Written by Mistis Organization: Friday, June 26, 2009
Matrix08
Apakah sebenarnya dunia yang kita tinggal ini?Adakah ada makhluk lain di planet lain?Adakah terdapat makhluk yang dapat berfikir di galaksi lain?Mengapa kita tidak dapat melihat Jin dan Syaitan?
Ini adalah Matrix08 di bawah tajuk "Ruang-ruang Tersembunyi"
Penjelasan di bawah mengandungi satu rahsia besar.Jika anda keliru dengannya anda dinasihatkan kembali kepada pemahaman paling asas dalam Islam.Jika tidak,anda mungkin akan menambah saf jemaah ajaran sesat yang lain.
Ruang-ruang Tersembunyi
Pada perbincangan yang lepas kita telah didedahkan dengan model Fizik String.Para saintis setakat ini mengatakan bahan asas yang membentuk alam semesta ini adalah berbentuk string (tali temali) yang bergetar setiap saat.Variasi getaran string inilah yang membentuk entiti-entiti berbeza.Contohnya,perbezaan frekuensi foton (partikel cahaya) menghasilkan warna-warna yang berbeza.Ini dinamakan frekuensi spektrum.Misalnya untuk menghasilkan warna merah,partikel haruslah bergetar sebanyak 400–484 THz pada panjang gelombang 620–750 nm.Untuk warna ungu pula,frekuensinya ialah 668–789 THz pada panjang gelombang 380–450 nm.Ini bermaksud partikel cahaya terpaksa bergetar lebih laju untuk menghasilkan warna ungu berbanding warna merah.
RAHSIANYA IALAH GETARAN.Perbezaan getaran menghasilkan 'benda' yang berbeza.Kita dapat merasa atau menyentuh objek-objek fizikal disebabkan getaran yang dihasilkan 'serasi' dengan julat getaran yang dibenarkan oleh deria kita.Maksudnya 'sensor' sentuhan kita diset untuk mengesan objek pada frekuensi tertentu.Objek diluar frekuensi ini tidak dapat dirasa oleh tangan kita.Dari objek sekeras batu hinggalah sehalus angin sepoi-sepoi bahasa,deria kita berfungsi sebagai 'sensor' yang kemudiannya akan menghantar maklumat frekuensi tadi kepada otak untuk ditafsirkan.JIka terdapat objek di luar julat frekuensi (getaran) maka deria tidak dapat mengesan kewujudannya sekaligus maklumat tidak dapat dihantar ke otak.Keras atau lembut hanya otak yang dapat menafsir.
Begitu juga cahaya,terdapat 'cahaya' yang tidak dapat dilihat oleh kita.'Cahaya' ini tidak dapat dikesan oleh mata kita disebabkan julat frekuensinya di luar kemampuan deria mata untuk mengesannya.Begitu juga deria bau.Tahukah anda,setiap emosi yang kita pancarkan dari dalam diri kita ini akan mengeluarkan sejenis bau?Tetapi hidung kita tidak dapat mengesannya.Contoh yang paling popular ialah anjing.Haiwan ini dapat mengesan bau yang dihasilkan oleh orang yang di dalam ketakutan.DAN INI MENERANGKAN MENGAPA ORANG YANG 'LEMAH SEMANGAT' KERAP DIGANGGU PARANORMAL.Istilah 'lemah semangat' ini sebenarnya ialah keadaan di mana mereka telah mengeluarkan bau yang tertentu sehingga 'menarik' perhatian entiti-entiti untuk mengerumuninya.
