih dari itu,sebagai penerangan kepada 'catch phrase' oleh orang-orang yang terselamat,ahli terapi dan 'orang-orang dalam' yang berkemungkinan.Monarch mungkin secara faktanya mencapai kemuncak dari subprojek MKSEARCH seperti SPELLBINDER,yang mana telah disetkan untuk mencipta pembunuh upahan 'sleeper' (rujuk Manchurian Candidate) yang mana diaktifkan setelah menerima satu perkataan khas (keyword) atau frasa tertentu ketika dalam keadaan terhipnosis.Operasi OFTEN,sebuah kajian yang mana cuba untuk memanfaatkan kuasa sihir,berkemungkinan satu daripada 'cover program' untuk menutup realiti Projek Monarch.
Definisi dan Penerangan
Nama 'MONARCH' bukanlah bermaksud berkaitan dengan konteks kebangsawanan atau maksud diraja,tetapi jelas merujuk kepada rama-rama jenis monarch.Apabila seseorang menjadi trauma akibat dikenakan kejutan elektrik,perasaan seperti terasa 'bercahaya di kepala' telah dialami;seolah-olah terawang-rawang atau berkibaran seperti rama-rama.Ia juga membawa maksud mewakili transformasi atau metamorfosis rama-rama;dari beluncas kepada kepompong (tidur,tidak aktif) kepada rama-rama (makhluk baru) yang mana kembali kepada asal-usulnya.Ini adalah proses pemindahan yang membuatkan spesis ini unik.
Simbolisme ajaran mistik mungkin telah memberikan pandangan tambahan kepada makna sebenar 'JIWA' adalah perkataan untuk kedua-dua 'roh/semangat' dan 'rama-rama' datang dari kepercayaan yang semangat manusia datang dari rama-rama ketika mencari kehidupan yang baru.
Sesetengah kumpulan mistik kuno,seperti Gnostic,telah melihat rama-rama adalah simbol kepada sesuatu yang jahat atau sesuatu yang rosak.'Angel of Death' (ingat Mengele?) dalam seni Gnostic telah digambarkan menghancurkan rama-rama.Satu boneka adalah patung yang dipasangkan tali temali dan ia dikawal oleh pemain boneka,sebab itulah pengaturcaraan MONARH juga dirujuk sebagai 'Sindrom Boneka'.'Imperial Conditioning'adalah salah satu istilah lain yang digunakan,ketika sesetengah ahli terapi mental mengetahui ia sebagai 'Conditioned Stimulus Response Sequences'.
Projek Monarch tepat dijelaskan sebagai satu bentuk pemisahan terstruktur atau integrasi tersihir,dalam matlamat untuk memecah-mecahkan minda kepada personaliti pelbagai di dalam satu kerangka kerja yang sistematik.Dalam proses ini,satu ritual syaitan,biasanya termasuk mistik Kabbalah, diadakan dengan tujuan menempatkan rasukan tertentu atau kumpulan rasukan kepada alter yang sesuai.Sudah pasti,yang paling meragukan akan melihat ini sebagai meningkatkan trauma di dalam mangsa untuk meniadakan sebarang kepercayaan yang belum diketahui;bahawa rasukan syaitan sebenarnya berlaku.
'Alter dan Trigger'
Cara lain memeriksa kaedah pemangsaan ke atas tubuh dan jiwa yang rumit ini adalah melihat ia sebagai sebuah program komputer yang kompleks: satu fail (alter) adalah dicipta menerusi trauma,pengulangan dan pengukuhan.Dalam usaha untuk mengaktifkan (trigger) fail tersebut,satu kod akses yang spesifik atau kata laluan (isyarat atau arahan) adalah diperlukan.Mangsa/survivor dipanggil 'hamba' (slave) oleh pengaturcara/penyelia,iaitu orang yang membahasa dirinya 'tuan' (master) atau 'tuhan'.Kira-kira 75% daripada mangsa adalah perempuan,apabila mereka memiliki toleransi yang tinggi kepada rasa sakit dan cenderung untuk meleraikan rasa sakit itu lebih mudah berbanding lelaki.Subjek telah digunakan terutamanya dalam operasi sulit,pelacuran dan pornografi;penglibatan dalam industri hiburan khususnya.
Seorang bekas pegawai tentera yang ada kaitan dengan DIA ini,memberitahu:
"Di dalam gambaran yang besar,orang-orang ini (mangsa MONARCH) wujud di dalam semua bentuk perjalanan kehidupan,dari orang gelandangan di tepi-tepi jalan hingga kepada eksekutif yang berpakaian kemas"
Menurut sumber-sumber yang dipercayai,seorang ejen CIA secara samar-samar telah membincangkan penggunaan peribadi tertentu sebagai 'tumbuhan' atau 'sesumpah' bagi kegunaan penyusupan satu kumpulan yang dilantik,mengumpulkan maklumat dan/atau menyuntik agenda tersembunyi.
