Friday, 12 April 2013

Inbox:Memperkenalkan 'Jigsclue'

Written by Mistis Organization: Tuesday, November 25, 2008


Adalah amat sukar untuk mencantumkan kepingan-kepingan jigsaw puzzle yang bertaburan tanpa diberitahu dahulu apakah gambar yang hendak kita dapatkan.Jika kita membeli set jigsaw puzzle di pasaraya sekalipun,sudah semestinya di dalam pek jigsaw puzzle itu telah tersedia gambar yang telah lengkap sempurna buat panduan untuk kita mencantumkan jigsaw puzzle itu kelak.Tetapi lain pula dengan MistisFiles...

Di MistisFiles,anda akan bermula dengan kepingan-kepingan jigsaw puzzles.Tiada gambar.Tiada panduan.Noktah.

Setiap orang mempunyai permulaan yang berbeza.Ada yang bermula dengan beberapa kepingan,ada bermula dengan hanya satu saja.Malah kami tidak terkejut jika ada di antara Jigsauce bermula dari sifar.Ada kes lain di mana dia mempunyai banyak kepingan dan menguasai sumber-sumber yang penting dan besar,tetapi masih tidak memahami dan terketar-ketar mencantumkan jigsaw puzzlenya sendiri.

KITA SEMUA ADALAH PENGEMIS KEBENARAN.ANDA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN JIGSAW PUZZLE ANDA.

Jadi,kami di MistisFiles akan cuba membantu anda.Ini bukan bermakna yang kami mengetahui segala-galanya.Tetapi kami di sini sekadar berkongsi bersama-sama anda apa-apa yang kami ketahui supaya dapat DIFIKIRKAN bersama.MARI KITA SAMA-SAMA MENCANTUMKAN JIGSAW PUZZLE KITA.

Dari masa ke semasa,kami akan menghulurkan jigsclue kami.Kumpulkan jigsclue ini dan simpan baik-baik.Kelak jika anda ingin bermain dengan jigsaw puzzles anda,keluarkan jigsclue ini dan jadikan ia panduan untuk meneruskan permainan anda.Kepada Jigsauce semua, ambil peluang ini.

INI ADALAH PERMAINAN.INI ADALAH MistisFiles.

---------------------------------------------------


1 comment:

Raja Marzuqi said...
Takutkan Allah benteng.Cintakan Allah menyerahkan (korban) apa saja.Tawakkal pada Allah ketenangan jiwa.Dan yakin dengan janji Allah penghibur hati.
November 26, 2008 at 6:35 AM

No comments:

Post a Comment