Boleh juga emosi mereka telah menghasilkan getaran-getaran tertentu sehingga dapat membuka portal yang mewujudkan entiti-entiti ini.Jika entiti-entiti ini dapat menghasilkan getaran yang sama dengan spektrum cahaya yang dapat dikesan oleh mata kita,maka kita akan dapat melihat entiti paranormal ini.Begitu kejadian histeria.Kejadian histeria kerap berlaku ke atas wanita kerana mereka secara umum tidak dapat mengawal emosi.Aura ketakutan (atau lebih tepat keseraman) yang tidak dapat dikawal akan menarik entiti paranormal untuk memasuki tubuh wanita terbabit. SEBENARNYA DI SEKELILING KITA TERDAPAT LAPISAN AURA TERTENTU.Aura orang yang berzikir mengingati Allah s.w.t sudah tentu berbeza dengan aura orang yang sedang menonggang botol arak berjenama Anchor misalnya.Entiti-entiti ini juga harus menimbangkan kehadiran aura di sekeliling tubuh manusia untuk menembusinya.Wanita yang tidak dapat mengawal emosi seram mereka akan menghasilkan 'lompang' yang dapat dimasuki oleh entiti ini.'Lompang' ini terhasil apabila getaran aura di sekeliling mereka telah menjadi lemah dan ini menghasilkan frekuensi yang tepat dengan deria entiti ini;maksudnya entiti paranormal ini merasakan tembok tebal tadi telah menjadi lembut umpama span dan mereka dapat merobek masuk untuk menghuni di dalam tubuh wanita terbabit.Sebab itu para wanita perlu belajar untuk menghindarkan diri mereka dari berada di dalam keadaan lemah atau 'kurang daya tahan melawan penyakit'.Mereka perlu imunisasi yang cukup sebagaimana umumnya dimiliki oleh lelaki.
Rahsia Getaran
"It's unbelievable. Trin... Light everywhere, like the whole thing was built with light. I wish you could see what I see"
(Neo -Matrix Revolution)
Berbalik kepada perbincangan kita,setakat ini kita tahu bahawa GETARAN ADALAH RAHSIA PERBEZAAN BENTUK DAN SIFAT SEGALA BENDA-BENDA.Lain getaran maka lainlah objek dan sifatnya.Sedikit sahaja berubah kadar panjang gelombang sesuatu getaran,maka objek itu akan berubah menjadi objek lain.MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTA BENDA-BENDA.Anda sudah nampak RAHSIA BESAR di sini?
OBJEK-OBJEK TERCIPTA HANYA DENGAN MENGUBAH FREKUENSINYA.
Atau dengan lebih tepat objek-objek ini wujud hasil dari perubahan getaran string.KOnsep ini sebenarnya adalah konsep paling universal di alam semesta ini. ASAS AKAN MEMBENTUK YANG KOMPLEKS.Tuhan menjadikan benda paling asas,dan dengan benda ini,Dia mencipta atau ,mengembangkannya ke benda-benda lain yang lebih kompleks.Apakah konsep yang sama digunakan manusia yang dapat dikaitkan dengan konsep paling universal ini?
Ia adalah KOMPUTER.Dari benda paling asas iaitu dua angka 0 dan 1 atau dua keadaan ON dan OFF,manusia boleh membuat KOMPUTER yang canggih secanggih kalkulator CASIO lama kepunyaan apek kedai sehinggalah Superkomputer Cray atau IBM BlueGene.Dari program BASIC untuk menulis nama anda sehinggalah pembinaan permainan komputer War Craft,asalnya hanyalah DUA KEADAAN iaitu ON dan OFF.Asas membentuk kompleks.Jika anda faham sejauh ini,maka rahsia dari KITAB TAMAN RAHSIA dan RAHSIA ORANG-ORANG SALIK telah terbuka untuk anda.
TETAPI INGAT!SESAT MENAFSIRKAN ILMU TASAWWUF MENGAKIBATKAN KESAN YANG DASYAT DAN NGERI!