Di sana ada alter dalam jumlah yang banyak sekali di dalam diri mangsa/survivor dengan sejumlah program susulan,'cermin' dan 'bayang-bayang'.Satu bahagian KEBAIKAN dan KEJAHATAN dalam alter telah dijalin dalam minda dan diputarkan.Satu daripada struktur utama,(yang mana ada banyak lagi) di dalam sistem adalah berbentuk seperti 'double-helix',mengandungi tujuh tahap.Setiap sistem mempunyai pengaturcara dalaman yang mana mengawasi 'penjaga pintu' (syaitan?) iaitu yang membenarkan atau tidak membenarkan kemasukan ke bilik yang berbeza.
Sesetengah imej dalaman yang menonjol telah dilihat oleh mangsa/survivor:
-pokok
-lambang Kabbalah 'Tree of Life',dengan sistem akar yang bersambungan
-gelungan yang tidak terkira banyaknya
-huruf-huruf dan simbol-simbol kuno
-sarang labah-labah
-cermin atau kaca yang retak
-topeng
-istana
-rumah sesat
-hantu/raksasa/makhluk asing
-kerang
-rama-rama
-ular
-reben
-bow
-bunga
-jam pasir
-jam
-robot
-diagram rantaian-arahan
-skematik papan litar komputer
Keturunan dan Kembar
Kebanyakan mangsa/survivor datang dari keluarga yang mengamalkan Satanisme turun temurun dan secara berpura-pura diprogramkan 'untuk mengisi takdir kehidupan mereka sebagaimana yang telah dipilih atau generasi yang dipilih' (terma yang diambil dari Mengele di Auswich).Sesetengah dimasukkan ke dalam keluarga seperti itu atau asal-usul yang sama.Yang lainnya digunakan dalam mimpi-ngeri secara neurologi adalah dianggap sebagai dia 'seorang yang dapat dikembangkan'(bukan dari keturunan tersebut),biasanya datang dari rumah anak yatim (ingat Marilyn Monroe?),rumah penjagaan kanak-kanak atau keluarga yang mengamalkan sumbang mahram (incest) dengan sejarah pedofilia yang panjang.Di sana wujud juga bentuk keluarga ahli yang mempunyai kaitan dengan kerajaan atau agensi intellijen ketenteraan.
Ramai mangsa pencabulan datang dari keluarga yang menggunakan Catholism,Mormonism atau ciri-ciri Kristian yang berkarisma sebagai 'barisan hadapan' untuk aktiviti-aktiviti jahat mereka (walaupun ahli-ahli dalam perkumpulan agama yang lain ada yang terlibat).Mangsa/survivor secara amnya bertindakbalas lebih bersedia kepada struktur hierarki ciri-ciri agama yang kaku (dogma dan hukum-hakam) kerana ia berselari dengan program asas mereka.Kewibawaan biasanya tidak dapat dicabar,sebagaimana keinginan mereka telah pun direbut menerusi penyelarasan berorientasikan-arahan dan secara subjektif.
Ciri-ciri pengesanan fizikal ke atas mangsa selalunya termasuk parut-parut kesan dari prod elektrik atau bintik-bintik di atas kulit mereka.Sebahagian kecil dari mereka mempunyai bahagian-bahagian dari tubuh mereka yang kecacatan (kesan jangka panjang) berpunca dari penggunaan pisau,besi panas atau jarum.Simbol rama-rama atau tatu okultisme juga adalah dikesan dan ia merupakan perkara biasa.Pada amnya,orang yang mempunyai keturunan mindcontrol Satanisme kurang mempunyai tanda-tanda,sebagaimana kulit mereka dibiarkan 'asli dan tidak dicemari'.
Fungsi yang utama kepada manipulasi canggih ini ke atas individu-individu tersebut mungkin berbunyi agak tidak realistik,bergantung kepada pemahaman kita kepada alam fizikal dan spiritual.Alter yang paling 'dalam' dan paling 'gelap' di dalam keturunan Satanisme adalah diakui masih 'tidur' sehinggalah 'Antichrist' (Dajal) muncul.Alter 'New World Order' ini dikatakan mengandungi arahan panggil-kembali dan arahan-arahan untuk melatih dan/atau merekrut sejumlah besar kemasukan orang ramai (mungkin klon atau 'yang tidak bersemangat'),dengan cara demikian merangsang program kawalan sosial menjelang alaf baru.
Kaedah 'twinning' yang tidak secara biologi adalah ciri aneh yang lain diperhatikan di dalam PENGATURCARAAN MONARCH.Umpamanya,dua orang kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan darah akan disambut dalam satu upacara sihir 'pengikatan roh' jadi mereka mungkin menjadi 'pasangan yang tidak dapat dipisahkan selamanya' (kemungkinan ada kaitan lain dengan Mengele?).Mereka secara asasnya berkongsi setengah maklumat terprogram,membuatkan mereka saling bergantung di antara satu sama lain.Fenomena paranormal seperti 'wahyu' (atau suara-suara misteri),telepati,ESP dan sebagainya muncul lebih dari yang disebutkan oleh orang yang mengalami proses ini.
Tahap-tahap Pengaturcaraan Monarch
ALPHA. Disebut sebagai program am atau biasa di dalam personaliti kawalan asas;dicirikan secara ekstrem,dinyatakan sebagai penyimpanan memori,bersama-sama peningkatan kekuatan fizikal yang diperkuatkan dan ketajaman penglihatan.Pengaturcaraan Alpha selesai menerusi membahagikan personaliti mangsa dengan sengaja yang mana,asasnya,menyebabkan satu pembahagian kanan-otak dan kiri-otak,membenarkan penyatuan program Kanan dan Kiri (L and R) menerusi rangsangan neuron.
BETA. Dirujuk sebagai pengaturcaraan 'secara seks'.Pengaturcaraan ini akan menghapuskan apa jua hukum-hakam moral dan ketinggian akhlak dan ia merangsang ke arah perlakuan seksual yang primitif,tiada apa-apa halangan atau sempadan.Alter 'Kucing' datang pada tahap ini.
DELTA. Ini digelar pengaturcaraan 'pembunuh',pada asalnya dibangunkan untuk melatih ejen khas atau tentera elit (contohnya Delta Force,First Earth Battalion,Mossad) dalam operasi-operasi sulit.Pengeluaran adrenalin yang optimal dan kawalan tindakan agresif adalah jelas sekali berlaku pada tahap ini.Subjek akan tidak merasa takut sama sekali;sangat sistematik dalam menbawa tugasan mereka.Pemusnahan-diri-sendiri atau arahan bunuh diri adalah berlaku pada tahap ini.
THETA. Dipertimbangkan sebagai pengaturcaraan 'psikik'.Keturunan Satanisme (yang datang dari keluarga Satanisme turun temurun khasnya Illuminati) telah diputuskan mempamerkan kecenderungan yang besar untuk mempunyai kemampuan telepati daripada bukan berasal dari keturunan tersebut.Berdasarkan kesaksian yang terhad,walaupun demikian,pelbagai bentuk sistem mindcontrol elektronik telah dibangunkan dan diperkenalkan,pada nama seperti peralatan telemetri manusia bio-perubatan (implan otak),laser tenaga-terarah menggunakan gelombang mikro dan/atau elektromagnetik.Ia dilaporkan digunakan dalam hubungan dengan komputer keupayaan tinggi dan sistem pengesanan satelit yang canggih.
OMEGA. Satu bentuk pengaturcaraan 'pemusnahan-diri-sendiri',juga dikenali sebagai 'Code Green'.Tingkahlaku yang berkaitan termasuklah kecenderungan untuk membunuh diri dan/atau mencacatkan diri sendiri.Program ini pada amnya diaktifkan ketika mangsa/survivor mula menjalani terapi atau terlampau banyak ingatan mereka terpulih sendiri.
GAMMA. Bentuk lain dari perlindungan sistem menerusi pengaturcaraan 'pembohongan',yang mana mendatangkan kesalahan maklumat atau penipuan.Tahap ini terjalin dengan maksud kejahatan dan cenderung terjana sendiri pada lain masa jika tidak diaktifkan secara tidak tepat.
Kaedah dan Komponen-komponen
Proses awal bermula dengan mencipta peleraian minda (dissociation) di dalam diri subjek biasanya dilaksanakan dari masa lahir (bayi) hinggalah ke umur 6 tahun.Ini dicapai menerusi penggunaan kejutan elektrik (ECT) dan ia berulang kali dilakukan semasa bayi itu masih lagi di dalam rahim ibunya.Merujuk kepada trauma yang teruk yang dikenakan menerusi kejutan elektrik,pencabulan seksual dan kaedah lain,minda akan berpecah kepada personaliti tambahan dari yang asal.Dahulunya dikenali sebagai Multiple Personality Diorder (Kecelaruan Personaliti Pelbagai),selepas itu ia dikenali sebagai Dissociative Identity Disorder (Kecelaruan Identiti Terlerai) dan ia adalah asas kepada PENGATURCARAAN MONARCH.Keadaan yang lebih jauh kepada peningkatan minda mangsa menerusi hipnotis,kekerasan,putaran rasa nikmat-sakit,makanan,air,tidur dan penghapusan deria,bersama-sama penggunaan pelbagai jenis dadah yang mana mengubah fungsi otak tertentu.