JIka gagal menafsirkan maksud sufi,anda akan menjadi sesetengah pengikut-pengikut Hallaj atau pun Ibnu Arabi (dua nama ini adalah tokoh yang berkaitan dengan aliran sufi tertentu) yang sesat menyalahtafsirkan ajaran-ajaran mereka.Sampai satu tahap,mereka berkata solat,puasa,zakat dalan lain-lain adalah bidaah dan syirik.Arak dan zina adalah halal kerana pada pendapat mereka 'orang yang telah sampai kepada Tuhannya' adalah bebas daripada peraturan.INI ADALAH PEMBOHONGAN SEMATA-MATA.Padahal apa yang dimaksudkan oleh tokoh-tokoh Sufi ini amat berlainan dari apa yang mereka dakwa (sebenarnya mereka ingin benar memuaskan nafsu serakah sendiri dengan menjual nama aliran Sufi).Lihat Kekasih Allah,Muhammad s.a.w.Adakah makam mereka lebih tinggi dari makam para Rasul dan Nabi-nabi?Nabi Muhammad s.a.w melakukan solat,puasa,zakat,haji dan keluar berperang mempertahankan agama.Nabi tidak berzina atau minum arak.Nabi tetap bekerja mencari rezeki seperti manusia biasa lain walaupun baginda KEKASIH TUHAN!!SEbenarnya mereka tidak sampai ke mana,taraf makam wali pun tidak sampai malah mereka telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan.Mereka telah mencapai taraf wali syaitan dan nafsu sendiri.Apa sebenarnya di sebalik semua ini?
SEBENARNYA SELAGI KITA DI DALAM MATRIX DUNIA,KITA HENDAKLAH MENGIKUT PERATURANNYA YANG DITETAPKAN OLEH TUHAN.
Tiada kompromi.Walaupun anda ahli sufi bertahap Wali Allah peringkat RIJALUL GHAIB,dan dikelilingi wali-wali Kutub dan Abdal,anda masih berada di dalam Matrix ini,maka anda kena ikut peraturannya.Kena solat,puasa berzakat seperti manusia biasa.INGAT PENJELASAN INI.Jangan keliru dengan permainan syaitan.
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DARI STATISTIK PENGIKUT AJARAN SESAT DI MALAYSIA.
JIka anda menyertai mana-mana Tarikat Sufi,ikut petunjuk ini: PERHATIKAN ADAKAH JALAN MEREKA SESUAI DENGAN AKHLAK RASULULLAH?Jika tidak,segera tinggalkan.Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (uswatunhasanah) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah"
(Al-Ahzab ayat 21)
Rasullullah s.a.w adalah model yang terbaik.Paling terbaik dari segala macam bentuk aliran Tarikat yang ada apatah lagi jika hendak membincangkan perihal ajaran sesat.Ini adalah caranya untuk menapis segala ajaran sesat yang teramat bodoh lagi membodohkan umat Islam.
Berbalik kepada rahsia tadi,kami akan membukanya perlahan-lahan.Allah s.w.t menjadikan alam ini dari satu bahan asas.Bahan inilah yang menjadi pencarian para saintis zaman berzaman.Dari bahan asas ini,Allah s.w.t telah mengembangkannya ke pelbagai ciptaan;pelbagai makhluk.Syaitan misalnya diperbuat dari api
"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas"
(AlHijr ayat 27)
dan unsur api ini dihasilkan dari getaran string tertentu.Malaikat dari unsur cahaya dan ini juga ada kadar getarannya untuk menghasilkan malaikat tadi.Manusia diperbuat dari unsur tanah (mewakili alam fizikal yang dapat dirasa oleh deria sebagai 'sensor') maka string perlu diset pada kadar frekuensi tertentu untuk mewujudkan alam manusia.
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah ra :
"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]
Dari mana Allah s.w.t mendapatkan bahan asas ini?Adakah terdapat jisim lain?
RAHSIA TERBESAR Dari Maksud KEESAAN ALLAH
"Akulah harta tersembunyi dan Aku ingin dikenal sehingga Aku menciptakan; dan dengannya mereka (makhluk ciptaan) akan mengenalKu."