Tahap seterusnya adalah untuk menanam dan memampatkan arahan terperinci atau mesej di dalam alter tertentu.Ini dicapai menerusi penggunaan headset berteknologi tinggi,bersamaan penggunaan penjana berkomputer yang mana menghantar gelombang bunyi atau harmonik yang tidak dapat didengar yang mana memberi kesan kepada RNA meliputi laluan neuron ke minda sedar dan bawah sedar.Peralatan optikal 'Realiti Maya' kadangkala digunakan serentak dengan penjana harmonik memancarkan denyut-denyut cahaya berwarna,visual skrin-terpecah dan subliminal.Kejutan elektrik voltan tinggi kemudiannya digunakan untuk memutuskan memori.
Pengaturcaraan dikemaskini secara berkala dan ditempatkan semula menerusi visual,pendengaran dan medium penulisan.Sesetengah tema pengaturcaraan awal termasuklah Wizard of Oz dan Alice and Wonderland,kedua-duanya penuh dengan simbol-simbol okultisme.
Banyak daripada filem-filem Disney dan kartun mereka telah digunakan dalam sikap dua-lipatan:
-menimbulkan kepekaan kepada majoriti populasi,menggunakan subliminal dan pengaturcaraan neuro-linguistik (NLP)
-dengan sengaja membangunkan 'trigger' yang spesifik dan kata kunci untuk asas pengaturcaraan kesan tahap tinggi KANAK-KANAK MONARCH.
Contoh utama bagaimana pengaturcaraan subliminal bekerja ialah dengan melihat sensasi perfileman Disney dalam Pochahontas menarik perasaan ingin tahu sebagaimana filem animasi '33 darjat'(darjat tertinggi Freemasonry Scottish Rite) mereka.Di dalam filem itu,Nenek Willow ialah pokok mistik yang berumur 400 tahun yang mana menasihati Pochahontas yang tidak beribu untuk mendengar luahan hatinya dan membantu dia sedar semua jawapan di dalamnya.Nenek Willow secara berterusan bercakap dalam 'percakapan-berlapis'(ingat multilayer?) dan menggunakan 'pemutaran' (contohnya "Kadangkala jalan kebaikan bukan yang termudah") wujud kata-kata esoterik:seolah-olah jalan kejahatan itu adalah yang termudah.
Di dalam sistem MPD Terstruktur Illuminati,pokok willow mewakili kuasa ajaran sesat Druidisme.Imej sebenar cabang-cabang sistem pokok,daun dan akar adalah sangat signifikan,sebagaimana sesetengah ilmu hitam terikat dengan baiknya dengan Pengaturcaraan Pokok Willow:
1. Dahannya digunakan untuk menyebat mangsa dalam ritual untuk fungsi 'pembersihan'
2. Sebuah pokok willow boleh memikul gangguan cuaca yang teruk (ribut contohnya) dan ia diketahui sifatnya yang fleksibel dan lembut.Mangsa/survivor kepada pengaturcaraan menerangkan dahan-dahan willow dibalut ke sekeliling mereka,dengan tiada harapan untuk keluar.
3. Sistem akar yang mendalam kepada pokok willow membuatkan mangsa/survivor merasa sebagaimana jika mereka jatuh terlalu dalam ke dalam jurang ketika ketidaksedaran hipnosis.
Muzik memainkan peranan penting sebagai instrument utama dalam pengaturcaraan,menerusi kombinasi ton yang pelbagai,irama dan lirik.Sejumlah novel-novel Freighmeister Stephen King dan filem-filem berikutnya,adalah diertikan melalui sumber-sumber yang dipercayai telah digunakan untuk tujuan-tujuan yang jelik.Satu daripada bukunya yang terbaru,Imsomnia memaparkan gambar beliau dengan frasa trigger "WE NEVER SLEEP" (KITA TIDAK PERNAH TIDUR)-menunjukkan seseorang dengan MPD/DID,di bawah 'Mata Yang Melihat Segalanya' (ingat Illuminati?)
Satu senarai yang digunakan untuk menempatkan pengaturcaraan asas:
-Pinnochio
-Sleeping Beauty
-Snow White
-Beauty and The Beast
-Aladdin
-The Little Mermaid
-The Lion King
-E.T
-Star Wars
-Ghost Busters
-Trancers II
-Batman
-Bewitched
-Fantasy Island
-Reboot
-Tiny Toons
-Duck Tails
-The Dead Sea Scrolls
-The Tall Book of Make Believe
Sesetengah filem menggambarkan sesetengah aspek PENGATURCARAAN MONARCH adalah Hell Riser 3,Raising Cain,Labyrinth,Telefon,Johnny Mneumonic,Point of No Return,The Lawnmower Man dan Closet Land.
bersambung...
akan datang:Kisah kekejaman pengaturcara mindcontrol ke atas subjek ujikaji
No comments:
Post a Comment