(Hadis Qudsi)
Jika anda dapat memahami betapa Esa nya Allah s.w.t,anda akan dapat memahami rahsia ini.Pemahaman keEsaan Allah s.w.t dapat dilihat dari pelbagai peringkat pemahaman mengikut kadar pemahaman manusia.Peringkat biasa ialah manusia beriman tahu bahawa Tuhan itu Satu.Allah itu Tuhan yang Satu.TIADA TUHAN SELAINNYA.Ini benar dan tidak dinafikan.Terdapat beberapa peringkat sehingga peringkat paling Tinggi.Peringkat Tinggi inilah yang menyebutkan Bahawa:
Tiada sesuatu itu selain-Nya.
Pernahkan anda mendengar ungkapan "kita datang dari-Nya dan kepada-Nya lah kita kembali"?Ini ungkapan yang amat mendalam maksudnya.Bukan setakat diri kita,malah semua kejadian makhluk adalah bersumber dari Zatnya yang Maha Suci. TAPI DI SINI ADA PERANGKAP.Kita datang dari Zat Allah bukan bermaksud kita adalah sama dengan Zat-Nya.Maha Suci Allah dari segala yang diada-adakan oleh kesesatan.ADA BEZA DI SINI.Cahaya Allah yang DIHIJAB ADALAH BERBEZA DENGAN ZAT ALLAH YANG TIDAK DIHIJAB.MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.Kita adalah Zat-Nya yang mencari-Nya.Yang ingin mengenal-Nya.Kita terperangkap di dalam Matrix ini.DAN MATRIX INI ADA PERATURANNYA.Rahsianya ialah:
IKUT PERATURAN MATRIX,DAN HIJAB AKAN DIBUKA.
Jika tidak anda akan menjadi cahaya-Nya yang tidak mengenal-Nya.Anda akan sesat dan akhirnya anda akan DIRESET!Anda adalah cahaya-Nya yang gagal mencari-Nya kembali.Gagal kembali ke pangkuan-Nya.
Ini adalah pengetahuan tahap tinggi.Jika anda sukar memahaminya,dinasihatkan kembali ke pemahaman tradisional.Kembali ke pemahaman yang biasa.Ini lebih baik.Tidak salah dan anda tetap di jalan yang benar.
JIka anda memahaminya,anda akan sedar bahawa Keesaan Allah itu adalah amat hebat sehingga segala alam semesta dan makhluk-makhluk di dalamnya:TIADA.
Penjelasan seterusnya akan menerangkan secara teknikal apakah Matrix ini yang bertindak sebagai HIJAB kepada YANG INGIN MENGENAL TUHANNYA
Jika anda mengaitkan semua pengetahuan ini dengan kehidupan manusia,anda akan sedar bahawa kita SEBENARNYA TERPERANGKAP DALAM JULAT GETARAN STRING YANG TERTENTU.
Julat inilah yang dinamakan
HIJAB
----------------------------
Matrix09
Matrix Sebagai Hijab
-Black Hole
-Makhluk-makhluk pelbagai dimensi
-Dark Energy
-Dark Matter
-Matter dan Anti Matter
-Kajian lanjut Graviton
-Misteri lapisan Matrix
-Rahsia yang terpendam
Please stay tuned...
Ibn arabi tak sesat...org salafi wahabi je sesatkan dia serta ahli feqah yg tak faham tasawwuf..
ReplyDeletesila semak komentar akudtgdrpantek di dlm blog military of malaysia pasal diri dan tuhan
ReplyDeleteal hallaj itu tidak sesat..org yg gagal manafsirkan kata2nya itu yg sesat..manusia tidak layak menghukum..itu haq allah..kata2 al hallaj itu di lafazkan tatkala dia di dalam keadaan dzouq/mabuk dgn allah yakni di dlm keadaan tiada lg diri/matrix. atau apa2 jua melainkan ALLAH ALLAH ALLAH....juga bukan di dlm alam fana tapi alam baqa.....
ReplyDelete